Mak aku org yg paling risaukan diri aku..sebuk suh balik kpg sebab dia tau aku takleh jaga diri sendiri apatah lagi nak berpantang . Mujurlah husband aku pun outstation dlm masa aku MC ni . Atleast aku boleh tumpukan jaga diri aku ni..
Aku mencari2 kaedah berpantang untuk keguguran dalam alam maya ini..then terjumpa sebuah laman yg sgt bagus kerana menyediakan artikel2 berkenaan yg aku cari2..Rupanya, kaedah berpantang selepas keguguran adalah lebih ketat dari berpantang selepas melahirkan.
Keguguran Ensiklopedia Perbidanan Melayu”, Oleh Datin Sharifah Anisah Barakbah
Mengikut ilmu perbidanan Melayu, keguguran ialah situasi yang dianggap lebih serius daripada kelahiran. Keguguran umpama buah yang gugur sebelum masak dan dipercayai akan membawa kesan yang kurang menyenangkan, iaitu mudah diserang “angin gugur atau dikenali sebagai ‘angin jahat’. ‘Angin gugur’ yang menjadi pembawa ‘bisa keguguran’ akan sentiasa terpendap di dalam urat saraf sehinggalah ibu tersebut hamil semula dan melahirkan, barulah dia dapat kembali sembuh.
Penyakit angin gugur ini tidak dapat diubati walaupun melalui kaedah moden seperti pembersihan rahim atau D&C. Malah dipercayai angin ini akan bertambah mudah menyerang selepas rawatan D&C, terutama jika tidak dilaksanakan dengan sempurna. Keadaan adalah lebih buruk bagi ibu yang tidak merawat diri dan cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri masih tertinggal di dalam rahimnya. Ibu keguguran seperti ini akan menghadapi masalah angin toksik yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat infeksi di bahagian peranakan. Masalah keracunan darah dapat dielakkan jika rawatan pencucian atau pembersihan rahim dilakukan dengan teliti dan sempurna.
Keguguran tanpa penjagaan yang rapi juga menyumbang kepada amsalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah. Apabila bahagian rahim tidak dibersihkan dnegan rapi, toksin akan meresapi ke seluruh sistem badan. Sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga terkancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.
Mengikut petua Melayu, penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah bebanding penjagaan ibu yang keguguran. Iu dalam pantang bersalin dikehendaki sentiasa memanaskan baadan dalam peraturan rawatan dan pemakanan. Berlainan halnya dengan ibu yang keguguran, sebab mereka tidak boleh dirawat dengan cara panas atau sejuk dari segi perubatan dan pemakanan. Oleh sebab itulah, bukan mudah untuk menjaga ibu-ibu keguguran. Tambahan pula, bagi yang tidak berpengatahuan dan berpengalaman dalam hal perawatannya.
Ilmu penjagaan tentang keguguran sekain ditelan zaman. Sesungguhnya ilmu tentang penjagaan kegugran dapat mempercepat proses pemulihan “penyakit melanuih keguguran” seperti tekanan emosi, maslah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, bengkak dan bisa otot peranakan.
Dan ini pula artikel yg berkaitan dengan kes aku yg dijawab oleh Dr.Hamid Arshad:
Jika setiap kali wanita mengandung kemudian gugur, bakal suami atau isteri, akan dikaji.
KEGUGURAN merupakan salah satu fenomena yang biasa. Bagaimanapun, keguguran merupakan sesuatu yang amat ditakuti bagi setengah-setengah wanita. Ada yang berpendapat, kalau boleh setiap kali mengandung, biarlah sehingga bayi yang dikandung selamat dilahirkan.
Ada di kalangan wanita mengandung dan mengalami keguguran berulang kali. Ikuti penerangan selanjutnya berdasarkan soal-jawab bersama Datuk Dr. Hamid Arshat.
SOALAN: Jika seseorang wanita mengandung dan kemudian mengalami keguguran berulang kali, apakah ini merupakan sesuatu yang normal?
Ada di kalangan wanita mengandung dan mengalami keguguran berulang kali. Ikuti penerangan selanjutnya berdasarkan soal-jawab bersama Datuk Dr. Hamid Arshat.
SOALAN: Jika seseorang wanita mengandung dan kemudian mengalami keguguran berulang kali, apakah ini merupakan sesuatu yang normal?
JAWAPAN: Wanita yang mengandung kemudian gugur, ia sebenarnya perkara biasa. Tetapi jika ia berlaku sekurang-kurangnya sehingga tiga kali berturut-turut, wanita ini mempunyai masalah dari segi kesuburan. Khususnya bagi wanita yang masih belum dikurniakan zuriat. Maksudnya setiap kali wanita ini mengandung, dia mengalami keguguran.
Keguguran yang berlaku biasanya wanita mengalami pendarahan. Pendarahan ini berlaku lebih banyak dari pendarahan haid. Namun ada juga yang mengalami pendarahan sedikit sahaja. Bagaimanapun, tak semestinya keguguran berlaku mengeluarkan darah.
SOALAN: Bagaimana pula yang dikatakan keguguran berlaku tanpa mengakibatkan pendarahan?
JAWAPAN: Jika pusingan haid seseorang wanita itu teratur, iaitu sebulan sekali, kemudian jika mengalami kelewatan haid seminggu misalnya, dia sudah boleh mengadakan ujian air kencing.
Jika ujian air kencing didapati positif, bererti wanita itu mengandung. Selepas dua minggu, doktor boleh melakukan scan ke atas kandungan wanita itu. Melalui scan tersebut, segumpal daging akan kelihatan dan di bahagian tengahnya ada denyutan jantung.
Tanda sedemikian akan kelihatan paling lewat sekalipun, dua bulan kandungan ia sudah boleh dilihat melalui scan. Namun, jika denyutan jantung itu tidak dapat dilihat sewaktu scan, biasanya , kandungan itu tidak dapat diteruskan.
Biasanya doktor akan memberi tempoh sehingga tempoh dua minggu lagi. Khususnya untuk wanita yang mempunyai pusingan haid tidak teratur.
Bukan semua orang mengalami pendarahan sewaktu keguguran. Ada kalangan wanita tidak mengalami pendarahan sebagai tanda dia mengalami keguguran. Contohnya, jika doktor melakukan scan, kandungan tidak membesar atau janin didapati tiada, walaupun tiada turun darah. Perkara ini menyebabkan orang percaya kandungan dimakan bunian.
SOALAN: Apakah tanda-tanda tertentu yang boleh menjadi petunjuk bahawa kandungan seseorang wanita itu kuat, atau tidak mudah mengalami keguguran?
JAWAPAN: Sebenarnya menilai kandungan kuat atau tidak, kalau wanita mengandung mengalami loya dan muntah lagi bagus. Maknanya hormon kandungannya itu tinggi, kalau tiada tanda, kadang-kadang kandungan boleh terancam, dan menghadapi banyak masalah. Jadi bagi wanita yang mengandung jangan pandang perasaan loya dan tiada selera makan sebagai sesuatu yang negatif.
SOALAN: Apakah faktor yang menjadi penyebab kepada keguguran?
JAWAPAN: Sebenarnya kalau mengikut kajian, sebahagian besar wanita menganduang mengalami keguguran mungkin bakanya, iaitu kromosom atau gen ada mengalami kerosakan.
Tak semestinya menandakan baka di pihak suami atau isteri mengalami kerosakan, tetapi ketika di dalam proses percantuman benih dan telur berlaku kesalahan. Akibatnya benih dan telur bercantum akan rosak dan akan berlaku keguguran.
Jika setiap kali wanita mengandung kemudian gugur, baka suami atau isteri, akan dikaji. Kadang-kadang salah satu kromosom mereka abnormal. Jika ia berlaku, keadaan ini tidak dapat dibaiki.
Pasangan sedemikian tiada jalan lain selain mengambil anak angkat. Bayi tabung uji boleh dilakukan dengan menggunakan benih penderma, namun kaedah ini tidak dibenarkan dari segi undang-undang dan agama Islam.
Faktor kedua:
Mungkin juga penyakit dalam rahim yang sering dikaitkan endometriasis (rahimnya jatuh ke belakang), dan fibroid juga boleh menyebabkan keguguran berulang-ulang. Wanita yang mengalami penyakit endometriasis dan fibroid ini kadang-kadang mengalami keguguran biarpun usia kandungan sudah mencecah antara 4 hingga 5 bulan.
Faktor ketiga:
Jangkitan kuman pada darah wanita yang mengandung.
Wanita yang mengandung kadang tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit atau kesakitan, kemudian mengalami keguguran.
Apabila darahnya diperiksa, darahnya dijangkiti kuman. Kuman pada darah itulah yang merosakkan kandungan. Antaranya seperti kesan beberapa jenis virus CMG, herpes simpleks dan rubela.
Begitu juga dengan sejenis parasit toksoplasmosis yang ada pada badan kucing boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu bagi wanita yang sering mengalami keguguran dan memelihara kucing, perlulah sentiasa berhati-bati.
Biarpun kucing peliharaan itu dijaga dengan baik dan bersih, tetapi parasit itu tetap ada pada bulu-bulu kucing dan tidak kelihatan pada mata kasar.
SOALAN: Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan dari keguguran berulangkali ini?
JAWAPAN: Selepas pemeriksaan dilakukan, jika ujian mengesan virus dilakukan dan ia menjadi faktor keguguran, wanita itu perlu mengambil inisiatif untuk memperkuatkan ketahanan diri. Doktor boleh menasihatkannya untuk mengambil vitamin C dalam dos tinggi, dan multi- vitamin E.
Apabila seseorang mengandung sejak dari peringkat awal lagi, amalkan pemakanan berkhasiat, ambil juga asid folik dan vitamin yang disebutkan sehingga kandungan berusia tiga bulan.
Penting juga kalau boleh wanita yang mengandung diberi rehat tiga bulan, dari bekerja. Antara perkara menyebabkan keguguran ialah stress dari segi fizikal dan mental. Ada baiknya jika wanita ini berehat sehingga tiga bulan.
Mereka digalakkan berehat, banyakkan baring dan tenangkan fikiran. Di samping itu, jauhkan persetubuhan kerana adakalanya persetubuhan pada peringkat mengandung boleh menyebabkan rahim kuncup dan mengakibatkan keguguran.
SOALAN: Apakah ada kaedah lain untuk mengatasi masalah ataupun kaedah yang boleh dilakukan bersama rawatan yang diberikan secara moden bagi mengatasi keguguran secara berulangkali ini?
JAWAPAN: Ada setengah cara rawatan pesakit dimasukkan ke hospital, rawatan secara gantian darah protein untuk memperkukuhkan darahnya. Ada juga yang percaya bahawa peranan makhluk halus menjadi penyebab kepada keguguran dan kecacatan. Bagi wanita yang sedang haid memang tidak boleh melakukan solat dan membaca quran, ketika itu gangguan boleh berlaku, khususnya jin. Oleh itu ada baiknya wanita yang sedang haid digalakkan membanyakkan membaca selawat ke atas nabi.
Bagi wanita mengandung dan mudah gugur, sewajarnya memperkuatkan rohani dengan mengamalkan bacaan ayat Kursyi sambil memegang rahim hingga tertidur.
entry yg sgt berguna bg sy yg br lepas keguguran , sy akn ingt ilmu nie smpai bila2... thanks akk
ReplyDeleteok..welkam... sama2 ambil ilmu.
ReplyDeleteTerima kasih byk2 utk info yg sangat berguna. Insyaallah akan sy amalkan. Sy bru gugur seminggu yg lepas setelah 3 bulan ngandung.
ReplyDeleteTerimakasih byk2 utk info yg sangat berguna. Insyaallah akan sy amalkan. Sy bru keguguran seminggu yg lepas setelah 3 bulan mengandung. mmg sangt2 sedih tp alhamdulillah semakin ok...
ReplyDeleteJgn sedih Nor Ku, semua tu ada hikmahnya. Boleh cuba lagi lepas 3 bulan. Sy lepas 3 bulan trus lekat dan alhamdulillah semua selamat.
DeleteTahniah wawa pregnant semula...nora bru gugur seminggu lepas...sedih rasenye..ni doc bgu mc 2 minggu bgi rehat..tp nora tak DnC...doc cuci secra normal...bila waktu yg sesuai nora bolh pregnt semula yer...takot nnti gugur balik... :-(
Deletethanks for the info...after keguguran..saya banyak mencari maklumat tentang isu ini.. disamping itu membaca sebanyak mungkin blog2 kerohanian supaya tabah dan sabar menghadapi ujianNya..
ReplyDeleteInfo yang menarik dan berguna. Saya baru sahaja 2 minggu mengalami keguguran dan berasa teramat sedih sekali..dengan info yang berguna ini akan saya buat sebagai panduan.
ReplyDeleteSaya baru sahaja 2 minggu mengalami keguguran. Selepas membaca info ini saya berasa artikel ini paling menarik dan banyak memberi tips-tips yang berguna. Dan saya akan buat ia sebagai panduan sewaktu berpantang kini.
ReplyDeleteInfo yang menarik dan berguna. Saya baru sahaja 2 minggu mengalami keguguran dan berasa teramat sedih sekali..dengan info yang berguna ini akan saya buat sebagai panduan.
ReplyDelete