Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, July 11, 2012

Mcdonald Kupon 12 - 25 July 2012

Jom serbu McD ... Buy 1 Free 1 Chicken Foldover bermula 12 - 25 July 2012

Sesapa nk print leh tgk kat FB McD atau amik kupon kat sini jer... jgn lupa print..black & white pun boleh.. :-)


atau nak tgk kupon bersaiz besar.. tgk kat SINI



Monday, July 9, 2012

Resepi bayi

info ni dapat dari RATUHATI ...

Memulakan makanan pelengkap merupakan cabaran buat anda dan bayi anda. Anda juga mungkin turut merasa tekanan daripada orang tua atau kawan-kawan yang meminta anda memberi makanan pejal kepada bayi anda sebelum umur yang sepatutnya.

Tanda-tanda Bayi Anda Sudah Bersedia

Jika bayi anda telah mencapai umur empat bulan (bayi menyusu susu formula) dan enam bulan (bagi bayi menyusu susu ibu secara eksklusif) dan mempunyai tanda-tanda berikut, maka anda bolehlah mula memberinya makanan pejal : -

  • Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak.
  • Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa.
  • Berat badannya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat lahirnya.
  • Menunjukkan tanda-tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali.
  • Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa.
  • Bayi anda juga mungkin akan cuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan.
  • Tidak menolak dengan lidah atau meluahkan makanan yang disuapkan ke mulutnya.
  • Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan.
  • Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya.

Kenapa Perlu Tunggu?


Kebaikan Untuk Bayi :


Sistem penghadaman bayi yang berusia kurang 6 bulan belum matang dan dia tidak dapat menghadam makanan dengan sempurna menyebabkan masalah seperti bayi muntah, sembelit dan juga cirit-birit.

Lebih awal bayi diperkenalkan dengan makanan lain selain daripada susu ibu, lebih mudah bayi tersebut berkemungkinan mendapat alahan atau alergi terhadap makanan tersebut.

Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan dapat mengurangkan risiko gastrointestinal, pernafasan dan jangkitan telinga pada bayi.

Bayi yang berusia lebih 6 bulan dapat mengambil bahagian secara lebih aktif semasa makan seperti mencapai makanan jika masih mahu makan atau berpaling jika sudah kenyang.

Makanan pejal akan mengurangkan jumlah susu yang bayi ambil.

Bayi yang makan makanan pejal terlalu awal mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi gemuk apabila besar nanti berbanding dengan bayi yang memulakan makanan pejal pada masa yang sesuai.

Menyuap makanan pejal kepada bayi yang belum duduk adalah lebih sukar dan kadang-kadang mengecewakan bayi dan anda sendiri.

Kebaikan Untuk Ibu Yang Menyusu:


Ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif lebih lama akan mudah menurunkan berat badan.

Cara semulajadi untuk menjarakkan kelahiran kerana haid datang lebih lambat.

Bekalan susu ibu yang lebih stabil.


Masa paling sesuai untuk introduce solid food adalah time umur 6 bulan. Walaupun ada sesetengah buku tulis start time 4 bulan, better wait till 6 months, sebab time tu usus dia dah matang.


RESEPI UMUR 6 BULAN

guna teknik 3-4 days rules. Mean kenalkan satu2 jenis makanan tu selama 3-4 days to rule out allergy.

Hari 1-3: air kanji nasi
Ambik air nasi yg mendidih tu, bagi minum, bagi dalam 4-5 sudu jer. Ini petua
org tua2 nak intro solid kat baby
Hari 4-7 : bubur nasi
Hari 8-11 : bubur nasi + kentang
Hari 12- 15 : bubur nasi + carrot
Hari 16-19: bubur nasi +bayam
Hari 20- 23: bubur nasi + bilis
Hari 24-27: bubur nasi+kentang+ carrot
Hari 28-31: bubur nasi+kentang+carrot+bilis


Time 6 bulan ni,  tapis semua makanan. Ada org suka blender, tpi prefer tapis dengan penapis.

Ikan bilis tu kalau boleh cari yg warna putih (less salt). Kalau takde pun ikan bilis biasa tu, rendam lama skit, biar hilang masinnya. Goreng sangai (tanpa minyak), then blend kering sampai halus. Simpan buat stok.

Beras pun blend kering dulu. Bila masak tu senang dia hancur, tak susah sangat nak tapis.
Ingat.. No sugar, no salt for baby below 1year.


RESEPI 7 BULAN



BREAKFAST

1) Puri kentang

Rebus kentang (buang kulit dulu) hingga empuk.
Kemudian, lecek2kan dia hingga hancur.
Campurkan sedikiit perahan susu ibu untuk menghaluskan lagi teksturnya.

2) Puri carrot (sama mcm puri kentang)

3) puri brokoli

4) puri bayam (Boleh juga dicampur adukkan sayur-sayuran diatas untuk dijadikan puri sayur campur)

5) puri epal

6) puri pisang (pisang tak perlu dimasak)

7) puri betik


LUNCH

1) Bubur+sayur+bilis

Penyediaannya sama macam resepi 6 bulan, tapi tak perlu blend dah.
Just masak dan lecek2kan sampai halus.
2) bubur+ sayur + ikan

masak bubur bersama sayur, dan lecek.
Ikan direbus (potong kiub untuk memudahkan, bila masak, sejukkan sebentar dan blend (blend basah)
Campurkan bubur dan ikan.
3) bubur+sayur+ ayam/daging (sama macam resepi ikan)

Nak menyedapkan lagi, goreng bawang dengan sedikit minyak, taburkan atas bubur.
juga boleh ditaburkan dengan daun bawang & daun sup untuk menambahkan aroma.


RESEPI 8 BULAN



BREAKFAST

1) oat+ kismis/kurma

didihkan air (anggaran 1 mug), masukkan 2 sudu besar oat (original/organic).
masak sampai kembang.
Cubit2kan kismis/kurma, dan campurkan dalam oat yg siap dimasak...
2)Oat + bilis (sama cam atas)

3) puri sayur @ puri buah


LUNCH

1)nasi lembik + sayur + ikan/daging/ayam


Masak nasi lembik.
Tumis sedikit bawang merah,bawang putih dan halia dengan sedikit minyak (prefer minyak zaitun), bila naik baunya, campurkan dengan sedikit air, bila air mendidih, masukkan ayam/ikan/daging dan masak sehingga empuk. Masukkan sayuran dan masak hingga empuk.
Cara makan : boleh dimakan berasingan, nasi + sup gaulkan sekali nasi dan sup.


TEA-TIME

1) kentang + bilis

rebus kentang hingga lembut.
Lecek halus dan gaul dengan sedikit serbuk bilis.
Kepal2kan dan suap baby (macam kuih keria yg tak dimasak)
2) Roti + susu

ambil sekeping roti (prefer roti gardenia,kalau dapat roti yg kandungan gula kurang lagi bagus)
rendam dalam perahan susu ibu(sedikit sahaja untuk melembutkan), dan terus dimakan.


TIPS

****Dan lagi satu, agak renyah nak masak sikit2 pagi2 ni. Puan2 boleh sejuk bekukan makanan baby. Macam saya, after masak, time panas2 tu, saya simpan dalam bekas dadih 6oz. Masuk terus dlm freezer (bhgn beku), Ikut kajian, tahan sampai 2 minggu. Bila nak masak, boleh panaskan guna microwave, tapi saya lebih suka masak guna api. Letak sedikit air panas dan biarkan bubur tu cair sepenuhnya. ****

Baby Harith dah belajar makan

Ada orang kata kena tunggu 6 bulan baru leh bagi baby makan. Tapi aku waktu umur dia 4 bulan ++ dah start introduce ngan Nestum tp takdelah byk. Cuma campurkan sket jer masukkan sakli dlm botol susu . So far ok..takde sembelit / cirit birit.  Pastu ade gak try makanan instant jenama Heinz dlm botol yg kecik2 tu..
Ni contoh gambar dia...


Memula try puree pear ..tp dia x suka sgt..bila aku try rase masam sket2 . Last2 aku jelah yg habiskan. @nd time try beli perisa mcm kt atas tu... carrot + parsnip+sweet potato.  Bile tima nak bg dia aku campur sket dgn susu supaya mcm cair2 sket. Suka dia mkn... dan x membazir . Habis sebotol dlm masa 2 hari. Lagipun mknan tu pun mmg boleh disimpan dlm tempoh 48 jam jer dlm freeze. 

Kali ke-3 aku try bagi puree Labu + sweet potato pun dia suka.. habis jugak. Tp bila baca2 komen yg kata bende2 segera nih biasanya byk bahan pengawet..x elok utk baby. So, decide stop dululah... nak try buat bubur nasik homemade..tp blom ade masa plak. Aritu try bg mkn Nestum beras merah pun dia suke jugak..Seronok tgk dia makan...

Harini genap umur Baby Harith 5 bulan... nanti nak pergi cucuk 5 bulan pulak. Harap2 kali ni pun dia x nanges.. :)

Muka kepenatan/ngantuk berjalan2 di Sunway Lagoon


Wednesday, July 4, 2012

Tukar dari blogspot ke Word press

 

Wordpress VS Blogspot

Juz nak sharing .. sbb baru je belajar2 cari info. Walhal benda ni dah lama dan rasanye dah ramai yg tau cuma aku je lah baru tau..hhuuuhuu

Actually kita boleh export/import segala post dalam blog kita ke word press sekiranya kita nak tukar angin guna word press pulak . Tapi bg pendapat aku..yg kunun2 nak tukar ke word press , rasanya blogspot lebih user friendly dan mudah utk customize theme berbanding word press . Lg 1 blog punye instruction lebih mudah difahami sedangkan word press berkerut2 dahi aku dan berpinar mata aku nak customize .

Word press lebih sesuai utk kegunaan yg formal cthnye utk syarikat/organisasi atau sesiapa yg nk buat blog yg formal . utk yg huha2 lebih sesuai guna blogspot jer...

Even aku dah export ke wordpress baru aku tp tanak post kat sini le alamat wordpress yg baru tu..sbb sj nak try2 jer dan lama2 mcm fedup nak belajar instruction dia.. heheh so, stick to blogspot jelah yer.... :)

Monday, July 2, 2012

Bila hati disakiti..terasa pedihnya..kerana kita manusia lemah & tidak sempurna

Entri kali  ni  menyingkap kepada asam garam kehidupan kita sebagai manusia biasa di Bumi Allah ini yang melibatkan ilusi hati. Semua kita yang bergelar manusia mempunyai hati. Terasa ingin berkongsi dengan anda semua bahawa hidup ini ada kala indah dan ada kala pahit. Manis pahit itulah kehidupan. Semuanya berpasangan. Gembira kemudian menangis, senyum kemudian masam atau muram, miskin kemudian kaya. Gagal kemudian lulus, bertemu berpisah, lelaki dan perempuan, tinggi rendah datang dan pergi serta bermacam keadaan yang ada pro dan kontranya. Ada yang baik hati ada pula hati yang jahat. Itulah realiti kehidupan kita di dunia ini.

Tiap kita ada hati dan perasaan, sebaiknya kita jaga hati orang lain agar tidak menyentuh emosinya, tidak menimbulkan luka di hatinya. Sesungguhnya kita berusaha agar kita bersih dari noda dan dosa.

Bila hati disakiti, terasa pedihnya, sakitnya, bagi yang tidak kuat iman akan menangis jika hati disakiti. Pelbagai keadaan kita disakiti oleh sesiapa sahaja. Boleh jadi pelakunya ialah para isteri, para suami, anak-anak,kawan, jiran, sahabat dan sesiapapun adalah berpotensi menyakiti hati kita. Hati yang disakiti sebolehnya akan menyembunyikan keadaan diri, tersenyum.. tetapi hatinya menangis luka, ketawa padahal hati terluka dan berdarah..bergurau senda padahal usaha untuk menutup wajah hati yang terguris luka. Hati kita untuk merasa semua rasa..terlalu halus dan bijak membuat penilaian. Namun jangan salah menggunakan hati dan perasaan.


Bila hati disakiti, akan terpacul pertanyaan kenapa kita disakiti. Mengapa dan apa salah kita, kadangkala kita akan mencuba mencari jawapan pada kelemahan pada diri sendiri, itu musahabah diri namaya. Kita jangan bertindak ego, kerana keegoaan kita akan membinasakan kita, mengundang kemurkaan Allah. Orang yang ego rasanya tidak akan mendapat kebahagiaan di dunia ini. Hatinya akan dibelenggu keegoan yang akan memakan dirinya sendiri.

Bila hati disakiti.. ada kalbu merintih, hiba sayu dan tangisan disegenap naluri..rasa kecewa dan kekesalan akan kita rasai. Hati yang disakiti akan berusaha menyembuh sendiri luka hatinya..aduhai pedihnya bila hati terguris. Entah bila akan sembuh, 1,2,3,4 atau berapa hari, itu terserah kita merawatnya. Kalau dalam luka di hati rasanya memakan masa untuk mengubatinya..


Bila hati disakiti. hati yang disakiti,kita sebagai manusia biasa harus sentiasa tenang berhadapan dengan situasi ini.Bila hati disakiti hilang kerukunan jauh kebahagiaan. Tegang perasaan hilang kepercayaan.

Sebaiknya jangan menyakiti hati orang lain, kerana itu membinasakan dan meruntuhkan kebahagiaan.

Insaflah wahai diriku, dan juga diri mu di luar sana, usah kita menyakiti orang lain yang dekat dengan kita, meskipun yang jauh jangan sekali menyakiti hatinya. Sekali kita menyakiti yang lain 1000 x  kita tidak dipercayai lagi..

Sukarnya menjaga hati orang lain, sedangkan hati kita juga tidak terjaga, silap silap kita yang melukai hati sidia, sianu dan sipulan. Hendaknya kita pada tiap detik waktu di mana jua sentiasa baik terhadap orang disekeliling kita, kadangkala kita membiarkan hati kita disakiti daripada kita menyakiti hati orang lain. Adakala hati begitu pedih takkala dengan kata sepatah ia bagai pisau menghiris hati lagi sakit berbanding tertusuk kulit kita dengan dengan objek. Aduhai begitulah rasa bila hati disakiti.

Satu daya usaha mengubati hati yang luka ialah..mencari iman dan kesabaran, memandang jauh hidup ini..berfikiran positif dan sentiasa musahabah diri. Inilah realiti kehidupan.Nak tak nak kena jua teruskan kerana masih ada nywa di kandung badan. Kita tak kemana sebenarnya..satu tujuan satu destinasi yang pasti..cuma kita dibezakan oleh amalan. Walallhualam. Hendaknya kita dijauhkan dari amalan yang merosakkan kedamaian kita.

..:: Tinggalkan Jejak Anda ::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...