Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers

Monday, July 2, 2012

Bila hati disakiti..terasa pedihnya..kerana kita manusia lemah & tidak sempurna

Entri kali  ni  menyingkap kepada asam garam kehidupan kita sebagai manusia biasa di Bumi Allah ini yang melibatkan ilusi hati. Semua kita yang bergelar manusia mempunyai hati. Terasa ingin berkongsi dengan anda semua bahawa hidup ini ada kala indah dan ada kala pahit. Manis pahit itulah kehidupan. Semuanya berpasangan. Gembira kemudian menangis, senyum kemudian masam atau muram, miskin kemudian kaya. Gagal kemudian lulus, bertemu berpisah, lelaki dan perempuan, tinggi rendah datang dan pergi serta bermacam keadaan yang ada pro dan kontranya. Ada yang baik hati ada pula hati yang jahat. Itulah realiti kehidupan kita di dunia ini.

Tiap kita ada hati dan perasaan, sebaiknya kita jaga hati orang lain agar tidak menyentuh emosinya, tidak menimbulkan luka di hatinya. Sesungguhnya kita berusaha agar kita bersih dari noda dan dosa.

Bila hati disakiti, terasa pedihnya, sakitnya, bagi yang tidak kuat iman akan menangis jika hati disakiti. Pelbagai keadaan kita disakiti oleh sesiapa sahaja. Boleh jadi pelakunya ialah para isteri, para suami, anak-anak,kawan, jiran, sahabat dan sesiapapun adalah berpotensi menyakiti hati kita. Hati yang disakiti sebolehnya akan menyembunyikan keadaan diri, tersenyum.. tetapi hatinya menangis luka, ketawa padahal hati terluka dan berdarah..bergurau senda padahal usaha untuk menutup wajah hati yang terguris luka. Hati kita untuk merasa semua rasa..terlalu halus dan bijak membuat penilaian. Namun jangan salah menggunakan hati dan perasaan.


Bila hati disakiti, akan terpacul pertanyaan kenapa kita disakiti. Mengapa dan apa salah kita, kadangkala kita akan mencuba mencari jawapan pada kelemahan pada diri sendiri, itu musahabah diri namaya. Kita jangan bertindak ego, kerana keegoaan kita akan membinasakan kita, mengundang kemurkaan Allah. Orang yang ego rasanya tidak akan mendapat kebahagiaan di dunia ini. Hatinya akan dibelenggu keegoan yang akan memakan dirinya sendiri.

Bila hati disakiti.. ada kalbu merintih, hiba sayu dan tangisan disegenap naluri..rasa kecewa dan kekesalan akan kita rasai. Hati yang disakiti akan berusaha menyembuh sendiri luka hatinya..aduhai pedihnya bila hati terguris. Entah bila akan sembuh, 1,2,3,4 atau berapa hari, itu terserah kita merawatnya. Kalau dalam luka di hati rasanya memakan masa untuk mengubatinya..


Bila hati disakiti. hati yang disakiti,kita sebagai manusia biasa harus sentiasa tenang berhadapan dengan situasi ini.Bila hati disakiti hilang kerukunan jauh kebahagiaan. Tegang perasaan hilang kepercayaan.

Sebaiknya jangan menyakiti hati orang lain, kerana itu membinasakan dan meruntuhkan kebahagiaan.

Insaflah wahai diriku, dan juga diri mu di luar sana, usah kita menyakiti orang lain yang dekat dengan kita, meskipun yang jauh jangan sekali menyakiti hatinya. Sekali kita menyakiti yang lain 1000 x  kita tidak dipercayai lagi..

Sukarnya menjaga hati orang lain, sedangkan hati kita juga tidak terjaga, silap silap kita yang melukai hati sidia, sianu dan sipulan. Hendaknya kita pada tiap detik waktu di mana jua sentiasa baik terhadap orang disekeliling kita, kadangkala kita membiarkan hati kita disakiti daripada kita menyakiti hati orang lain. Adakala hati begitu pedih takkala dengan kata sepatah ia bagai pisau menghiris hati lagi sakit berbanding tertusuk kulit kita dengan dengan objek. Aduhai begitulah rasa bila hati disakiti.

Satu daya usaha mengubati hati yang luka ialah..mencari iman dan kesabaran, memandang jauh hidup ini..berfikiran positif dan sentiasa musahabah diri. Inilah realiti kehidupan.Nak tak nak kena jua teruskan kerana masih ada nywa di kandung badan. Kita tak kemana sebenarnya..satu tujuan satu destinasi yang pasti..cuma kita dibezakan oleh amalan. Walallhualam. Hendaknya kita dijauhkan dari amalan yang merosakkan kedamaian kita.

No comments:

Post a Comment

..:: Tinggalkan Jejak Anda ::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...