Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label keguguran. Show all posts
Showing posts with label keguguran. Show all posts

Saturday, February 19, 2011

Keguguran

Tanggal 17hb Feb 2011 lepas balik kerja. Aku pergi buang hadas kacil dibilik air. tetiba setompok darah sebesar syiling 50 sen di seluar dalamku terus hilang mood aku. Aku dah dapat agak kandungan ku pasti takkan menjadi. Mlm yg sama aku dan husband bergegas ke HUKM dan mmg baby aku tak leh survive dan mlm tu jugak aku warded . Proses cuci dilakukan keesokkan harinya sbb aku kena berpuasa 12 jam utk masuk ubat bius. Dok cek pintu rahim aku tak terbuka pun, lalu dimasukkan ubat utk buka pintu rahim..selepas 3 jam.. mula menitik2 darah dan waktu tu perut aku mula rasa tak selesa mcm org senggugut . Tak lama terus aku di bawa ke bilik bedah dan diberi ubat bius.. Lepas tu aku tak sedar apa2.. sedar2 dah setle dah .. 


Mak aku org yg paling risaukan diri aku..sebuk suh balik kpg sebab dia tau aku takleh jaga diri sendiri apatah lagi nak berpantang . Mujurlah husband aku pun outstation dlm masa aku MC ni . Atleast aku boleh tumpukan jaga diri aku ni..


Aku mencari2 kaedah berpantang untuk keguguran dalam alam maya ini..then terjumpa sebuah laman yg sgt bagus kerana menyediakan artikel2 berkenaan yg aku cari2..Rupanya, kaedah berpantang selepas keguguran adalah lebih ketat dari berpantang selepas melahirkan.




Keguguran Ensiklopedia Perbidanan Melayu”, Oleh Datin Sharifah Anisah Barakbah

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, keguguran ialah situasi yang dianggap lebih serius daripada kelahiran. Keguguran umpama buah yang gugur sebelum masak dan dipercayai akan membawa kesan yang kurang menyenangkan, iaitu mudah diserang “angin gugur atau dikenali sebagai ‘angin jahat’. ‘Angin gugur’ yang menjadi pembawa ‘bisa keguguran’ akan sentiasa terpendap di dalam urat saraf sehinggalah ibu tersebut hamil semula dan melahirkan, barulah dia dapat kembali sembuh.

Penyakit angin gugur ini tidak dapat diubati walaupun melalui kaedah moden seperti pembersihan rahim atau D&C. Malah dipercayai angin ini akan bertambah mudah menyerang selepas rawatan D&C, terutama jika tidak dilaksanakan dengan sempurna. Keadaan adalah lebih buruk bagi ibu yang tidak merawat diri dan cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri masih tertinggal di dalam rahimnya. Ibu keguguran seperti ini akan menghadapi masalah angin toksik yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat infeksi di bahagian peranakan. Masalah keracunan darah dapat dielakkan jika rawatan pencucian atau pembersihan rahim dilakukan dengan teliti dan sempurna.

Keguguran tanpa penjagaan yang rapi juga menyumbang kepada amsalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah. Apabila bahagian rahim tidak dibersihkan dnegan rapi, toksin akan meresapi ke seluruh sistem badan. Sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga terkancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.

Mengikut petua Melayu, penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah bebanding penjagaan ibu yang keguguran. Iu dalam pantang bersalin dikehendaki sentiasa memanaskan baadan dalam peraturan rawatan dan pemakanan. Berlainan halnya dengan ibu yang keguguran, sebab mereka tidak boleh dirawat dengan cara panas atau sejuk dari segi perubatan dan pemakanan. Oleh sebab itulah, bukan mudah untuk menjaga ibu-ibu keguguran. Tambahan pula, bagi yang tidak berpengatahuan dan berpengalaman dalam hal perawatannya.
Ilmu penjagaan tentang keguguran sekain ditelan zaman. Sesungguhnya ilmu tentang penjagaan kegugran dapat mempercepat proses pemulihan “penyakit melanuih keguguran” seperti tekanan emosi, maslah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, bengkak dan bisa otot peranakan.

Penyakit melanuih ini juga menyebabkan bisa-bisa tumit, betis, lutut, pinggang, demam tidak kebah. 




Dan ini pula artikel yg berkaitan dengan kes aku yg dijawab oleh Dr.Hamid Arshad:


Jika setiap kali wanita mengandung kemudian gugur, bakal suami atau isteri, akan dikaji.
PUNCA KEGUGURAN
KEGUGURAN merupakan salah satu fenomena yang biasa. Bagaimanapun, keguguran merupakan sesuatu yang amat ditakuti bagi setengah-setengah wanita. Ada yang berpendapat, kalau boleh setiap kali mengandung, biarlah sehingga bayi yang dikandung selamat dilahirkan.
Ada di kalangan wanita mengandung dan mengalami keguguran berulang kali. Ikuti penerangan selanjutnya berdasarkan soal-jawab bersama Datuk Dr. Hamid Arshat.

SOALAN: Jika seseorang wanita mengandung dan kemudian mengalami keguguran berulang kali, apakah ini merupakan sesuatu yang normal?

JAWAPAN: Wanita yang mengandung kemudian gugur, ia sebenarnya perkara biasa. Tetapi jika ia berlaku sekurang-kurangnya sehingga tiga kali berturut-turut, wanita ini  mempunyai masalah dari segi kesuburan. Khususnya bagi wanita yang masih belum dikurniakan zuriat. Maksudnya setiap kali wanita ini mengandung, dia mengalami keguguran.
Keguguran yang berlaku biasanya wanita mengalami pendarahan. Pendarahan ini berlaku lebih  banyak dari pendarahan haid. Namun ada juga yang mengalami pendarahan sedikit sahaja. Bagaimanapun, tak semestinya keguguran berlaku mengeluarkan darah.

SOALAN: Bagaimana pula yang dikatakan keguguran berlaku tanpa  mengakibatkan pendarahan?

JAWAPAN: Jika pusingan haid seseorang wanita itu teratur, iaitu sebulan sekali, kemudian jika mengalami kelewatan haid seminggu misalnya, dia sudah boleh mengadakan ujian air kencing.
Jika ujian air kencing didapati positif, bererti wanita itu mengandung. Selepas dua minggu, doktor boleh melakukan scan ke atas kandungan wanita itu. Melalui scan tersebut, segumpal daging akan kelihatan dan di bahagian tengahnya ada denyutan jantung.
Tanda sedemikian akan kelihatan paling lewat sekalipun, dua bulan kandungan ia sudah boleh dilihat melalui scan. Namun, jika denyutan jantung itu tidak dapat dilihat sewaktu scan, biasanya , kandungan itu tidak dapat diteruskan.
Biasanya doktor akan memberi tempoh sehingga tempoh dua minggu lagi. Khususnya untuk wanita yang mempunyai pusingan haid tidak teratur.
Bukan semua orang mengalami pendarahan sewaktu keguguran. Ada kalangan wanita tidak mengalami pendarahan sebagai tanda dia mengalami keguguran. Contohnya, jika doktor melakukan scan, kandungan tidak membesar atau janin didapati tiada, walaupun tiada turun darah. Perkara ini menyebabkan orang percaya kandungan dimakan bunian.

SOALAN: Apakah tanda-tanda tertentu yang boleh  menjadi petunjuk bahawa kandungan seseorang wanita itu kuat, atau tidak mudah mengalami keguguran?

JAWAPAN:  Sebenarnya menilai kandungan kuat atau tidak, kalau wanita mengandung mengalami loya dan muntah lagi bagus. Maknanya hormon kandungannya itu tinggi, kalau tiada tanda, kadang-kadang kandungan boleh terancam, dan menghadapi banyak masalah. Jadi bagi wanita yang mengandung jangan pandang perasaan loya dan tiada selera makan sebagai sesuatu yang negatif.

SOALAN: Apakah faktor yang menjadi penyebab kepada keguguran?

JAWAPAN: Sebenarnya kalau mengikut kajian, sebahagian besar wanita menganduang mengalami keguguran mungkin bakanya, iaitu kromosom atau gen ada mengalami kerosakan.
Tak semestinya menandakan baka di pihak suami atau isteri mengalami kerosakan, tetapi ketika di dalam proses percantuman benih dan telur berlaku kesalahan. Akibatnya benih dan telur bercantum akan rosak dan akan berlaku keguguran.
Jika setiap kali wanita mengandung kemudian gugur, baka suami atau isteri, akan dikaji. Kadang-kadang salah satu kromosom mereka abnormal. Jika ia berlaku, keadaan ini tidak dapat dibaiki.
Pasangan sedemikian tiada jalan lain selain mengambil anak angkat. Bayi tabung uji boleh dilakukan dengan menggunakan benih penderma, namun kaedah ini tidak dibenarkan dari segi undang-undang dan agama Islam.

Faktor kedua:
Mungkin juga penyakit dalam rahim yang sering dikaitkan endometriasis  (rahimnya jatuh ke belakang), dan fibroid juga boleh menyebabkan keguguran berulang-ulang. Wanita yang mengalami penyakit endometriasis dan fibroid ini kadang-kadang mengalami keguguran biarpun usia kandungan sudah  mencecah antara 4 hingga 5 bulan.

Faktor ketiga:
Jangkitan kuman pada darah wanita yang mengandung.
Wanita yang mengandung kadang tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit atau kesakitan, kemudian mengalami keguguran.
Apabila darahnya diperiksa, darahnya dijangkiti kuman. Kuman pada darah itulah yang merosakkan kandungan. Antaranya seperti  kesan beberapa jenis  virus  CMG, herpes simpleks dan rubela.
Begitu juga dengan sejenis parasit toksoplasmosis yang ada  pada badan kucing boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu  bagi wanita yang sering mengalami keguguran dan memelihara kucing, perlulah sentiasa berhati-bati.
Biarpun kucing peliharaan itu dijaga dengan baik dan bersih, tetapi parasit itu tetap ada pada bulu-bulu kucing dan tidak kelihatan pada mata kasar.

SOALAN: Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan dari keguguran berulangkali ini?

JAWAPAN: Selepas pemeriksaan dilakukan, jika ujian mengesan virus  dilakukan dan ia menjadi faktor keguguran, wanita itu perlu mengambil inisiatif untuk memperkuatkan ketahanan diri. Doktor boleh menasihatkannya untuk mengambil vitamin C dalam dos tinggi, dan multi- vitamin E.
Apabila seseorang mengandung sejak dari peringkat  awal lagi, amalkan pemakanan berkhasiat, ambil juga asid folik dan vitamin yang disebutkan  sehingga kandungan berusia tiga bulan.
Penting juga kalau boleh wanita yang mengandung diberi rehat tiga bulan, dari bekerja. Antara perkara menyebabkan keguguran ialah stress dari segi fizikal dan mental. Ada baiknya jika wanita ini berehat sehingga tiga bulan.
Mereka digalakkan berehat, banyakkan baring dan tenangkan fikiran. Di samping itu, jauhkan persetubuhan kerana adakalanya  persetubuhan pada peringkat mengandung boleh menyebabkan rahim kuncup dan mengakibatkan keguguran.

SOALAN: Apakah ada kaedah lain untuk mengatasi masalah ataupun kaedah yang boleh dilakukan bersama rawatan yang diberikan secara moden bagi mengatasi keguguran secara berulangkali ini?

JAWAPAN: Ada setengah cara rawatan  pesakit  dimasukkan ke hospital, rawatan secara gantian darah protein untuk memperkukuhkan darahnya. Ada juga yang percaya bahawa peranan makhluk halus menjadi penyebab kepada keguguran dan kecacatan. Bagi wanita yang sedang haid memang tidak boleh melakukan solat dan membaca quran, ketika itu gangguan boleh berlaku, khususnya jin.  Oleh itu ada baiknya wanita yang sedang haid digalakkan membanyakkan membaca selawat ke atas nabi.
Bagi wanita mengandung dan mudah gugur, sewajarnya memperkuatkan  rohani dengan mengamalkan bacaan ayat Kursyi sambil memegang rahim hingga tertidur.

Tuesday, February 8, 2011

Proses Kejadian Janin dan Peniupan Roh

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, ahli keluarga dan semua sahabatnya.
Telah masyhur di kalangan ulama’ Islam yang dahulu dan  sekarang berfahaman bahawa kejadian janin yang pertama ialah; air mani (النطفة), segumpal darah (العلقة), kemudian seketul daging (و(المضغة. Semua proses kejadian ini ialah selama 120 hari, berdasarkan kepada apa yang difahami dari hadis menghimpun kejadian manusia (جمع الخلق) yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan lainnya dari ‘Abdullah bin Mas’ud  r.a katanya:
( حدثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم -وهو الصادق المصدوق- قال: “إن أحدكم يُجمع خلقُه في بطن أمه أربعين يوما، ثم يكون علقة مثلَ ذلك، ثم يكون مضغة مثل ذلك، ثم يبعث الله ملكاً يؤمر بأربع كلمات ويقال له: اكتب عمله وأجله ورزقه وشقي أو سعيد. ثم ينفخ فيه الروح…”). صحيح البخاري رقم (3208).
Maksudnya: “Rasulullah saw telah menceritakan kepada kami –sedang Baginda adalah orang benar yang telah dibenarkan kata-katanya- sabdanya: “Bahawa seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah  dan diarahkan agar menulis; amalannya, ajalnya, rezekinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”. [Sahih Al-Bukhari No. 3208].
Berdasarkan yang disebut dalam hadis, mereka menafsirkan  bahawa roh ditiup ke dalam janin pada waktu ianya  berupa seketul daging, yang pada zahirnya selepas 40 hari yang ketiga[2].
Kerana inilah ada ulama’ yang mengeluarkan fatwa bahawa boleh menggugurkan kandungan dalam masa 4 bulan pertama dari kehamilan dengan tidak ada sebab yang dharurah, kerana pada fahaman mereka janin hidup pada peringkat ini sebagai hidupan tumbuh-tumbuhan, belum ditiup roh sebagai manusia lagi, dan fahaman ini telah tertanam dalam dengan kuatnya bagi setengah ulama’ sehingga ianya telah menjadi satu fahaman yang diterima dalam Syariah bahawa kejadian janin peringkat pertama melalui tiga kali 40 hari, sedangkan fahaman ini telah bercanggah dengan hakikat ilmiah (saintifik) yang muktamad dalam ilmu kejadian janin di zaman moden, menyebabkan ada segolongan orang Islam yang tidak mendalam ilmu agamanya telah menolak hadis-hadis yang seumpama ini. Demikian juga dengan golongan anti Islam, mereka telah menjadikan hadis-hadis seumpama ini sebagai senjata untuk menghentam Islam.
Ini adalah bertentangan dengan  kajian kepada apa yang dijelaskan oleh Al-Quran tentang proses kejadian janin dan huraiannya oleh ahli-ahli tafsir. Juga sebaaimana yang dijelaskan oleh hadis Nabi saw terhadap masa kejadian janin yang begitu terperinci menyamai apa yang terdapat dalam kajian ilmiah ahli-ahli sains moden bahawa peringkat kejadian janin; bermula dari air mani, segumpal darah dan seketul daging, semuanya terjadi dalam masa 40 hari pertama sahaja.
Dalam perbincangan ini akan disebut beberapa asas;

Pertama: Penjelasan Al-Quran terhadap kejadian janin dan huraian ulama’ tafsir mengenainya.
{ ولقد خلقنا الإنسان من سلالة من طين. ثم جعلناه نطفة في قرار مكين. ثم خلقنا النطفة علقة فخلقنا العلقة مضغة فخلقنا المضغة عظاماً فكسونا العظام لحماً ثم أنشأناه خلقاً آخر فتبارك الله أحسن الخالقين }. المؤمنون 12-14.
Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari “pati” (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air mani pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta”. [Al-Mu’minun: 12-14].
Satu: Peringkat air mani (النطفة).

Kata Ibnu Kathir [3]: ‘Kemudian kami kami jadikan nuthfah; iaitu air yang terpancut keluar dari tulang sulbi lelaki dan tulang punggung perempuan’. Nuthfah juga disebut sebagai percampuran air mani lelaki dan perempuan sebagaiman yang tersebut dalam ayat
 { إنا خلقنا الإنسان من نطفة أمشاج نبتليه..}. الإنسان 2.
“Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari (setitis) air mani yang bercampur (benih lelaki dan perempuan) untuk kami mengujinya..”. [Al-Insan: 2].
Ini disebut sebagai telur yang telah disenyawa dengan beberapa peringkat yang semuanya masih dalam bentuk setitik air.

Dua: Peringkat segumpal darah (العلقة) .

Peringkat ini melalui beberapa proses dari mulanya hingga akhir. Kalimah ‘alaqah seperti yang dijelaskan oleh ahli tafsir ialah: diambil dari kalimah ‘alaqa iaitu melekat dan bergantung dengan sesuatu yang lain. Ini bertepatan dengan keadaan janin yang melekat dengan dinding rahim sepanjang minggu kedua.
‘Alaqah juga disebut sebagai darah atau darah yang sangat merah dan darah beku. Ia bertepatan dengan keadaan janin diperingkat ini. Tempoh proses peringkat ini ialah bermula pada minggu kedua hingga akhir minggu ketiga.

Tiga:Peringkat seketul daging (المضغة).

Bermulanya pada minggu ke empat, tepatnya pada hari ke 22 jantung mula bergerak dan janin telah memasuki peringkat mudhghah. Ulama’ tafsir telah menjelaskan peringkat ini dengan terperinci. Kata Ibnu Kathir: ‘Mudhghah: Seketul, seperti seketul daging yang tidak ada bentuk apa-apa, besarnya sekadar apa yang dapat digigit. Ini bertepatan dengan keadaan janin di awal peringkat ini yang ukurannnya sebesar biji gandum sehingga sebesar  biji kacang tanah (3-5 mm). Janin melalui proses pembesaran yang cukup cepat setiap hari bahkan setiap jam.
Di akhir peringkat ini akan nampak sifat kejadian tangan, kaki, kepala, dada dan perut demikian juga dengan organ dalaman tubuh, sedang tubuh zahirnya masih dengan seketul daging, inilah yang digambarkan dalam Al-Quran;

  ثم من مضغة مخلقةٍ وغير مخلقة…}. الحج 5}
Maksudnya: “Kemudian kami jadikan seketul daging yang sempurna kejadiannya dan  yang tidak sempurna”. [Al-Haj: 5].
Dari nas ini jelas bahawa kejadian bentuk manusia bermula di peringkat ini, dan dari ilmu janin pula menegaskan bahawa kejadian bentuk manusia bermula pada awal minggu keempat hingga kepada sebelum tamat minggu keenam, selepas itu akan bermula peringkat baru pula.

Empat: Peringkat kejadian tulang.

Di minggu ke tujuh ini bermula satu proses baru, iaitu timbulnya tulang dan tubuh mula menjadi kuat. Kata Ibnu Kathir: ‘Yakni kami jadikan bentuknya mempunyai kepala, tangan, kaki dengan tulang-tulang dan urat sarafnya’.
Kata As-Syaukani [4]: ‘Allah menjadikannya keras supaya menjadi tiang kepada tubuh mengikut bentuknya yang khas’.
 Mengikut ilmu janin tulang dijadikan pada awalnya kemudian dibaluti dengan daging pada akhir minggu ke tujuh dan sepanjang minggu ke lapan.
 Dengan ini berakhirlah peringkat kejadian bentuk manusia dengan bentuk yang begitu kecil, apabila tamat minggu ke lapan dikira berakhirlah peringkat ‘janin’, selepas itu disebut dengan nama peringkat ‘hamil’ atau dalam Al-Quran disebut peringkat ‘An-Nash-ah’.
Peringkat kejadian yang berbentuk  “النشأة خلقا آخر”.
 Peringkat ini bermula pada minggu ke sembilan, janin membesar dengan perlahan hingga minggu ke dua belas, kemudian ia membesar dengan cepat hingga ke akhirnya.
Ia mempunyai beberapa ciri yang tertentu di antaranya;
 Berlaku proses pembesaran semua anggota sebagai persediaan untuk menjalankan tugas masing-masing.
 Janin sudahpun di tiupkan roh kepadanya mengikut pendapat kebanyakkan ulama’ tafsir. Kata Ibnu Kathir: ‘Kemudian kami tiupkan roh kepadanya dan ia mula bergerak dan menjadi satu kejadian makhluk yang mempunyai pendengaran, penglihatan, perasaan dan gerakan’.
Kedua: Nas Hadis yang menjelaskan kejadian janin.
Hadis pertama:
Imam Muslim rahimahullah meriwayatkan dari ‘Abdullah bin Mas’ud r.a katanya:
(حدثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم -وهو الصادق المصدوق- قال: “إن أحدكم يُجمع خلقه في بطن أمه أربعين يوما، ثم يكون في ذلك علقة مثل ذلك، ثم يكون في ذلك مضغة مثل ذلك، ثم يُرسل الملك فينفخ فيه الروح. ويؤمر بأربع كلمات: بكتب رزقه وأجله وعمله وشقي أو سعيد”). صحيح مسلم رقم 2643..
Maksudnya: “Rasulullah saw telah menceritakan kepada kami –sedang Baginda adalah orang benar yang telah dibenarkan kata-katanya- sabdanya: “Bahawa seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian pada masa itu dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian pada masa itu dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah  dan diarahkan agar menulis; amalannya, ajalnya, rezkinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”. [Sahih Muslim No. 2643].
Hadis kedua:
Dari Huzaifah bin Usaid r.a, Sabda Nabi saw:
إذا مر بالنطفة ثنتان وأربعون ليلة، بعث الله إليها ملكا، فصورها وخلق سمعها وبصرها وجلدها ولحمها وعظامها، ثم قال: يا رب أذكر أم أنثى؟ فيقضي ربك ما شاء ويكتب الملك…). صحيح مسلم رقم: 2645.
Maksudnya: “Apabila air mani telah melalui proses selama 42 malam Allah mengutus kepadanya seorang malaikat, maka ia membentuk rupanya, menjadikan pendengarannya, penglihatannya, kulitnya, daging dan tulangnya, kemudian malaikat bertanya: Wahai Tuhan, janin ini lelaki atau perempuan? Maka Allah telah menentukan apa yang dikehendakinya, dan malaikat menulisnya…”. [Sahih Muslim No. 2645].
 Dalam hadis yang pertama Nabi saw telah menceritakan dihimpun kejadiannya dalam masa 40 hari, jadi apakah maksud himpun  (جمع) dalam hadis ini?
Maksud himpun (jama’a)  ialah menghimpun sesuatu dengan yang lain selepas berserakan.
Dari hadis ini boleh dibuat kesimpulan bahawa Nabi saw mengisyaratkan kepada berhimpunnya sel-sel dalam rahim yang banyak pada peringkat ini dan menjadi janin.
Demikian juga hadis ini menunjukkan kepada proses kejadian janin yang pertama; segumpal darah kemudian seketul daging semuanya bermula dan selesai kejadiannya dalam masa 40 hari. Tidak ada riwayat yang sahih menunjukkan perkataan ‘Nuthfah’ air mani dijadikan dalam masa 40 hari pertama.
Hadis ini berbeza dengan hadis riwayat Imam Al-Bukhari dengan adanya tambahan (في ذلك) ‘pada masa itu’, dengannya fahaman menjadi jelas dan bertepatan dengan penemuan saintifik mengenainya serta hilanglah semua keraguan yang ditimbulkan oleh musuh Islam.
Maka dengan riwayat ini proses kejadian janin dihimpun selama 40 hari yang pertama dari umurnya, demikian juga proses menjadi darah kemudian seketul daging terjadi dalam masa 40 hari, kerana lafaz (في ذلك) ‘pada masa itu’ kembali kepada masa (40 hari), ada pun isyarat (مثل ذلك) ‘seumpamanya’ mesti kembali kepada sesuatu dan yang paling hampir di sini ialah menghimpunkan kejadian
 (جمع الخلق) .
Hadis kedua pula Nabi saw telah menjelaskan bahawa sebelum berlalunya 42 hari tidak mungkin dapat  dibezakan kejadian janin sebagai seorang manusia dan belum sempurna sifat kejadiannya.

Ketiga: Menjelaskan khilaf yang berlaku dalam memahami erti hadis.

 Syeikh Abdul Majid Az-Zandani telah mentaufiqkan di antara hadis-hadis yang terdapat dalam masalah ini.
 Telah jelas dari dalil-dalil syara’ dan hakikat kajian ilmiah yang kukuh bahawa pendapat yang mengatakan janin melalui proses 40 hari tiap satu peringkat adalah tidak tepat berdasarkan kepada dalil-dalil yang akan disebut dibawah ini;

 Pertama: Hadis Ibnu Mas’ud r.a telah diriwayat oleh dua Imam, Al-Bukhari dan Muslim, tapi riwayat Muslim menambah perkataan (في ذلك) dua kali sebelum lafaz (علقة) dan (مضغة), tambahan ini sahih dan dianggap sebagai asal kepada matan hadis untuk menerima kedua-dua riwayat, dengan ini riwayat yang sempurna kepada hadis ini ialah riwayat Imam Muslim.

 Kedua: Al-Quran   telah menyebut bahawa tulang dijadikan selepas terjadinya seketul daging, Nabi saw dalam hadis Huzaifah telah menjelaskan bahawa awal kejadian tulang ialah selepas 42 malam dari bercampurnya air mani, maka dengan ini fahaman yang mengatakan tulang dijadikan selepas 120 hari bercanggah dengan apa yang diriwayat oleh Huzaifah, juga bercanggah dengan kajian saintifik mengenai kejadian tulang bermula pada minggu yang ke enam, bukan selepas minggu ke 17, ini menguatkan lagi maksud hadis Huzaifah.

 Imam Abdul Rahman Ibnu Rajab [5] telah menjelaskan perkara ini dalam menghuraikan hadis Ibnu Mas’ud r.a yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, lafaznya hampir sama dengan riwayat Al-Bukhari, katanya: ‘Riwayat Imam Ahmad yang menunjukkan bahawa janin tidak dibaluti dengan daging kecuali selepas 160 hari, ini adalah satu kesilapan. Perawi Ali bin Zaid iaitu Ibnu Jud’an tidak boleh dibuat hujjah riwayatnya’.
 Beliau juga mengatakan: ‘Zahir hadis Ibnu Mas’ud r.a menunjukkan bahawa rupa janin, kejadian pendengarannya, penglihatannya, kulitnya, daging dan tulangnya adalah di awal 40 kedua, maka ini bererti di awal 40 hari  kedua itu sudah dijadikan daging dan tulang’.
 Tiga: Bercanggah juga dengan gambaran kejadian janin yang dijelaskan oleh Al-Quran.
 Janin pada hari ke 20 atau 30 atau 39 tidak boleh lagi disifatkan sebagai air mani. Dan pada hari ke 60 atau 70 tidak boleh lagi disifatkan seperti segumpal darah kerana ianya telah sempurna kejadiannya. Demikian juga tak mungkin pada hari ke 80 hingga 120 mengganggapnya seperti seketul daging kerana ianya telah lama selesai kejadian dan setiap anggotanya telah pun menjalankan tugas masing-masing.

Ke Empat: Bilakah Roh ditiupkan?

 Isu ini tidak dapat dijelaskah  oleh ilmu sains tapi ianya dijelaskan oleh nas-nas Syara’. Tidak ada –mengikut kajian ulama’- nas yang jelas lagi sahih kecuali hadis ‘menghimpunkan kejadian manusia’ (جمع الخلق) yang diriwayat oleh Imam Al-Bukhari, Muslim dan lainnya dari ‘Abdullah bin Mas’ud r.a yang telah tersebut di atas.
 Telah ittifaq ulama’ Islam bahawa janin akan ditiupkan roh selepas selesai peringkat kejadian ‘mudhghah’ (seketul daging) berdasarkan nas hadis Nabi saw yang jelas. Begitu juga kejadian seketul daging dijadikan pada 40 hari pertama sebagaimana hadis jama’al khalq dan hadis Huzaifah, demikian juga dengan penemuan kajian saintifik tentang janin. Yang sahihnya roh akan ditiupkan selepas 40 hari pertama dari umur janin bukan sebelumnya dengan yakin. Tapi bilakah terjadi peristiwa tersebut dengan tepatnya? Selepas dua bulan atau tiga bulan atau lebih atau kurang? Tidak ada siapa yang boleh menentukannya dengan tepat selepas 40 hari pertama, kerana tidak ada nas yang sahih tentangnya.
 Namun boleh diijtihadkan secara lebih kurang berdasarkan firman Allah;

{ ثم سواه ونفخ فيه من روحه } السجدة 9.

Kemudian Allah menyempurkan (kejadiannya) dan meniupkan ke dalam (tubuh)nya roh (ciptaan)-Nya”. [As-Sajadah: 9].

Boleh difahami dari ayat ini bahawa roh ditiup selepas sempurna kejadiannya, iaitu selepas minggu ke lapan, inilah apa yang disimpulkan oleh kebanyakan ahli tafsir.
Iaitu sebelum berakhirnya minggu ke lapan semua anggota asas telah dijadikan, maka dengan ini mungkin roh ditiupkan pada janin selepas proses kejadiannya pada minggu ke sembilan atau sepuluh, atau selepas selesai kejadian anggota jantinanya pada minggu ke dua belas atau selepasnya, wallahu a’lam.
Boleh juga diandaikan janin sudah mempunyai roh berpandukan kepada gerakannya. Sheikh Ibnu Al-Qayyim  [6] telah menggambarkan keadaan janin sebelum dan selepas ditiupkan roh, katanya; ‘Adalah gerakan janin untuk membesar seperti gerakan tumbuh-tumbuhan, gerakannya tidak berpandukan kepada kehendaknya, kemudian selepas ditiupkan roh berhimpun gerakan perasaan dan kehendaknya  kepada gerakan pembesarannya”.
Telah sabit dalam kajian saintifik gerakan janin dapat  dikesan pada peringkat awal, iaitu pada minggu ke lapan atau ketika kandungan janin sebesar 3sm atau panjang janin lebih kurang 15mm. Demikian juga dapat  dilihat gerakan pernafasan, anggota bahagian atas, denyutan jantung, kerdipan mata dan sebagainya. Gerakan tangan ke mulut, lidah dan menghisap jari semuanya dapat  dilihat diminggu ke enam belas, iaitu sebelum 120 hari.

Posted by Abu Anas Madani on 3 Februari 2008

Blighted Ovum

Ia terjadi kerana apabila berlaku persenyawaan dan implantasi, cuma pembentukan uri sahaja yang berlaku tetapi janin tidak terbentuk. Ia selalunya akan berlaku pada 6-12 minggu kehamilan dan penyebab utama keguguran pada trimester pertama.

Apa yang berlaku?


Setelah implantasi berlaku, selalunya kehamilan akan berlaku seperti biasa, walau bagaimanapun, sekiranya janin tidak normal, proses kehamilan akan terganggu dan berhenti. Ini adalah cara untuk badan kita mempastikan cuma janin yang normal sahaja akan membentuk dan membesar. Ia kebanyakan berpunca oleh kromosom yang tidak normal samada dari sperma atau telur.
Walaupun blighted ovum ini kerap berlaku, tetapi ia jarang terjadi 2 kali berturut-turut kepada wanita yang sama. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku
keguguran berulangan, doktor mungkin akan membuat penyiasatan yang lebih mendalam. Ia juga boleh berlaku pada kandungan kembar, di mana salah satu telur yang bersenyawa tidak berkembang manakala yang satu lagi membentuk seperti biasa. Ini dipanggil blighted twin.

 

Masih rasa hamil

Walaupun janin tidak membesar, selalunya wanita begini masih merasa seperti wanita hamil yang lain kerana hormon kehamilan masih ada di dalam badan, dan sekiranya ujian kehamilan dilakukan ia masih lagi positif.

 

Tanda-tanda

Tanda-tanda biasa termasuklah pendarahan kecil, sakit ari-ari dan pendarahan dari faraj. Ujian ultra-bunyi akan memberikan kepastian samada janin masih hidup atau mati. Ia selalunya akan menunjukan karung kosong tanpa janin di dalamnya.

 

Dapatkan rawatan

Blighted ovum selalunya akan gugur sendiri secara beransur-ansur tetapi kebanyakan wanita memilih untuk menjalani D&C sebaik sahaja diagnosa dibuat. Bagi mereka yang mengalami komplikasi seperti jangkitan kuman, kesakitan atau pendarahan yang banyak, D&C akan disarankan kerana ia boleh membahayakan rahim.
D&C adalah satu prosedur kecil di mana tisu yang tertinggal akan disedut dan dikikis keluar (scrape) dengan berhati-hati. Walaupun ia tidak merbahaya, ada sedikit risiko parut pada rahim yang boleh memberi kesan kepada kesuburan.

 

Peluang hamil pada masa hadapan

Blighted ovum tidak memberi kesan terhadap kesuburan anda dan kebanyakan wanita (>80%) akan hamil secara normal tanpa sebarang masalah. Walau bagaimanapun, dinasihatkan agar anda menunggu selama 2-3 bulan selepas ia berlaku untuk badan dan emosi anda pulih sepenuhnya.

Good news .... Bad news...

Pada 6hb sedang mengira2 tarikh period yg dah hampir seminggu tak kelihatan mengundang keinginan utk aku pergi check up . Aku tak rasa aku pregnant cuma takut kes2seperti tersumbat ke hape sbb last month pun agak2 keluar atau tidak jerk . Tapi bila aku cfm dekat Poliklinik Damai pada mlm 6 Feb aku disahkan +ve . Rasa terkejut ada seakan tak percaya dan dikira2 dah masuk 2 bulan . Betul ke? Sbb aku takde alami apa2 sintom mcm org pregnant pun..ataupun mungkin masih terlalu awal . Tp doc ckp utk sahkan boleh scan utk ukur umur janin dgn tepat, so aku dikehendaki dtg semula esok pagi utk buat scan.

Balik rumah , rasa gembira pun ada rasa risau pun ada..sbb takut ape berlaku memandangkan aku takde buat persiapan apa2 pun... takde mkn ubat ape2..pil hormon dan sbgainya kecuali masa berubat di klinik homopati tu. Itupun kalau nak dikirakan waktu aku pergi di klinik tersebut aku dah pun pregnant..cuma aku tak sedar sbb aku sangka.. yg aku alami saluran tersumbat ke..gangguan hormon ke yg menyebabkan period aku mcm ada atau tidak jerk.

Dalam keadaan yg risau / teruja dan mcm2 lagi sampai tidur mlm pun tak lena menunggu esok pagi ... Esok pagi aku pun berulang semula ke klinik tersebut utk proses ultrasound.. kerisauan yg aku rasa menjadi kenyataan bila doc tak nampak pun byg2 bayi dlm kantung tersebut dan suruh aku merujuk ke hospital lain..so, aku memilih utk cek di hukm.

Sampai di HUKM pukul 10 pagi.. ketika tu dah beratur org..ramai betul.. barulah aku tau mcm ni rupanya keadaannya di sepital. Pukul 2 petang barulah aku dpt jumpa doc utk buat ultrasound sekali lagi. Scan kali ni ok sket...nampak jugalah bentuk bayi tersebut tp nak cek juga heart beat utk cek keadaan bayi tersebut melalui vaginal ultrasound. Hurm kali ni agak kecewa semula..bila tiada response langsung pd bayi..tiada degupan jantung .. so tunggu keputusan doktor plak.

Last sekali aku masuk jumpa dok, diberi penerangan yg saiz janin aku cuma berusia 7 weeks, padahal ikut kiraan aku dah masuk 9 weeks. Secara teori mmg harapan tipis..tp utk senangkan hati bg jugaklah tempoh lagi 2 minggu utk dtg scan semula...Dlm waktu ni aku diberi ubat duphaston utk menguatkan rahim . Bila aku search kat internet, mmg ramai jugak yg alami keadaan mcm aku.. even wife budak opis aku pun mcm tu jugak dan akhirnya gugur .

Aku sedar mungkin kesilapan aku jugak..sbb aku tak sedar langsug yg aku sebenarnya dah pregnant bulan lepas..dan gatal2 pegi amik ubat di homopati dan mkn benda2 tajam utk pulihkan period aku. Mungkin itu menyebabkan gangguan pd pertumbuhan janin aku.. Termasuk bende2 lain..stress, hal rumah tangga , mungkin aku ade buat kerja berat2 bab pemakanan yg tak dijaga ...mcm2 lah. Yelah... mana aku syak ape2 bukan ade pengalaman pregnant pun... sbb dulu mkn ubat mcm2 pun susah nak lekat..bila tak mkn ubat ape2 boleh lekat plak .

Apa2 pun aku berserah jerk.. kalo tak menjadi mmg bukan rezeki aku. Tapi apa2 pun aku bersyukur sbb menunjukkan aku bukanlah 'mandul'' .. so changes utk cuba lagi tu masih ada..dan kali ni aku akan lebih berhati2 .. yelah pengalaman mengajar kita..

Saturday, February 5, 2011

Mimpi vs keinginan

Hari ni dah masuk hari ke-5 period ku lewat. Kekadang ada gak terasa mcm senak2 tanda nak kluar period tp tunggu2 takde plak. Adakah aku pregnant? Masih terlalu awal utk impikan agar menjadi kenyataan. Memandangkan bulan lepas pun period aku tak betul kijap ade kejap takde, aku tak mahu terlalu mengharapkan    sbb aku takut ia akan mengecewakan aku kelak. Lgpun kami tidaklah terlalu kerap bersama... kemungkinan utk mendapat hasil tu amatlah tipis bgku.


Bulan lepas pun aku baru mencuba perubatan homopati dgn Dr. Hashimee di Angsana Hilir . Website dia
http://hhhomeopathy.com/index.html  dan waktu tu dr hashimee sendiri memberitahu bahawa aku mmg ada masalah hormon sebyk 60%. tinggi tu... Sbb tiub sebelah kiri 30% belah kanan 10% termasuk hal2 lain mgkin persekitaran/kerja/emosi dll . Jadi aku rasa aku masih dlm proses berubat..tak mungkinlah pregnant plak.


Mlm tadi sepanjang aku tidur hingga ke pagi.. aku asik mimpi aku pregnant jerk.. Bila terjaga dari tidur...dan sambung tidur..mimpi lagi mungkin sbb terlalu memikirkan. Biasa kalu org kata mimpii tu terbalik... so mungkin tidak.. Tapi aku still menaruh harapan dlm hati yg Allah tu maha kuasa, walaupun byk halangan utk aku tp Allah tetap nk beri rezeki kat aku..


Amin ya rabbil alamin.........

Thursday, January 27, 2011

Anak dan rezeki

Perkahwinan dah menjangkau 4 tahun tp bayang nak rasa menimang cahaya mata tak nampak2 gak. Kat mana silapnya aku pun tatau. Sering jugak dengar org kata.."takpelah belum ada rezeki...lgpun baru bape taun... ade org kawin 10 taun pun tak dpt lagik." aku pun iyerlahhhh.... tp kena tgk gak umo diorg tu kawin tahun bile aku plak kawin tahun bila..? Walaupun org dok kata umo aku tak srupe ngan muka aku yg awet muda... cewahhh!! Tp realitinya...kena terima jugak awk tu dah berumur...huhuhuh

Smlm terasa sinar harapan tu mcm terang sket bila dpt SMS dr cik abg dok tanya.. " nak bela anak angkat tak?" . Aku dok tanya bertubi2..anak sape..? laki ke pompuan? kenapa budak tu tanak bela? Siap survey dlm tenet mcmana prosedur nak amik anak angkat dr tgn org... Macamana nak buat surat akuan angkat sumpah supaya ibu kandung dia tak dpt nak mintak balik anak dia... Berkobar2 sampai dok kira2 perbelanjaan bulan ni kena spend utk baby baru... hihihihi

Tapi aku dah rasa tak sedap ati bila dpt tau budak tu ngan mak dia dah balik Perak..Tataolah mungkin kpg halaman dia kot.. Aku dah apt rasa..kalao mak bapak masuk campo mesti tak jd nak bg org ni.. paling tak pun, baby tu mesti sedara mara yg bela ke...

Tetiba harapan angan ku musnah hari ni bila dpt tau budak tu dah pun bernikah... so, mesti la anak tu dia yg jaga.... takde can lah...huhuhuh.. takde rezeki jugakkk...

Nampak gaya aku ni ditakdirkan hidup camni... rezeki tu susah nak dpt sampai bebila.. Alangkan nak ckp bab duit pun tak lekat jugak.. Kalau ade duit lebih sket..mesti adaa jerk bende lain nak kena spend..contoh nk kena repair keta ke..moto ke... r/tax mati lah....kucing sakittlahhh ... itulah...inilahh... Hai...nasibb...nasibbb....

..:: Tinggalkan Jejak Anda ::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...