Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers

Monday, July 9, 2012

Resepi bayi

info ni dapat dari RATUHATI ...

Memulakan makanan pelengkap merupakan cabaran buat anda dan bayi anda. Anda juga mungkin turut merasa tekanan daripada orang tua atau kawan-kawan yang meminta anda memberi makanan pejal kepada bayi anda sebelum umur yang sepatutnya.

Tanda-tanda Bayi Anda Sudah Bersedia

Jika bayi anda telah mencapai umur empat bulan (bayi menyusu susu formula) dan enam bulan (bagi bayi menyusu susu ibu secara eksklusif) dan mempunyai tanda-tanda berikut, maka anda bolehlah mula memberinya makanan pejal : -

  • Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak.
  • Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa.
  • Berat badannya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat lahirnya.
  • Menunjukkan tanda-tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali.
  • Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa.
  • Bayi anda juga mungkin akan cuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan.
  • Tidak menolak dengan lidah atau meluahkan makanan yang disuapkan ke mulutnya.
  • Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan.
  • Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya.

Kenapa Perlu Tunggu?


Kebaikan Untuk Bayi :


Sistem penghadaman bayi yang berusia kurang 6 bulan belum matang dan dia tidak dapat menghadam makanan dengan sempurna menyebabkan masalah seperti bayi muntah, sembelit dan juga cirit-birit.

Lebih awal bayi diperkenalkan dengan makanan lain selain daripada susu ibu, lebih mudah bayi tersebut berkemungkinan mendapat alahan atau alergi terhadap makanan tersebut.

Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan dapat mengurangkan risiko gastrointestinal, pernafasan dan jangkitan telinga pada bayi.

Bayi yang berusia lebih 6 bulan dapat mengambil bahagian secara lebih aktif semasa makan seperti mencapai makanan jika masih mahu makan atau berpaling jika sudah kenyang.

Makanan pejal akan mengurangkan jumlah susu yang bayi ambil.

Bayi yang makan makanan pejal terlalu awal mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi gemuk apabila besar nanti berbanding dengan bayi yang memulakan makanan pejal pada masa yang sesuai.

Menyuap makanan pejal kepada bayi yang belum duduk adalah lebih sukar dan kadang-kadang mengecewakan bayi dan anda sendiri.

Kebaikan Untuk Ibu Yang Menyusu:


Ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif lebih lama akan mudah menurunkan berat badan.

Cara semulajadi untuk menjarakkan kelahiran kerana haid datang lebih lambat.

Bekalan susu ibu yang lebih stabil.


Masa paling sesuai untuk introduce solid food adalah time umur 6 bulan. Walaupun ada sesetengah buku tulis start time 4 bulan, better wait till 6 months, sebab time tu usus dia dah matang.


RESEPI UMUR 6 BULAN

guna teknik 3-4 days rules. Mean kenalkan satu2 jenis makanan tu selama 3-4 days to rule out allergy.

Hari 1-3: air kanji nasi
Ambik air nasi yg mendidih tu, bagi minum, bagi dalam 4-5 sudu jer. Ini petua
org tua2 nak intro solid kat baby
Hari 4-7 : bubur nasi
Hari 8-11 : bubur nasi + kentang
Hari 12- 15 : bubur nasi + carrot
Hari 16-19: bubur nasi +bayam
Hari 20- 23: bubur nasi + bilis
Hari 24-27: bubur nasi+kentang+ carrot
Hari 28-31: bubur nasi+kentang+carrot+bilis


Time 6 bulan ni,  tapis semua makanan. Ada org suka blender, tpi prefer tapis dengan penapis.

Ikan bilis tu kalau boleh cari yg warna putih (less salt). Kalau takde pun ikan bilis biasa tu, rendam lama skit, biar hilang masinnya. Goreng sangai (tanpa minyak), then blend kering sampai halus. Simpan buat stok.

Beras pun blend kering dulu. Bila masak tu senang dia hancur, tak susah sangat nak tapis.
Ingat.. No sugar, no salt for baby below 1year.


RESEPI 7 BULAN



BREAKFAST

1) Puri kentang

Rebus kentang (buang kulit dulu) hingga empuk.
Kemudian, lecek2kan dia hingga hancur.
Campurkan sedikiit perahan susu ibu untuk menghaluskan lagi teksturnya.

2) Puri carrot (sama mcm puri kentang)

3) puri brokoli

4) puri bayam (Boleh juga dicampur adukkan sayur-sayuran diatas untuk dijadikan puri sayur campur)

5) puri epal

6) puri pisang (pisang tak perlu dimasak)

7) puri betik


LUNCH

1) Bubur+sayur+bilis

Penyediaannya sama macam resepi 6 bulan, tapi tak perlu blend dah.
Just masak dan lecek2kan sampai halus.
2) bubur+ sayur + ikan

masak bubur bersama sayur, dan lecek.
Ikan direbus (potong kiub untuk memudahkan, bila masak, sejukkan sebentar dan blend (blend basah)
Campurkan bubur dan ikan.
3) bubur+sayur+ ayam/daging (sama macam resepi ikan)

Nak menyedapkan lagi, goreng bawang dengan sedikit minyak, taburkan atas bubur.
juga boleh ditaburkan dengan daun bawang & daun sup untuk menambahkan aroma.


RESEPI 8 BULAN



BREAKFAST

1) oat+ kismis/kurma

didihkan air (anggaran 1 mug), masukkan 2 sudu besar oat (original/organic).
masak sampai kembang.
Cubit2kan kismis/kurma, dan campurkan dalam oat yg siap dimasak...
2)Oat + bilis (sama cam atas)

3) puri sayur @ puri buah


LUNCH

1)nasi lembik + sayur + ikan/daging/ayam


Masak nasi lembik.
Tumis sedikit bawang merah,bawang putih dan halia dengan sedikit minyak (prefer minyak zaitun), bila naik baunya, campurkan dengan sedikit air, bila air mendidih, masukkan ayam/ikan/daging dan masak sehingga empuk. Masukkan sayuran dan masak hingga empuk.
Cara makan : boleh dimakan berasingan, nasi + sup gaulkan sekali nasi dan sup.


TEA-TIME

1) kentang + bilis

rebus kentang hingga lembut.
Lecek halus dan gaul dengan sedikit serbuk bilis.
Kepal2kan dan suap baby (macam kuih keria yg tak dimasak)
2) Roti + susu

ambil sekeping roti (prefer roti gardenia,kalau dapat roti yg kandungan gula kurang lagi bagus)
rendam dalam perahan susu ibu(sedikit sahaja untuk melembutkan), dan terus dimakan.


TIPS

****Dan lagi satu, agak renyah nak masak sikit2 pagi2 ni. Puan2 boleh sejuk bekukan makanan baby. Macam saya, after masak, time panas2 tu, saya simpan dalam bekas dadih 6oz. Masuk terus dlm freezer (bhgn beku), Ikut kajian, tahan sampai 2 minggu. Bila nak masak, boleh panaskan guna microwave, tapi saya lebih suka masak guna api. Letak sedikit air panas dan biarkan bubur tu cair sepenuhnya. ****

6 comments:

  1. like this article..very good info especially for new mom like me...

    ReplyDelete
  2. Salam kenal wawa..
    Linda nak tanye, selalunye pisang ape yg sesuai utk dibuat puri ye??
    Anyway, jemput la follow blog linda http://masamanispedas.blogspot.com (^__^)

    ReplyDelete
  3. Tips yg sgt berguna..
    jempuy ke blog saya ye...
    mommyjeeha.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. menarik jugak resepi-resepi ni, boleh cuba nanti..tanks for sharing
    http://vitaminpilihansemua.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Nk tanya bubur n sup buat mlm then di frozenkn bleh ke.. Utk dimkn rmah pgasuh esOknya. Tq

    ReplyDelete
  6. tq bagi tips yg berguna & bagi idea utk mama berkerja cam saya ni...pas ni akan berusaha masak utk dia malam & simpan dlm freezer utk bekal ke rumah pengasuh esok paginya....

    ReplyDelete

..:: Tinggalkan Jejak Anda ::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...