Mari bertukar kepada cloth diaper!!
Kepada ibu-ibu yg baru tahu kewujudan cloth diaper - lampin kain moden ni, atau belum pernah tengok mcmana rupa cloth diaper ni... dan tak dapat gambarkan mcmana rupa CD ni, apa yg boleh saya katakan Cloth diaper/ lampin kain moden ni sama jer mcm 'pampers', cuma daripada kain (dgn material yg sgt bagus), boleh dibasuh dan dipakai semula berulang kali... Itu saja, tapi kebaikannya sgt banyak berbanding 'pampers'/ lampin pakai buang.........
"THE BEST OF PARENTING IS NATURAL PARENTING AND CLOTH DIAPERING IS ONE OF THE NATURAL PARENTING......."
SO, LET'S CHANGE TO CLOTH AND HAPPY CLOTH DIAPERING, MOMMIES!!!!
KENALI JENIS MATERIAL & FABRIK CLOTH DIAPER
Tahukah anda dengan jenis-jenis material atau fabrik yang digunakan untuk cloth diaper?Bukan semua jenis cloth diapers itu sama. Jika anda tertanya-tanya mengapa ada jenis cloth diapers mahal harganya, dan ada pula yang murah, kita boleh menilai dengan mengetahui jenis material yang digunakan untuk menghasilkan cloth diaper tersebut.
Sebelum membeli sesuatu jenama atau jenis cloth diapers, tanyakan dan pastikan dahulu dengan penjual tentang material cloth diaper. Ini adalah penting kerana beraneka jenis material mungkin memerlukan cara penjagaan dan pembasuhan yang BERLAINAN. Sepatutnya juga, para penjual cloth diaper perlu memberi jawapan kepada soalan-soalan ini kepada pembeli:
· Apakah material yang digunakan untuk cloth diaper (lapisan dalam/luar/material asas?)
· Apakah material inserts yang digunakan?
· Bagaimanakah cara untuk basuh pertama kali sebelum digunakan (prewash)?
· Apakah teknik penjagaan/pembasuhan yang khusus untuk cloth diaper jenis ini?
Kita mungkin pernah dengar tentang microfiber, cotton, bamboo, fleece dan sebagainya semasa pencarian cloth diapers. Mari kita menjengah lebih mendalam mengenai jenis-jenis material dan fabrik yang lazim digunakan, bersama dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing:
1) PUL (POLYURETHANE LAMINATE)
· Diperbuat dari kombinasi kapas, polyester atau kapas/ campuran poly. Bahan ini digunakan sebagai lapisan luar kalis air cloth diaper seperti untuk pocket diapers, AIO/AI2 dan juga diaper cover.
· Kelebihan: “Breathable” (bukan seperti lapisan plastik yang tiada pengudaraan).
2) MINKY
Sebenarnya jenis minky sama dgn PUL cuma dia ada tambahan fabrik minky yg baldu2 sket diluar lapisan PUL.
· Diperbuat dari kombinasi kapas, polyester atau kapas/ campuran poly. Bahan ini digunakan sebagai lapisan luar kalis air cloth diaper .
· Kelebihan: “Breathable” (bukan seperti lapisan plastik yang tiada pengudaraan).
2) FLEECE/MICROFLEECE
- Material sintetik ini (100% polyester) amat biasa digunakan sebagai lapisan dalam pocket diaper, AIO/AI2 dan diaper cover. Diaper liners juga ada diperbuat daripada fleece (untuk diletakkan di atas cloth diaper sebagai lapisan “stay dry” dan untuk menyenangkan pembuangan air besar bayi dari CD).
- Fleece ada pelbagai kualiti. Kualiti paling bagus adalah “Polar Fleece”.
- Kelebihan: Amat lembut untuk digunakan atas kulit bayi, berkebolehan untukmenarik air ke lapisan bawah secara efektif dan menjadikan kulit bayi kekal kering semasa memakai cloth diaper (wicking properties), “breathable”, senang dicuci, cepat kering, “stain-resistant”.
3) MICROFIBER
- Material ini lazim digunakan sebagai inserts, dan ianya adalah kombinasi polyester dan polyamide (bahan sintetik). Fabrik ini seperti fabrik yang digunakan untuk membuat tuala mandi.
- Kelebihan : Agak murah, senang didapati , mempunyai daya serapan yang bagus, berupaya menyerap cecair dari permukaan kulit yang pantas berbanding material lain (wicking properties).
- Kekurangan : Tidak boleh digunakan terus ke atas kulit bayi kerana akan menyebabkan masalah kekeringan ( kerana ianya menyerap cecair dengan pantas), material sintetik ini tidak terbiodegradasi ( non-biodegradable).
4) BAMBOO
·
Bahan diperbuat dari tanaman bamboo ini semakin popular untuk pembuatan cloth diapers. Ianya digunakan sebagai material asas cloth diaper seperti fitted diaper, lapisan dalam pocket diaper dan juga sebagai insert.

· Kelebihan: Fabrik yang “breathable” (sejuk untuk pemakaian di cuaca panas), lembut, berupaya menyerap lebih cecair berbanding microfiber (lebih sesuai untuk penggunaan waktu malam), mempunyai sifat anti-bakteria semulajadi, bahan yang semulajadi, mesra alam sekitar dan “sustainable” (bamboo tidak menggunakan pestisid, senang & cepat ditanam).
· Kekurangan: Memerlukan “prewash” yang lebih kerap (lebih 6 kali) sebelum digunakan untuk memastikan daya serap yang tinggi, sewaktu prewash juga tidak boleh dibasuh dengan fabrik lain, harga yang lebih mahal.
5) HEMP
· Diperbuat daripada kayu tanaman hemp. Lazim digunakan sebagai bahan asas untuk fitted diaper, lapisan atas pocket diaper dan sebagai insert.
· Kelebihan: Tahan lasak, berkebolehan untuk menjadi lebih lembut selepas penggunaan berterusan, daya serap yang lebih tinggi berbanding microfiber (lebih sesuai untuk penggunaan waktu malam), bahan yang semulajadi (lebih environmental), mempunyai sifat anti-bakteria semulajadi, sesuai untuk pemakaian di cuaca sejuk ataupun panas.
· Kekurangan: Memerlukan “prewash” yang lebih kerap untuk membuang “natural oils” yang ada di dalamnya, agak lambat untuk dikeringkan, lebih sukar didapati di Malaysia, harga yang jauh lebih mahal.
Semua cloth diaper baru (apapun jenis dan materialnya) perlu dilakukan prewash sebelum digunakan (dipakaikan) pada bayi anda.
Tujuan prewash?
1. Tujuan pembersihan: untuk membersihkan CD daripada sisa2 pembuatan fabrik dan juga ketika proses pengilangan CD itu. CD dibuat daripada material baru, jadi rasionalnya mmg perlu dibasuh dahulu sblm digunakan.
2. Tujuan penyerapan: bagi membolehkan CD anda menyerap dengan lebih baik. Semakin kerap CD dibasuh, semakin bagus kadar serapannya.
3. Supaya mendapat bentuk dan saiz sebenar CD itu (to fit-snugly on baby). Utk itu CD perlu dibasuh dan dikeringkan beberapa kali (bagi sesetengah material, mgkin ada material yg mengecut (shrink) atau mengembang?). Biasanya pihak pengeluar telah mengambil kira hal ini semasa proses pembuatan CD :)
Berapa kali prewash?
Utk CD biasa (kebanyakan CD di pasaran) perlu diprewash 2 hingga 3 kali. Bagi saya, minimum adalah 3 kali prewash. Bagi CD/ insert bamboo/ insert hemp perlu diprewash 6-8 kali utk mendapatkan kadar serapan yg optimum. Begitu juga dgn material organic cotton (seperti soaker grobaby/ grovia) minimum 6 kali prewash.
Bagaimana yg dikatakan prewash?
Basuh, jemur (hingga kering) dan basuh semula. Ulang sebanyak 3x (atau sehingga serapan ok).
Caranya?
Utk prewash boleh basuh tangan (hand wash) atau pakai mesin basuh. Utk basuhan pertama boleh gunakan sedikit sabun (sabun yg tiada campuran softener) dan utk basuhan kedua dan ketiga boleh basuh tanpa sabun. Utk prewash kali pertama boleh juga gunakan air panas (suam).
Cadangan prewash?
Cara saya: Utk CD baru saya just celup2 air atau lalukan bwh air paip. Then, perah dgn lembut dan jemur. Boleh juga spin dgn mesin basuh sebelum jemur (mesti letak dlm laundy net).
TIPS: Boleh tumpang spin dgn CD lain yg dibasuh, ketika spin yg terakhir.. huhuhu..
Adakah semua bahagian CD (insert/ soaker/ shell/ cover/ pocket pant) perlu diprewash?
Ya, terutamanya insert/ soaker perlu diprewash utk meningkatkan kadar serapan. Sebaik-baiknya prewash insert/ soaker mengikut jenis material atau mengikut aturan/ cadangan pihak pengeluar.
Shell/ cover CD (utk jenis AI2) boleh diprewash 2 kali sahaja. Pocket pant dicadangkan 3 kali prewash (supaya inner dpt menyerap basahan dgn baik).

TIPS: Cara Membasuh CD
Info yg berikutnya adalah ihsan dr Cik Wani...credit to cik wani. Info ni khas utk aku dan pengguna2 CD yg lain.
Jika anda menggunakan nappy liner, itu sgt2 membantu bila baby poo poo . Remove shj liner, angkat masuk plastik,ikat dan masuk dlm tong sampah. Penggunaan liner boleh mengurangkan kerja2 membasuh inner CD.
Mengikut gambar di atas, terdapat kesan poo pada inner CD dan insert . Pancutkan lebihan poo td dgn air yg deras trus dlm toilet bowl.
Seterusnya bilas CD dan insert dengan kesan najis td di bawah air paip. Tonyoh2 manja guna tgn saje . Jangan berus CD + insert. Kalau kesan kuning x hilang pun xpe.Jgn paksa beliau utk menghilangkan diri . Seterusnya basuh skali CD2 lain yg hanya terkena pee...
Ni hasil2 CD + insert yg telah dibilas, tunggu mau masuk machine shj. Masukkan CD dlm laundry net dan insert biarkan bertebaran dlm machine berpusing2. Masukkan 1/4 penutup pencuci shj . Jgn letak byk2.
Boleh sidai direct bawah matahari atau indoor guna kipas pun x pe..If ada kesan kuning tu, ia akan hilang secara magic bila kena direct matahari. Jgn lupa terbalikkan CD, biar inner dok luar masa jemuran utk mengelakkan outer yg pelbagai corak dan warna menjadi cepat pudar..
DONT
1. Harus diingat bahawa CD tak boleh dibasuh dgn sabun/liquid yg ade softner nanti kesan penyerapan akan terganggu. Cuma boleh guna sabun biasa yg tiada softner . Lgpun CD x perlu sabun byk2 ,letak sket jer utk hilangkan bau.
2. Jgn gunakan peluntur/clorox nanti CD akan cepat rosak.
3 - Jangan berus CD dan insert...cuma tenyeh2 guna tgn jer..
HOW TO SETTING YOUR CD ...IKUT SAIZ BABY
S size
Sesiapa yg ingin mencuba CD ni dgn harga yg mampu milik leh tgk/order kat sini http://www.facebook.com/lyndacollection
thanks utk info nih yer lyn, nnt sy print kasik kak ipar baca..heheh
ReplyDelete