Tetamu jemputan , Ustaz Amin yang dengan tenang dan cool jek jawab soalan caller .. hee .. tapi memang penerangan yang sangat berguna .. mula2 , penerangan maksud nafkah .. nafkah bagi seorang lelaki perlu beri nafkah pada isteri .. nafkah zahir dan batin .. makan , anak ( termasuklah pendidikan , kesihatan ) , tempat tinggal .. " orang yang tahan nafkah isteri , akan rasa tidak tenang dan senang .. " .. yakin dan percayalah Allah akan memberi rezeki kepada tanggungjawabnya .. keluarga , isteri , anak2 .. itu semua adalah tanggungjawab suami ..
Nafkah bukan sekadar semasa perkahwinan sahaja .. sebab bagi yang sudah bercerai , nafkah yang pertama seorang suami perlu memberi nafkah dalam bentuk iddah .. nafkah yang kedua , nafkah tertunggak jika suami pernah mengabaikan isteri .. contoh , jika setahun suami mengabaikan tanggungjawab nafkah pada isteri .. ia dikira hutang .. so yang hutang itu perlu dibayar yek .. wahai para suami , jangan abaikan tanggungjawab tuan-tuan yek .. nafkah pada isteri itu wajib ..
# Situasi 1
Isteri gaji besar jika dibandingkan dengan suami .. tapi isteri ingin meminta nafkah dari suami hukumnya berdosa tak ?
Hukumnya tidak berdosa kerana nafkah itu diberi mengikut kemampuan.. maksudnya , nafkah bukan dinilai dari berapa banyak yang diberi .. tetapi nafkah itu adalah mengikut kemampuan suami itu sendiri .. kalau suami mampu rm50.00 , suami bagi je rm50.00 .. kalau lebih kemampuannya , suami beri lah lebih .. tetapi masalahnya adalah jika kalau hati suami tak berniat nak memberi nafkah .. itu masalah .. huhuhu .. yang penting suami kena ada jadi orang yang bertanggungjawab !!
# Situasi 2
Suami tak beri belanja pada isteri . Tapi isteri ambil sedikit duit dari poket suami untuk belanja anak-anak. Berdosa tak ?
isteri dibenarkan ambil untuk keperluan anak-anak .
# Situasi 3
Suami pinjam duit isteri
Nama pun pinjam kan .. wajib dituntut .. kecuali jika pasangan halalkan duit yang dipinjamkan itu ..
# Situasi 4
Adakah isteri dikira nusyuz jika minta cerai atas alasan suami tidak bekerja ?
Isteri boleh minta cerai .. 1 ) Mohon taklik , jika suami mengabaikan nafkah sekurang2nya 3 bulan . 2) fasakh , jika suami memang langsung tidak mampu untuk memberi nafkah . 3) khulu , jika isteri minta nafkah
kesimpulan .. bila masing2 menunaikan tanggungjawab masing2 , rezeki bukan sahaja bentuk duit .. tapi rezeki itu juga adalah mendapat isteri yang solehah dan anak yang soleh .. kalau nak isteri rajin bantu suami dalam bantu suami , suami kenalah rajin bantu isteri gak .. dan layanlah isteri dengan baik dan dengan kasih sayang ..
~ aku ini kurang ilmu , so dpt ilmu yg mcm ni perlu amik tau jugak .. Perkahwinan itu adalah perkongsian bersama , tapi jangan lah kerana urusan nafkah ada yang terseksa .. sebab ada kes yang suami abaikan tanggungjawab dan nafkah .. urusan semua dibawah tanggungjawan isteri , dan akhirnya mengundang kesakitan dan penyeksaan pada isteri .. jangan bertindak kejam ye wahai suami .. sudahlah tidak menunaikan nafkah pada isteri dan keluarga , duit isteri habis pulaks .. kesian isteri .. jadilah suami yang bertanggungjawab .. !! ..
~ pada aku , aku setuju pada semua pendapat ustaz .. dia cakap '' nafkah itu adalah mengikut kemampuan suami " .. sekurang2nya , suami tunaikan nafkah nya mengikut kemampuan .. kalau suami gaji kecil , isteri pun kena faham lah kan .. suami pulak , jangan jadikan alasan isteri dah kerja , suami lepas tanggungjawab taknak bagi nafkah .. nafkah itu adalah tetap tanggungjawab kamu wahai suami .. sikit atau banyak , ikut kemampuan kamu2 .. kami tak meminta lebih2an , yang membebankan kamu .. kami ini adalah tanggungjawab kamu .. cukuplah pada kami dapat suami yang bertanggungjawab pada keluarga .
No comments:
Post a Comment