Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers

Sunday, February 20, 2011

Berpantang - soal jawab

Berikut adalah soalan dan jawapan dalam email
1. Macam saya keguguran..adakah saya perlu berpantang..??  kalau ade berapa pula tempoh masa berpantang..??
Walaupun keguguran, seeloknya  berpantang mcm orang bersalin juga sebab bahagian rahim  tetap luka sama macam orang bersalin. Tempoh berpantang paling kurang 20 hari – mengikut amalan masyarakat Melayu.
2. Jika keguguran adakah perlu menjaga pemakanan..??  jika ade boleh beri 1 contoh pemakanan yg berkhasiat..??
Dari segi pemakanan juga peru dijaga. Elakkan makanan yang sejuk seperti ais dan minuman bergas dan juga sayuran menjalar seperti kangkung. Seeloknya minum air suam dan makan makanan berkhasiat seperti sup panas, susu panas, quacker oats, buah kurma dan kismis, sayur sawi dan ikan selar.Namun begitu dari segi perubatan, doktor biasanya tidak menghadkan pengambilan makananan. Tapi apa salahnya jika cuba elakkan pengambilan makanan diatas dalam tempoh beberapa minggu. Bukannya lama pun.
3. Selepas keguguran dalam masa 2 ari boleh ke kalo kite berkerja..??
Bagi mereka yang bekerja swasta, biasanya cuti bagi keguguran ialah 2 minggu. Tapi utk kerja-kerja rumah, elakkan dari mengangkat benda-benda berat dalam tempoh sebulan selepas keguguran.
4. Boleh kah akak bagi saya tip2 @ cara2 penjagaan semasa keguguran..??
Tips dan cara penjagaan keguguran – sama macam penjagaan bersalin sebenarnya. Seeloknya pakai stokin dan mandi air suam. Juga, boleh mengambil ubat / jamu seperti kacip fatimah bagi membantu pengecutan rahim dan agar rahim sembuh dan menjadi kuat
5. Herba mandian aura pula selepas keguguran boleh ke digunakan..?? sebab saya rasa badan saya selalu lenguh2 n rasa kurang segar..adakah ianya berpunca dr keguguran yang saya alami..
Herba mandian aura boleh juga digunakan oleh mereka yang keguguran. Rasa lemah n tak bertenaga kerana badan masih belum kuat – sama macam orang bersalin. Mesti  juga ada rasa sejuk-sejuk badan kan? Rasa sejuk-sejuk badan tu sama je dengan orang yang baru lepas bersalin. Kalau mandi dengan air suam, memang best jer..



No comments:

Post a Comment

..:: Tinggalkan Jejak Anda ::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...