Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers

Sunday, March 20, 2011

Buah Zuriat





Aku dpt buah ni dari org opis yg baru balik Mekah hujung tahun lepas...terima kasih En Latip. Dia sebut buah
ni namanya biji kurma , tp bila aku google...kebykan org menamakan dia buah zuriat iaitu dikenali sbg buah adam/buah zuriattin/buah koka. Semuanya sama..ia adalah  buah asal dari pokok koka yang sekarang ramai orang dok sebuk bli buat gelang pakai kat tangan.

Sejarah Pokok Koka ini ialah pokok yang Nabi Noh a.s. gunakan untuk membina bahteranya ketika banjir dulu.

Dikatakan buah zuriat ini amat berkhasiat. Bila direbus ia boleh menyebabkan kita hamil dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan dengan izin Allah.

Buahnya sebesar buah ciku tapi rupanya macam buah kurma. Ia adalah amat keras. Kalau nak pecahkan memang kena guna kudrat orang lelaki dengan sebilah parang. U
ntuk mengupas atau menyediakan buah ni memang agak mencabar kerana buah ni mempunyai sabut, mempunyai tempurung di dalamnya. Apabila tempurung dipecahkan.. jumpa la isinya.. dan isi itu sendiri mempunyai satu lapisan keras seperti tempurung dalam tempurung kedua ini isinya putih seperti isirung kelapa tetapi tidak ada air. 



Kata sumber yg di rujuk tu.. cara2 nak guna buah tu :-


Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Buah di belah kepada dua, dan di ingatkan buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Dan di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah yang baru.

(Boleh diminum pada bila-bila masa sahaja,malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit,Insya Allah akan terasa kelegaannya) 



Suami isteri minum sekali setiap hari dengan baca basmalah [bismillahirrahmanirrahim] dan ayat 38 surah Al Imran yg diulang 3 kali. 


"RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURRIYYATAN TOIYIBAH INNAKA SAMEE UD-DUA"


maksudnya :


"Di sana zakariya berdoa kepada Tuhannya dengan berkata: Tuhanku kurniakan daku dari sisimu seorang zuriat yang baik sesungguhnya Engkau mendengari doa."


Hubby aku dah siap belah tp bila search internet, seeloknya minum lepas habis period..so kena simpan dululah buah tu.. lgpun buah tu tahan lama.





No comments:

Post a Comment

..:: Tinggalkan Jejak Anda ::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...