Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers

Saturday, March 26, 2011

Aktiviti di hari sabtu..

Lama btol takde buat apa2 aktiviti waktu coti.. biasa habiskan masa gi kelas..gi kerja..atau melepak di rumah.. Hari ni ingatkan nak joint tournament Bowling bersama Team Cosmo TM tp sbb lewat sgt malas plak nak pegi .. So kitaorg pegi dah pukul 12 ..pastu main sendiri2 jerk..


Main 2 games tp rugi tak sempat nak snap point sbb cepat sgt dia tutup skrin ..nk buat bahan bukti pun takleh.. Point aku dpt :-

Game 1 - 123 point
Game 2 - 97 point.

Rugi plak aku tak joint tournament tadik sbb ada hadiah kali ni dari no.1 hingga no.9 . Dgn point yg aku dpt..aku rasa mesti termasuk dlm ranking2 tu... rugi..rugi... Takpelah..next time joint lagik..

Lepas kitaorg main bowling..perut lapar..kami berkenny rogers...


Side dishes dah luak sket kena makan...sib bik teringat nak snap pic...sebelum licin semuanya... :D


Kali ni rasa semua menepati selera.. sos black papper dia sedap..tak cair sgt.. kentang sedap..ayam ok..cukup masak.. yg paling sedap MAKARONI CHEESE dia mmg Ummph btol kali ni.. cheese dia terasa sgt..YUMMI...!!

Pastu kami berpusing2 area bandar Kajang carik farmasi.. setelah ke-4 atau ke-5 Farmasi yg kami masuk baru jumpa termometer ni brand OMRON.


Kenapa termometer ni spesell..padahal..byk termometer lain yg boleh dpt.. Satu sebab ..ialah ianya 4 digit..boleh baca 2 titik perpuluhan.. cthnya : 37.02 . Kalau termometer biasa dia cuma boleh baca 37.0 .So bacaan 4 digit lebih tepat. Kenapa aku nak sgt termometer ni..?? 

Sebabnya..
Korang dah tau kan...aku dah 4 tahun kawen..payah sgt nak lekat. So , salah 1 mungkin aku masih tatao masa yg betul waktu kesuburan. Biasalah...setiap pompuan masa boleh berubah. Mengikut fakta, kita boleh tau bilakah akan berlaku waktu subur seseorg wanita dgn mengukur suhu badan . Caranya, perlu mengukur suhu badan setiap pagi selepas bgn tido dan catatkan ..buat kalendar. Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Bila dah catatkan suhu..buat chart bleh d/load kat BBT Chart  atau save bacaan online di http://www.fertilityfriend.com . Kat sini dia boleh buatkan graph..so kita leh nampak perbezaan suhu naik-turun setiap hari.. Kiranya bulan ni aku test jer dulu lgpun aku masih dlm proses pemulihan lepas keguguran bulan lepas.

Info2 kat bawah di just for sharing .. utk kekawan dan utk aku sendiri.. Walaupun dah lama hidup pun masih tak reti /paham gak kitaran diri sendirik.. :P


Maklumat berikut perlu diketahui sebelum memahami waktu subur
  • Paling Subur – Dari 72jam (3 hari) sebelum ovulasi sehingga 24 jam selepas ovulasi. Jika sperma ada di dalam tiub falopain dari 72 jam sebelum ovulasi pun, persenyawaan masih boleh berlaku kerana hayat sperma masih ada.
  • Waktu Berjaga-jaga - Dalam tempoh 5 hari sebelum ovulasi sehingga 2 hari selepas ovulasi. Ovulasi masih boleh berlaku (bukannya tepat) sekitar 14 hari sebelum jangkaan.
  • Paling Kurang Subur – Lebih 5 hari sebelum ovulasi atau lebih 2 hari selepas ovulasi.

FAHAMI KITARAN HAID
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.
BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)
Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.


No comments:

Post a Comment

..:: Tinggalkan Jejak Anda ::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...