Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, March 29, 2011

Manusia ooo manusia

Kenapa aku rasa mcm org lain mcm lebih suka tgk aku hidup susah dari senang hati..? Bila tgk org susah hati, hidup berduka....dia lebih gmbira tp bila tgk org senang hati, hidup bersuka ria org jd menyampah.  Kenapa manusia suke perbesarkan hal yang kecik ..?

Kenapa manusia suka cari kesalahan org lain padahal tak tahu pun pucuk pangkal cerita pun. Selama ni ada aku kacau hidup org ke..? Aku takde pun sebuk amik tau hal org... takde pun sebuk check email, fb org ...takde pun sebuk check hp org.. Kalau ade pun ade aku kesahh... ada aku bising2? Selagi org tak cari pasall aku tak heran lah... Tapi selalunya manusia ni mmg suka sengaja cari pasal dgn aku.

Manusia oh..manusia...

Kalu aku dok berduka , dok tak campur org .., tak bersosial kat internet... itu boleh buat org lain lebih senang hati...kan..??? So, buat sementara waktu nih... gudbye FB..gudbye my BLOG... Skang PUAS ATI..?

Monday, March 28, 2011

Mistik

Aku terdengar ada cerita mistik kat opis....jeng..jeng...jeng.... kisah Toyol... tp takleh ceritakan kat sini..kang ade aku kena marah. ZIP mulot....rahsia... intro je takpe kan...??

Saturday, March 26, 2011

Aktiviti di hari sabtu..

Lama btol takde buat apa2 aktiviti waktu coti.. biasa habiskan masa gi kelas..gi kerja..atau melepak di rumah.. Hari ni ingatkan nak joint tournament Bowling bersama Team Cosmo TM tp sbb lewat sgt malas plak nak pegi .. So kitaorg pegi dah pukul 12 ..pastu main sendiri2 jerk..


Main 2 games tp rugi tak sempat nak snap point sbb cepat sgt dia tutup skrin ..nk buat bahan bukti pun takleh.. Point aku dpt :-

Game 1 - 123 point
Game 2 - 97 point.

Rugi plak aku tak joint tournament tadik sbb ada hadiah kali ni dari no.1 hingga no.9 . Dgn point yg aku dpt..aku rasa mesti termasuk dlm ranking2 tu... rugi..rugi... Takpelah..next time joint lagik..

Lepas kitaorg main bowling..perut lapar..kami berkenny rogers...


Side dishes dah luak sket kena makan...sib bik teringat nak snap pic...sebelum licin semuanya... :D


Kali ni rasa semua menepati selera.. sos black papper dia sedap..tak cair sgt.. kentang sedap..ayam ok..cukup masak.. yg paling sedap MAKARONI CHEESE dia mmg Ummph btol kali ni.. cheese dia terasa sgt..YUMMI...!!

Pastu kami berpusing2 area bandar Kajang carik farmasi.. setelah ke-4 atau ke-5 Farmasi yg kami masuk baru jumpa termometer ni brand OMRON.


Kenapa termometer ni spesell..padahal..byk termometer lain yg boleh dpt.. Satu sebab ..ialah ianya 4 digit..boleh baca 2 titik perpuluhan.. cthnya : 37.02 . Kalau termometer biasa dia cuma boleh baca 37.0 .So bacaan 4 digit lebih tepat. Kenapa aku nak sgt termometer ni..?? 

Sebabnya..
Korang dah tau kan...aku dah 4 tahun kawen..payah sgt nak lekat. So , salah 1 mungkin aku masih tatao masa yg betul waktu kesuburan. Biasalah...setiap pompuan masa boleh berubah. Mengikut fakta, kita boleh tau bilakah akan berlaku waktu subur seseorg wanita dgn mengukur suhu badan . Caranya, perlu mengukur suhu badan setiap pagi selepas bgn tido dan catatkan ..buat kalendar. Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Bila dah catatkan suhu..buat chart bleh d/load kat BBT Chart  atau save bacaan online di http://www.fertilityfriend.com . Kat sini dia boleh buatkan graph..so kita leh nampak perbezaan suhu naik-turun setiap hari.. Kiranya bulan ni aku test jer dulu lgpun aku masih dlm proses pemulihan lepas keguguran bulan lepas.

Info2 kat bawah di just for sharing .. utk kekawan dan utk aku sendiri.. Walaupun dah lama hidup pun masih tak reti /paham gak kitaran diri sendirik.. :P


Maklumat berikut perlu diketahui sebelum memahami waktu subur
  • Paling Subur – Dari 72jam (3 hari) sebelum ovulasi sehingga 24 jam selepas ovulasi. Jika sperma ada di dalam tiub falopain dari 72 jam sebelum ovulasi pun, persenyawaan masih boleh berlaku kerana hayat sperma masih ada.
  • Waktu Berjaga-jaga - Dalam tempoh 5 hari sebelum ovulasi sehingga 2 hari selepas ovulasi. Ovulasi masih boleh berlaku (bukannya tepat) sekitar 14 hari sebelum jangkaan.
  • Paling Kurang Subur – Lebih 5 hari sebelum ovulasi atau lebih 2 hari selepas ovulasi.

FAHAMI KITARAN HAID
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.
BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)
Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.


Monday, March 21, 2011

Buah tgn singapore

Time aku balik kpg masa nyai hubby aku meninggal, kebetulan mak mentua pun baru balik dari s'pore. Biasalah..kalu dia pegi sana..ade jer brg yg dia bwk balik...kebykan baju utk cucu2 dia lah.. 

Kitaorg dpt Nutella. Nutella ni spesel. saiz besorr..900g tuu .kat m'sia takde saiz beso gini.. Harga sana pun murah.. saiz camni pun rega baru $8 dollar s'pore convert duit kita baru 20++ jerk.. Kalau rega kat mesia, yg saiz kecik 220g pun rega dah dekat RM9, yg 400g pun dah berbelas2 hengget .... Sedap ooo Nutella nih..pure ceklat dia .. sedap sbb ceklat + serbuk hazelnut.. sapu kat roti ..sedap..mkn begitu shj pun sodapp..!!
 


New shawl

ehehehehe... saje test new shawl...best gak pakai shawl nih... nanti leh beralih arah nak pakai shawl plakk...


Tgk gambor ni baru aku pasan muka aku da kurus.. patutlaa balik kpg semua tegur aku kurus.. aku rasa cam biasa jerk ..ingatkan sbb mkn berpantang .. tp mungkin gak tak cukup rest/tido.. asik tido lambat jerk.. pastu skang mlm dah jarang2 mkn. kekadang balik kerja pun tak mkn.. nampak gaya nak kena maintain balik lah..

Sunday, March 20, 2011

Buah Zuriat





Aku dpt buah ni dari org opis yg baru balik Mekah hujung tahun lepas...terima kasih En Latip. Dia sebut buah
ni namanya biji kurma , tp bila aku google...kebykan org menamakan dia buah zuriat iaitu dikenali sbg buah adam/buah zuriattin/buah koka. Semuanya sama..ia adalah  buah asal dari pokok koka yang sekarang ramai orang dok sebuk bli buat gelang pakai kat tangan.

Sejarah Pokok Koka ini ialah pokok yang Nabi Noh a.s. gunakan untuk membina bahteranya ketika banjir dulu.

Dikatakan buah zuriat ini amat berkhasiat. Bila direbus ia boleh menyebabkan kita hamil dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan dengan izin Allah.

Buahnya sebesar buah ciku tapi rupanya macam buah kurma. Ia adalah amat keras. Kalau nak pecahkan memang kena guna kudrat orang lelaki dengan sebilah parang. U
ntuk mengupas atau menyediakan buah ni memang agak mencabar kerana buah ni mempunyai sabut, mempunyai tempurung di dalamnya. Apabila tempurung dipecahkan.. jumpa la isinya.. dan isi itu sendiri mempunyai satu lapisan keras seperti tempurung dalam tempurung kedua ini isinya putih seperti isirung kelapa tetapi tidak ada air. 



Kata sumber yg di rujuk tu.. cara2 nak guna buah tu :-


Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Buah di belah kepada dua, dan di ingatkan buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Dan di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah yang baru.

(Boleh diminum pada bila-bila masa sahaja,malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit,Insya Allah akan terasa kelegaannya) 



Suami isteri minum sekali setiap hari dengan baca basmalah [bismillahirrahmanirrahim] dan ayat 38 surah Al Imran yg diulang 3 kali. 


"RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURRIYYATAN TOIYIBAH INNAKA SAMEE UD-DUA"


maksudnya :


"Di sana zakariya berdoa kepada Tuhannya dengan berkata: Tuhanku kurniakan daku dari sisimu seorang zuriat yang baik sesungguhnya Engkau mendengari doa."


Hubby aku dah siap belah tp bila search internet, seeloknya minum lepas habis period..so kena simpan dululah buah tu.. lgpun buah tu tahan lama.





Raja Lawak 5

Walaupun terlambat sket masukkan entri ni, tp ada aku kesah... hahahaha. Tahniah buat MAN sbb jd juara Raja Lawak. Aku mmg tak suka langsung dgn BALAS..takut gak dia jd juara dgn lawak yg asik tak menjadik. Tp aku pelik minggu2 sebelum ni tinggi betol undian dia..konpom yg ramai undi dia pun budak2 jugak..mmg semua fan dia ramai student dan remaja.

Aku sebelum ni taruh harapan pd Nazmi dan R2, tp minggu ke-10 Nazmi lawak pun x menjadik...mmg aku dah agak mesti out. Sebelum final plak, firasat aku BALAS juara(sbb menang undian) 2-R2 , 3-MAN , tp masa final berlangsung, BALAS hampeh ... R2 pun tak berapa menjadik..asik x cukup masa jerk.. MAN the best..!! So, aku taruh harapan pd MAN ... akhirnya MAN JUARA!!! Aku sukerrr....sbb BALAS jatuh no-3. Padan muka fan2 BALAS yg dok fanatik sgt tu dan suker kutuk2 R2 ngan MAN... uwekkkk.. :P

Ni link antara lawak2 MAN yg aku sker..









Ini pula opening  final Raja Lawak 5 yg paling happening..aku suker..tp ramai yg kondem sbb pengacara amik masa lg lama utk melawak dari peserta sampaikan peserta terkejar2 tak cukup masa. Apa2 pun Jozan mmg best .. Zizan tanpa Johan atau Johan tanpe Zizan mesti tak menjadi, so, kedua2 adalah gandingan yg terbaekk... jumpa di MAHARAJA LAWAK..





Friday, March 18, 2011

Nyai meninggal 14/3/11 1.47am

Sambungan entry sebelum ni baru berkobar2 nak tido puas2.. tiba2 aku dikejutkan hubby kul 2am suh berkemas sbb dpt berita 'nyai'(atuk) meninggal. Hurmm...takleh tido jugak.... hahahah

Kelam kabut aku selesaikan assignment yg mmg nk kena hantar mlm tu jugak sebb aku tau kalau dah balik kpg kompom tak dpt buat apa2. .. Lepas siap hantar assignment, kemas kain baju .. bertolak kul 4am . Kena singgah Melaka jemput adik ipar ngan anak2 dia sekali. Lastly sampai Kluang dah pukul 10.30 pagi(sempat berenti bekfas) . Sib bik awal sket...time tu tgk jenazah dah di angkat nak bawa ke kubur . Kenduri tahlil 3 mlm berturut2 ...aku pun ambik cuti ehsan 3 hari.

Dah balik kpg, amik kesempat pergi mengurut ngan Wak Enon , dia pesara bidan klinik k'jaan . Aku dibekalkan dgn jamu pucuk jambu + ibu kunyit + garam jantan utk pulihkan peranakan . Blender semua , tapis...minum airnya... Uwekkkkk ...rasa masinnn + kelat ...minum 3 hari berturut-turut..

Kami balik semula ke KL pd hari Rabu mlm dan sampai KL kul 1.30am ... Esoknye kerja.... warghhhh!!..penat..

Sunday, March 13, 2011

Minggu paling sebuk

Minggu ni adalah minggu yg paling sebuk aku rasa. Takde masa langsung ...kat opis sebukkk...balik umah nak kena buat keje skolah...adehhhhh..

Minggu ni...Sabtu ahad ada test penat weh... Jumaat,Sabtu tak cukup tido aku.. Mlm ni nak tido puas2...

Raja Lawak 5 semi final

Lama btol tak update blog..sejak mula keje isnin lepas mmg takde masa pun nk hadap pc. Kerja tertangguh pun byk nak kena setle..mana nak  nk buat assignment lagik...dok pk psal test lagik.

Jumaat lepajs layan Raja Lawak 5 bg semi final.. tgk undian kumpulan BALAS tak munasabah sampai 69% . Pelik sbb ramai jugak yg tak berapa minat lawak BALAS tu.. tp mungkin ramai budak2 sekolah/student yg vote dia..lawak budak2 biasalah...

Bg aku aku takde sokong sape2..aku cuma sokong mana group yg mmg lawak jer... Aku minat R2,MAN dan NAZMI. Tp mlm tu Nazmi agak down sket.. lawak pun x brape menjadik..so tersingkir dr masuk final..

Layan lagu Raja Lawak yg baru ni best jugakkk... hahahahah Sesapa yg takde Astro tu blehla layan sini yer..hihi



Monday, March 7, 2011

Mula kerja

Harini aku mula start kerje setelah 2 minggu berehat2 dirumah.. Awal2 lagi dah hilang mood nk kerja bila pepagi lagi pegi kerja jln jem giler. Padahal kuar rumah kul 6.40pg sampai opis pun 8.30 jugak. mcm nk balik kpg jer lamanya perjalanan. tension giler.!!

Masuk opis buat kerja..aku mcm dah mcm org baru...nak start kerja pun terkial2 .. ilang dah segala memori aku .
Pastu tghari tatau nak mkn ape..sib bik bwk bekal lauk ikan pindang. Tgh pikir apa plak nak beli @ masak lauk utk esok...Maklumlah makan pun masih kena berpantang..

Tuesday, March 1, 2011

5S at home

Camnilah kalo dok umah sorang2 mmg takleh dok diam.. ada jerk yg tak kena kat mata aku ni. Tgk lemari semua dah penuh takleh nk sumbat ape2 dah. . Tp byk gak brg2 yg tak berguna / rosak masih disimpan gara2 syg nk buang le tu.. kotak2 kosong pun byk tp masih elok..sayng gak nak buang. Beg plastik lglah belambak2 bwh sinki kabinet tu..buat sarang lipas jerk. Habis aku selongkar ... tgk ni brape byk beg plastik kosong nih...


Ini yg aku dah asingkan utk disimpan.. 

Sekali dah kemas/buang sgala benda yg aku rasa tak pakai...kumpul2 penuh sampah 1 beg plastik besor... hahaha

..:: Tinggalkan Jejak Anda ::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...