Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers

Thursday, October 24, 2013

Semanis Kurma : Kongsi Nafkah atau Kebas Nafkah

Assalamualaikum .. aku nak kongsikan sedikit ilmu daripada program semanis kurma .. jarang2 tgk siaran ni tp tetiba bila bukak topik ni rasa mcm nak tau plak .., sebab mungkin kita dah tahu tapi mungkin ada sesetengah dari kita ada musykil tentang masalah ni .. macam aku sendiri , ada beberapa soalan yang terjawab bila aku dengar perbincangan mengenai nafkah ni ..

Tetamu jemputan , Ustaz Amin yang dengan tenang dan cool jek jawab soalan caller .. hee .. tapi memang penerangan yang sangat berguna .. mula2 , penerangan maksud nafkah .. nafkah bagi seorang lelaki perlu beri nafkah pada isteri ..  nafkah zahir dan batin .. makan , anak ( termasuklah pendidikan , kesihatan ) , tempat tinggal .. " orang yang tahan nafkah isteri , akan rasa tidak tenang dan senang .. " .. yakin dan percayalah Allah akan memberi rezeki kepada tanggungjawabnya .. keluarga , isteri , anak2 .. itu semua adalah tanggungjawab suami ..

Nafkah bukan sekadar semasa perkahwinan sahaja .. sebab bagi yang sudah bercerai , nafkah yang pertama seorang suami perlu memberi nafkah dalam bentuk iddah .. nafkah yang kedua , nafkah tertunggak jika suami pernah mengabaikan isteri .. contoh , jika setahun suami mengabaikan tanggungjawab nafkah pada isteri .. ia dikira hutang .. so yang hutang itu perlu dibayar yek .. wahai para suami , jangan abaikan tanggungjawab tuan-tuan yek .. nafkah pada isteri itu wajib ..

# Situasi 1 

Isteri gaji besar jika dibandingkan dengan suami .. tapi isteri ingin meminta nafkah dari suami hukumnya berdosa tak ?
Hukumnya tidak berdosa kerana nafkah itu diberi mengikut kemampuan.. maksudnya , nafkah bukan dinilai dari berapa banyak yang diberi .. tetapi nafkah itu adalah mengikut kemampuan suami itu sendiri .. kalau suami mampu rm50.00 , suami bagi je rm50.00 .. kalau lebih kemampuannya , suami beri lah lebih .. tetapi masalahnya adalah jika kalau hati suami tak berniat nak memberi nafkah .. itu masalah .. huhuhu .. yang penting suami kena ada jadi orang yang bertanggungjawab !! 

# Situasi 2

Suami tak beri belanja pada isteri . Tapi isteri ambil sedikit duit dari poket suami untuk belanja anak-anak. Berdosa tak ?
isteri dibenarkan ambil untuk keperluan anak-anak .

# Situasi 3

Suami pinjam duit isteri
Nama pun pinjam kan .. wajib dituntut .. kecuali jika pasangan halalkan duit yang dipinjamkan itu ..

# Situasi 4

Adakah isteri dikira nusyuz jika minta cerai atas alasan suami tidak bekerja ?
Isteri boleh minta cerai .. 1 ) Mohon taklik , jika suami mengabaikan nafkah sekurang2nya 3 bulan . 2) fasakh , jika suami memang langsung tidak mampu untuk memberi nafkah . 3) khulu , jika isteri minta nafkah 

kesimpulan .. bila masing2 menunaikan tanggungjawab masing2 , rezeki bukan sahaja bentuk duit .. tapi rezeki itu juga adalah mendapat isteri yang solehah dan anak yang soleh .. kalau nak isteri rajin bantu suami dalam bantu suami , suami kenalah rajin bantu isteri gak .. dan layanlah isteri dengan baik dan dengan kasih sayang ..

~  aku ini kurang ilmu , so dpt ilmu yg mcm ni perlu amik tau jugak .. Perkahwinan itu adalah perkongsian bersama , tapi jangan lah kerana urusan nafkah ada yang terseksa .. sebab ada kes yang suami abaikan tanggungjawab dan nafkah .. urusan semua dibawah tanggungjawan isteri , dan akhirnya mengundang kesakitan dan penyeksaan pada isteri .. jangan bertindak kejam ye wahai suami .. sudahlah tidak menunaikan nafkah pada isteri dan keluarga , duit isteri habis pulaks .. kesian isteri .. jadilah suami yang bertanggungjawab .. !! ..

~ pada aku , aku setuju pada semua pendapat ustaz .. dia cakap '' nafkah itu adalah mengikut kemampuan suami " .. sekurang2nya , suami tunaikan nafkah nya mengikut kemampuan .. kalau suami gaji kecil , isteri pun kena faham lah kan .. suami pulak , jangan jadikan alasan isteri dah kerja , suami lepas tanggungjawab taknak bagi nafkah .. nafkah itu adalah tetap tanggungjawab kamu wahai suami .. sikit atau banyak , ikut kemampuan kamu2 .. kami tak meminta lebih2an , yang membebankan kamu .. kami ini adalah tanggungjawab kamu .. cukuplah pada kami dapat suami yang bertanggungjawab pada keluarga .

Monday, September 30, 2013

Runtun Hati Mama....

Salam olls.....

Skang hati rasa hiba sesgt so.. nak share di sini utk meluahkan perasaan. Hingga hari ini baru 3 /4 minggu aku balik dr berpantang kampung. Waktu nk tinggalkan kpg/mak mmg sedih sgt rasanya . Maklumlah dah 2 buln mak menjaga kita dan anak2 . Anak pun dah rapat sgt dgn neneknya.. Mak pun sedih waktu tu nampak sgt dia mengalirkan airmata. X sanggup nk tgk keadaan camtu . Kalau diberi pilihan ada kekosongan job di cawangan kampung tu mmg aku berpindah .Tak pyh nk pikir apa2 mcm dok KL ni. Tak pyh pikir jln jem...tak pyh pikir anak nk bg sape jaga ...tak pyh nak pikir x cukup mkn ke hape..

Ok...sejak kami balik KL mak dah 3 kali turun KL tetiap minggu. Kebetulan ada atuk sedara yg masuk wad di HUKM sbb jangitan kuman pd paru2. Dlm masa yg sama mak dtg melawat cucunya skali..terubatlah rasa rindu. 1 st lawatan dtg dgn pakcik(ayah tiriku) org tua tu dah lah semput...kena naik tangga 4 tkt nak naik umah aku ni ha... Mmg semput dia dtglah..sampai dia kata ni lah pertama dan terakhir..hahahaha sib bik x masuk sepital gak.   Diorg dah tegur tgk bdn anakku (ayish) nampak susut sikit. Aku mmg x perasan sbb hari2 tgk.

Kemudian husband aku ada tournament di Kelatan -5 hari. Dia ckp suh hantar anak aku(ayish) di rumah pengasuh kalau aku x larat nak jaga . Mana plak ayat dia yg seblm ni kunun susah senang nak jaga.?? So aku decide xpelah biar aku jaga je..mmg mencabar kena jaga 2 org ni. Tido aku jgn ckaplah...ada hari2 yg aku x tido langsung sbb mlm kerja..siang budak2 dah bangun. Waktu ni Ayish mmg asik kena marah dgn aku sbb dia suka sgt kacau adik dia tido. Biasalah kalau kena marah nanges jeah dia.. bila sorg nanges berjangkit..dedua mesti nanges..Tension melanda betull...
Waktu yg sama aku rasa Ayish x terjaga mkn minum dia...Aku pun x dpt layan dia sgt sbb adik dia pun meragam jugak. Dia pun dah start memilih mkn..Mcm2 aku try semua xnak..mkn sikit je..waktu ni aku dh stat susah hati. Ujung minggu  mak aku dtg lagi tumpang makcik aku sbb nk melawat atuk sedara di wad. Kami tidur rumah adik di Shah Alam sbb kebetulan husband pun xde gi o/station.

Minggu ke-3 aku mula perasan dah ketara betul susut bdn Ayish ni pipi pun dah x bulat lagi. tp perut still buncit.. cacing kot. Sbb tu tanak mkn sgt...so decide bg Ayish ubat cacing ..lepas tu asik berak2 plak. Dlm masa yg sama mandikan dia dgn air daun kuchai..org kata petua utk naikkan selera mkn anak. Caranya ramas2 daun dlm baldi air suam dan bilas bdn dia lepas mandi dgn air kuchai tu tanpa bilas dgn air lg.Mandi waktu ptg-senja dlm kul 6-7ptg.

Ayish diserang demam/selsema dan batuk2 lgilah hilang selera makan dia.. Aku dah makin riso..buatlah menu ape2 pun semua dia tolak. masuk mulut pun sikit jelah..kekadang sampai kena paksa suap masuk mulut dia... Bdn makin lama makin susut kalau dulu pegang tgn dia pejal je walaupun dia jenis bukan bdn yg berisi. Kami potong rambut Ayish yg kian panjang ,maybe dia x serasi dgn rambut pjg tu...Bila rambut dah xde lagi nampak ketara bdn dia yg susut tu.. kepala ngan mata je nampak besar.

Minggu ke-3 tu mak aku dtg lagi..kali ni utk bawa balik atuk sedara aku balik sbb dia dh boleh kuar dari wad...even dia still xleh jln tp doc syorkan utk bawa balik sbb takut dia dpt penyakit lain di hospital memandangkan antibodi dia dh xde senang sgt nk dpt penyakit.

Mak dtg pun siap bawa air tolak bala utk Ayish sbb asik jatuh2 dan sakit utk ikhtiar.. Tp mak aku ckp dia kesian tgk Ayish camtu ..Ayish pun x ceria mcm dulu sikit2 nak nages je..dulu penuh gelak tawa . Sedih hati aku bila dia ckp camtu..aku pun perasan gak .. Mak ckp kalu bole amik cuti bwk la blk kmpung try berubat cara lain . Lastly aku decide suh mak aku bawak balik je dulu sementara waktu .Walaupun terpaksa bergaduh ngan husband sbb x kasi bawa balik ... ayat yg sama susah senang biar dgn kita. Tang mana yg dia susah aku x nampak .

Ayish budak yg sdg membesar perlu perhatian lebih..perlu diajar . Aku sebuk dgn baby mmg dia rasa terbiar .. Papa dia pun takat main kijap2 dgn dia bolehlah ..tp takde sape nk lyn makan minum dia ..nk bermanja dgn dia. Maybe sbb tu bdn dia susut. Aku pun dah lama x teman Ayish tido.. tiap kali dia bgn tido mesti xde sape2 kat sebelah..sian dia..

Lepas selamat Ayish ikut nenek dia balik. Kena sound plak dgn Papa dia... kalo aku tercari2 Ayish siap!!... Hurmmmm xde sokongan langsung .  Walaupun hati aku sedih..rindu dekat Ayish tp aku lebih rela camni dr aku terseksa tgk dia sakit..x ceria.. Aku rindu tgk Ayish yg dulu..sehat je.. pipi bulat tgn tegap/pejal. Harap2 balik raya nanti ada perubahan .




Friday, August 30, 2013

New lil prince

Salam all...sekian lama x menjenguk blog hinggakn x ingat langsung kewujudan blog ni..sehingga diingatkn oleh rakan fb br rasa bersalah sbb dh lama meninggalkn. Dgn tanggungjwb seorg ibu dan waktu kerja yg x tentu buatkn x berkesempatan langsung.

Pd 10 July@ 1 ramadhan..Allah telah kurniakan seorg lg putera dlm hidup aku. Kali ke-2 ni czer juga..nk buat camne mmg asalnye nk try normal juga tp x bole juga.

Presenting my new baby Muhammad Harraz Mifzal.

Thursday, February 14, 2013

My prince genap setahun

Tanggal 9 Feb 2013 genaplah setahun umur puteraku . Tp kalau ikut kalendar islam tarikh lahir ialah 16 R.Awal dah lepas beberapa hari dah..(28/1/2013)  Nenek dia yg paling exited siap belikan hadiah beskal remote (tp aku sendiri belum tgk lg camne beskal tu sbb masih belum amik di kpg).

Papanya pulak ingat nak belikan juga beskal yg parent boleh tolak2 di Carrefour tp rasa membazir pulak sbb beli hadiah yg sama. So terbantutlah nk beli hadiah .. tgklah nnti kalo jumpa hadiah lain yg bersesuaian tp lambat sket kot. Nak buat majlis utk puteraku tu pula mcm tak berbaloi sbb yelah dia belum faham apa2 lagi..maybe umur 2 tahun nnti boleh buat ye sayang.


..:: Tinggalkan Jejak Anda ::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...