Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers

Saturday, October 29, 2011

Blueberry Cheese Cake (non-bake)

Akhirnya tercapai jua nak try buat blueberry cheese cake ni.. Buat tak susah pun..tp sbb 1st try buat so adalah kekurangannya.. bhgian tgh tu terlembik sket .. tp maybe dah spt agak sbb apa. sbbnya gelatin tu aku tak cairkan betul2.. tp rasanya tetap sedap!.




Sesiapa yg nak mencuba...bolehlah cuba dgn resepi dibawah ni...

BAHAN-BAHAN

1. Biskut Digestive (utk base yang crunchy) pek kecil
2. 100g Butter
3. 400 g Blueberry Filing
4. 240 g cream cheese
5. 1 bekas yogurt (plain or with blueberry flavor)
6. Sebiji lemon
7. 4 sudu kecil Halal Gelatin
8. 120g gula
9. 1/2 cawan air


CARA-CARA

1. Base: Hancurkan biskut dan gaul dengan butter yang dicairkan. Kemudian pindahkan kedalam loyang kek dan mampatkan. Masukkan base tadi ke dalam peti ais.

2. Topping: Panaskan Blueberry, 60g gula, 4 sudu kecil perahan lemon, dan 1/2 cawan air.
Sejukkan.

3. Bancuhan:

a. Pukul 60g gula dan creamcheese.
b. Kemudian masukkan yogurt.
c. Masukkan 1/2 bancuhan topping.
d. 2 sudu kecil gelatin + 2 sudu makan air panas yang dicairkan di masukkan ke dalam bancuhan. Pukul lagi.
e. Adunan di masukkan ke dalam loyang kek dan di masukkan kedalam freezer sampai beku

4. Final

a. Bila kek dah agak2 beku (after 1 or 2 hours) cairkan 2 sudu kecil gelatin + 2 sudu makan air
b. Gaulkan dengan baki topping tadi
c. Curahkan atas kek yang dah beku tadi.
d. Masukkan dalam freezer semula
3. dah boleh makan bila kek dah beku.

Sekian, dan selamat mencuba.. :)

Thursday, October 27, 2011

video klip

hurmm...takde idea nk update...just nak tepek video klip jerk...lagu yg sempoi2 jak.... :)




Wednesday, October 26, 2011

Perbandingan umur kucing dan manusia

Tahukan kamu perbezaan antara umur kucing dan manusia.? Dibawah disertakan table utk menunjukkan perbezaan antara umur kucing dan manusia.. Kalau diikutkan umur kucing 2 tahun baru lah layak kawin nak dibandingkan dgn umur manusia.. Tapi kebyakan kucing umur 1 tahun pun dah gatal... tapi tak heranlah jugak kan..sbb skang pun ramai budak2 sekolah pun dah menggatal..hihihi :)

Disertakan juga kalkulator utk mengira umur kucing ..


Monday, October 24, 2011

Anak2 Comel genap sebulan

Juz nak update gambar kitty2 neh.... :)




Kembar kaler same 2 ekor nih...

Tido ke celik neh..?

Ahli mesyuarat pintu..semua berkumpul depan pintu...




Continue update next time...see yah...!!

Saturday, October 22, 2011

All western

As-salam,

Sebenarnya tatau nk update ape... hihi.. Cuma harini nk share pasal menu mkn malan kitaorg. Pagi td just besfast roti telur jerk.. Pastu tak masak pun tghari. Kluar cari barg dapur pun dah lewat, kul 3 lebeh baru kuar umah gi Tesco. Sengaja nk gi Tesco sbb nk tebus kupon yg Tesco hantar tu.. So, dlm hati mmg plan nk buat Lasagna sbb agak lama dah tak buat. Tapi dgn oven baru ni berkobar2 nk cuba semua benda..

Sampai Tesco tgk nampak cantek jerk..ruang pun dah luas..br lepas make over . Tapi disebabkan ruang luas..cari brg byk yg x jumpa.. dah la ramai plak org shopping hari Sabtu nih. Lepas balik Tesco..singgah plak Giant brlah jumpe brg yg dicarik. Sampai rumah dah kul 5 lebeh, siap masak semua dah kul 9 mlm.. huhuhuhu

So, menu mkn mlm kitaorg harini semuanya ala-ala Western.. semua HOMEMADE tau..... hehehe

Lasagna
Lasagna masak dgn oven baru mmg puas hati..cantek jer masak dia..

Beef steak & Salad
Daging tu je masak sendiri..sos tu beli sos black pepper yg dah siap jerk.. 


Sebenarnya last week pun kitaorg mkn steak jugak dgn ayam panggang ..minggu ni mkn steak lagi...alahai tetiap minggu mkn steak makin naik laaa badan...huhuhhu




Wednesday, October 19, 2011

My new baby and new hobbies.

As-salam..sebenarnya aku dapat hadiah ni dari hubby aku sempena besday yg tertunggak Sept lepas . Tujuan aku jual microwave lama tu pun sbb ni lah.. :)

Pensonic Oven 42Ltr..mmg luas ruang dlm tu..cukup puas hatilah.. siap boleh membakar dan memanggang..nak buat ayam golek pusing2 pun boleh... hihihi.. Skang aku dah ada hobi baru suka cari resepi yg boleh bakar2 nih..tgk resepi kek lah..ayam panggang lah..

Ok..taraaaa... inilah buah hati baru aku.... :)




Actually kami dah try 3 kali bakar guna oven baru ni sbb nk tgk hasil dia camne.. kan...

1st -kami beli ayam& daging yg dah siap marinate kat giant dan kami panggang ... ok dah tau dah nk set suhu .
2nd - kami cuma buat muffin blueberry dan silap setting suhu.. jadi tu mmg jadik tp hasilnya tak memuaskan lah tak berapa cantik..tp still sedap dimakan.. :)

3rd - baru jer buat harini..masih hangat dipasaran nih..muffin chocolate .. perghh...mmg YUMMY dan cantik naik dia.. masak dgn PURRRRfect.. aku sukeeee...!!

Cuti nanti nak try bakar lasagna plak..ataupun kek..??hurmm tatau lagik.. :)

Cer tgkk sedap takk...?? memey laa sedap..sbb aku dah rase mmg sedap.. hiihihi . Ni mmg sengaja aku tak isi penuh2 sebb nak bg dpt byk.. kalo isi cup tu penuh2 kang dpt skit plak..sbb cup tu besar..



Sekian entri utk kali ini....

Saturday, October 15, 2011

Isteri hamil – Suami juga punya peranan


Ini yang sepatutnya berlaku...

Berita tentang kehamilan isteri pastinya menggembirakan suami terutama bagi yang pertama kali menjadi bapa. Namun senyuman lebar itu saja tidak cukup untuk membantu isteri yang hamil. Suami juga perlu memainkan peranan supaya isteri dapat menjalani tempoh kehamilan dengan mudah. Sebelum anda merungut dan mengelak, anda perlu tahu bahawa tuntutan ini sebenarnya disokong oleh kajian ilmiah dan bukannya hasil konspirasi ibu hamil
TRIMESTER PERTAMA
Masa penuh emosi
Ketika hamil terdapat banyak perubahan berlaku kepada tubuh isteri dan yang paling menonjol adalah perubahan emosinya. Sebabnya adalah kerana kadar estrogen dan progesterone di dalam tubuhnya berubah dan ini tidaklah menghairankan mengapamood ibu yang hamil sering berubah-ubah. Jadi sebagai suami anda mesti pandai pengatur peranan ketika itu supaya bayi anda dapat dilahirkan dengan selamat.
Perkara yang dialami pasangan

- Sering mual dan muntah terutama diwaktu pagi ( morning sickness )
- Lekas penat dan mudah mengantuk
- Mungkin tiba-tiba meminta atau menginginkan sesuatu yg aneh misalnya makan rojak pukul 2 pagi…( sabar..! sabar..! sabar..! angguk angguk geleng geleng… )
- Emosinya cepat berubah,menangis dan berasa tertekan tanpa sebab yang jelas.
Perkara yang boleh suami lakukan
- Buatkan isteri anda berasa tenang supaya dapat berehat dan tidur secukupnya, contohnya mengusap lembut kepalanya .
- Bersiap untuk menghadapi ujian untuk mengukur betapa besarnya cinta anda kepadanya. Jangan terkejut jika dia meminta sesuatu yang aneh di tengah malam,kalaumampu apa salahnya memenuhi permintaan ibu kepada anak anda!!
- Tunjukkan rasa bahagia terhadap janin dalam kandungannya. Sapaan seperti “ Baby sedang buat apa, usik mama ye “ boleh menjadikan satu sokongan mental yang menyenagkan hati. Selain itu ibu hamil perlukan kasih sayang dan perhatian lebih daripada biasa.
TRIMESTER KEDUA
Masa-masa bahagia
Inilah masanya ibu boleh menikmati waktu kehamilan. Anda tidak begitu terseksa berbanding tempoh trimester pertama. Waktu ini juga ibu akan dapat merasai gerakan kecil si anak dan juga waktunya suami akan mula merasakan peranannya sebagai calon ayah!
Perkara yang dialami pasangan
- Emosi lebih stabil dan morning sickness makin berkurang
- Ibu hamil mula rasakan gerakan anaknya
- Merasa bahagia dengan kehamilan
- Cukup selesa dengan keadaannya sehingga timbul keinginan menikmati hubungan intim ( khabar baik buat suami ! )
Perkara yang boleh suami lakukan
- Teruskan sikap penuh pengertian. Ibu hamil masih mengalami perubahan emosi yang berkailan dengan kehamilannya.
- Seboleh mingkin dampingi dah hantarlah isteri tiap kali bertemu doktor
TRIMESTER KETIGA
Takut dan cemas
Perkara yang dialami oleh isteri
- Semakin dekat dengan hari bersalin,biasanya isteri akan semakin takut dan cemas
- Merasakan penampilannya tidak menarik kerana perubahan bentuk fizikal
- Sering mengeluh sakit, sengal,nyilu dan berbagai rasa tidak senang pada tubuh terutamanya pada punggung dan bawah perut kerana bayi semakin membesar
- Mengeluh kerana sukar tidur kerana perut yang membesar menyebabkan tidak selesa untuk berbaring ( bayangkan ada orang sedang mengeletek anda didalam perut ketika anda tidur ..kadang2 dia menendang tak kira masa terutama ketika ibu sedang berehat…jika kita bergerak,bayi kan diam sebab pergerakkan kita membuai bayi didalam perut tetapi apabila ibu mula berehat dan tidur..bayi akan semakin aktif)
Perkara yang boleh suami lakukan
- Bantu pasangan untuk mengatasi rasa cemas dan takut untuk menghadapi proses bersalin. Misalnya dengan mengalih perhatian dengan mengajaknya berbelanja keperluan bayi ( huh!!! Bab shooping ni,tengah sarat pun sanggup naik turun tangga shooping komplek….)
- Pujilah isteri anda bahawa dia tetap cantik dan menarik ( ramai orang yang menjadi bertambah cantik dan berseri2 apabila hamil )- Bantulah meringankan berbagai keluhannya dengan mengurut belakang isteri
- Bersiaplah untuk membantu dan menemaninya pada masa isteri sukar tidur. (Jangan teruskan menonton bola)
Keadaan pasangan anda tidak sama seperti apa yang dialami oleh isteri teman anda, kakak atau nenek anda ketika hamil kerana tubuh setiap wanita adalah berbeza-beza begitu juga dengan reaksi dan perubahan tubuh. Apa pun terjadi,bulatkan tekad untuk mendampingi isteri tercinta melalui saat ini.


Monday, October 10, 2011

List barang2 baby yg perlu dibeli

Kepada ibu2 yang nak bertukar2 infomation atau kepada bakal2 ibu yang struggle nak buat check list pembelian barangan bby yang bakal lahir,perhaps this info will be handy for you. Its just a list .. ada gak yg penting dan ada yg tak perlu buat masa ni... 

Skang blom ready lagi..maybe next month dah nak kena beli sikit2..

Senarai keperluan bayi

Pakaian
-baju lengan pendek/panjang                   - seluar pendek/panjang

- sarung tangan                                        - sarung kaki

- lampin+lampin pakai buang                    - selimut

- barut bayi                                              - kain bedung

- tuala mandi bayi                                     - almari/bakul pakaian

- sapu tangan                                            - tikar getah bayi

- beg bayi                                                 - sikat/berus rambut bayi

- topi
______________________________________________________
Mandian
-baby wipes           - sabun bayi                   - bedak bayi

- losyen bayi           - syampu bayi                - besen mandi bayi

- putik kapas          - bakul alatan mandian    -baby towel

-Pencuci baju baby
______________________________________________________
Penyusuan
- botol susu         
- puting
(untuk bayi baru lahir dapatkan saiz yang kecil samada S/ Newborn)
- bekas simpan susu  - berus botol susu       
- bekas simpan botol susu (warmer)
- milk pump             
- pencuci botol baby
_______________________________________________________
Tidur
- bantal dan tilam 
- sarung bantal dan tilam
- katil bayi            
- Almari baby

_______________________________________________________
Berjalan-jalan
- kereta sorong bayi (stroller)
- baby car seat
- baby carrier

_______________________________________________________
Lain-lain

- minyak                
- tisu lembap                   
- pemotong kuku
- sikat bayi              
-Vicks                          
- Gripe water
- Minyak telon/minyak yu yee                       
- penyedut hingus

Thursday, October 6, 2011

Anak2 Comel Update

Harini umur anak2 comel ialah 1 weeks 5 days dan dah mula bukak mata sket2.. tak padan ngan kecik asik nak merayap je ... tau2 dah sampai muka pintu ..

semua comel2...geram tgk... hihi..


Ni yg paling aktif.. memula dulu pun dia yg 1st kuar dr kotak padahal dia yg paling last lahir .. kitaorg panggey dia momo .. nak panggey zorro sbb pakai mask mcm x kena plak sbb dia betina..hihi

Yg kelabu 2 ekor nih mmg kerja dia tido jerkkk ....

Yg ni pun leh tahan jugak..no 2 aktif .. muka lebor jerk.. yg nampak mcm best bentuk mulut dia mcm senyum jerkkk..  :)


Tgk...tgk...mulut senyum kan.... say cheeseeeeeee.....heheh



Alololooo... x snonoh kelabu nih...tido sampai terjelir2 lidahhh..


Comey muka tensen...nak susukan anak pun sebuk nk kena amik gambor...






..:: Tinggalkan Jejak Anda ::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...