Ini yang sepatutnya berlaku...
Berita tentang kehamilan isteri pastinya menggembirakan suami terutama bagi yang pertama kali menjadi bapa. Namun senyuman lebar itu saja tidak cukup untuk membantu isteri yang hamil. Suami juga perlu memainkan peranan supaya isteri dapat menjalani tempoh kehamilan dengan mudah. Sebelum anda merungut dan mengelak, anda perlu tahu bahawa tuntutan ini sebenarnya disokong oleh kajian ilmiah dan bukannya hasil konspirasi ibu hamil
TRIMESTER PERTAMA
Masa penuh emosi
Masa penuh emosi
Ketika hamil terdapat banyak perubahan berlaku kepada tubuh isteri dan yang paling menonjol adalah perubahan emosinya. Sebabnya adalah kerana kadar estrogen dan progesterone di dalam tubuhnya berubah dan ini tidaklah menghairankan mengapamood ibu yang hamil sering berubah-ubah. Jadi sebagai suami anda mesti pandai pengatur peranan ketika itu supaya bayi anda dapat dilahirkan dengan selamat.
Perkara yang dialami pasangan
- Sering mual dan muntah terutama diwaktu pagi ( morning sickness )
- Lekas penat dan mudah mengantuk
- Mungkin tiba-tiba meminta atau menginginkan sesuatu yg aneh misalnya makan rojak pukul 2 pagi…( sabar..! sabar..! sabar..! angguk angguk geleng geleng… )
- Emosinya cepat berubah,menangis dan berasa tertekan tanpa sebab yang jelas.

Perkara yang boleh suami lakukan
- Buatkan isteri anda berasa tenang supaya dapat berehat dan tidur secukupnya, contohnya mengusap lembut kepalanya .
- Bersiap untuk menghadapi ujian untuk mengukur betapa besarnya cinta anda kepadanya. Jangan terkejut jika dia meminta sesuatu yang aneh di tengah malam,kalaumampu apa salahnya memenuhi permintaan ibu kepada anak anda!!
- Tunjukkan rasa bahagia terhadap janin dalam kandungannya. Sapaan seperti “ Baby sedang buat apa, usik mama ye “ boleh menjadikan satu sokongan mental yang menyenagkan hati. Selain itu ibu hamil perlukan kasih sayang dan perhatian lebih daripada biasa.

TRIMESTER KEDUA
Masa-masa bahagia
Masa-masa bahagia
Inilah masanya ibu boleh menikmati waktu kehamilan. Anda tidak begitu terseksa berbanding tempoh trimester pertama. Waktu ini juga ibu akan dapat merasai gerakan kecil si anak dan juga waktunya suami akan mula merasakan peranannya sebagai calon ayah!
Perkara yang dialami pasangan
- Emosi lebih stabil dan morning sickness makin berkurang
- Ibu hamil mula rasakan gerakan anaknya
- Merasa bahagia dengan kehamilan
- Cukup selesa dengan keadaannya sehingga timbul keinginan menikmati hubungan intim ( khabar baik buat suami ! )
- Emosi lebih stabil dan morning sickness makin berkurang
- Ibu hamil mula rasakan gerakan anaknya
- Merasa bahagia dengan kehamilan
- Cukup selesa dengan keadaannya sehingga timbul keinginan menikmati hubungan intim ( khabar baik buat suami ! )
Perkara yang boleh suami lakukan
- Teruskan sikap penuh pengertian. Ibu hamil masih mengalami perubahan emosi yang berkailan dengan kehamilannya.
- Seboleh mingkin dampingi dah hantarlah isteri tiap kali bertemu doktor

TRIMESTER KETIGA
Takut dan cemas
Takut dan cemas
Perkara yang dialami oleh isteri
- Semakin dekat dengan hari bersalin,biasanya isteri akan semakin takut dan cemas
- Merasakan penampilannya tidak menarik kerana perubahan bentuk fizikal
- Sering mengeluh sakit, sengal,nyilu dan berbagai rasa tidak senang pada tubuh terutamanya pada punggung dan bawah perut kerana bayi semakin membesar
- Mengeluh kerana sukar tidur kerana perut yang membesar menyebabkan tidak selesa untuk berbaring ( bayangkan ada orang sedang mengeletek anda didalam perut ketika anda tidur ..kadang2 dia menendang tak kira masa terutama ketika ibu sedang berehat…jika kita bergerak,bayi kan diam sebab pergerakkan kita membuai bayi didalam perut tetapi apabila ibu mula berehat dan tidur..bayi akan semakin aktif)

- Bantu pasangan untuk mengatasi rasa cemas dan takut untuk menghadapi proses bersalin. Misalnya dengan mengalih perhatian dengan mengajaknya berbelanja keperluan bayi ( huh!!! Bab shooping ni,tengah sarat pun sanggup naik turun tangga shooping komplek….)
- Pujilah isteri anda bahawa dia tetap cantik dan menarik ( ramai orang yang menjadi bertambah cantik dan berseri2 apabila hamil )- Bantulah meringankan berbagai keluhannya dengan mengurut belakang isteri
- Bersiaplah untuk membantu dan menemaninya pada masa isteri sukar tidur. (Jangan teruskan menonton bola)
Keadaan pasangan anda tidak sama seperti apa yang dialami oleh isteri teman anda, kakak atau nenek anda ketika hamil kerana tubuh setiap wanita adalah berbeza-beza begitu juga dengan reaksi dan perubahan tubuh. Apa pun terjadi,bulatkan tekad untuk mendampingi isteri tercinta melalui saat ini.

No comments:
Post a Comment