Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers

Sunday, February 27, 2011

Hidup tanpa internet

Petang khamis yg lalu, lepas hujan dan bunyi petir sabung menyabung, aku tak berani nak ON apa2 alat elektrik. Trus aku matikan suis utama ..tanpa boleh buat apa2 aktiviti..apa lagi, aktiviti tido jerlah jawabnya. Lepas hujan reda, aku hidupkan semula suiz utama, lepas tu aku tgk line internet aku down. Terus aku lapor kerosakan ke 100..lama betul dia nak accept repot aku. Mcm2 dia suh aku cuba..Masa tu dah mula fedup..tp layankan je lah...

Keesokannya  waktu tghari aku terima call dari telekom suh aku cek semula connection aku sbb katanya, dah dpt feedback dari teknikal yg kata ada kabel breakdown tp dah restore. Tp aku still takleh connect . Hari Sabtu aku terima call lagi dari Telekom, suh cek lagi.. tp aku tgk still sama jugak . Mcmana lah diorg buat kerja ni...???

Tghari td tetiba ade sorg mamat naik motor muncul depan rumah, dah agak mesti org streamyx ni .. dia cek2 modem dan soket rosak.. lepas tukar baru ok. Kalu dtg awal2 aritu kan senang.. PC hubby aku pun tak terselamat dari panahan petir walaupun tak ON PC pun waktu tu..  So, lepas ni kena beringat, walaupun tak ON PC ,kalau tak guna, kena OFF switch .

Dlm ketiadaan internet selama 3 hari Astro jelah penghibur aku.. sik bik ada Astro, kalao tak lagi bosan. Nak harapkan CDMA tak puas nk tgk.. Hubby aku pun balik sekejap dari kursus di PD hari jumaat mlm tu..ada gak la teman di rumah ..


Our new modem...

No comments:

Post a Comment

..:: Tinggalkan Jejak Anda ::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...