Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, January 5, 2011

Mari membuat Lasagna

Inilah bahan2 nak buat Lasagna yg lazat tuh. Yg tak termasuk dlm ni cendawan butang,bawang,black papper.


Kalau nak senang guna Penne sbb takyah pening kalau tmpt bakar bulat ke, petak ke, bujur ke.. tp sbb kat Giant takde stok penny ni.. belen yg tinggal kat umah sket plak tak cukup. so beli jelah kulit lasagne yg petak ni .

Cheese Mozarella yg siap di parut.. nak cincang2 pun boleh sebenarnya..

Tiap kali nak buat Lasagna ni dapur mesti berkecah..sbb byk brg nak kena guna. dapur pun byk nak guna.. yg putih tu sos putih dia..dlm periuk tu ada kulir lasagna tgh rebus bg lembut.. kuali tu plak stanby utk buat sos beef merah.

Inilah sos beef merah tu..lebih kurang mcm nak buat sos spagetti jerlah...

1st layer dlm bekas bentuk bulat... tak berapa kemas..sbb kulit tu 4 segi bujur..huuhu

Bakar guna periuk serba guna. Beli mahal2 RM450 rugi kalau tak guna .. Microwave ada tp takde oven utk buat bakar..guna jelah periuk nih... Gunakanlah agar ianya menjadi periuk yg berguna..huhuhu


Inilah rupa lasagna yg dah siap masak.. bekas bentuk bulat susah sket nak potong2.. Kena tambah azam nak beli oven plak pasni.. Tapi dapur kecik semak plak..tak tahu nak letak mana nanti.. Kena tunggu dapur besarlah gamaknya baru beli....hihihi


Bahan-Bahan:
  1. 1 biji bawang besar dipotong dadu
  2. 3 ulas bawang putih dicincang
  3. sedikit oregano
  4. 2 biji tomato dipotong dadu
  5. 450 gm tomato puri
  6. garam
  7. gula
  8. 1 kg daging cincang
  9. lada hitam
  10. cendawan butang (dihiris)
  11. 1 bungkus lasagne - di rebus dahulu sekejap supaya nanti bila bakar tak perlau masak terlalu lama.
  12. mozarella cheese dipotong2 kecil atau parut
Bahan untuk sos putih:
  1. oregano
  2. lada hitam
  3. 2 cawan susu UHT
  4. Garam secukup rasa
  5. 2 sudu mentega
  6. 5 sudu tepung
Cara sos merah:
  • Tumiskan bahan bawang besar & putih sehingga naik baunya .
  • Masukkan daging cincang biarkan seketika hingga masak.
  • Masukkan tomato plum dan tomato puri.Kacau sehingga sebati dan mendidih.
  • Masukkan air, kacau dan biarkan ia mendidih. 
  • Masukkan bahan-bahan lain lada hitam, cendawan ...sehingga cukup masak..jgn biarkan terlalu kering atau terlalu berkuah.
sos putih : 
  • cairkan mentega dgn api yg kecil
  • masukkan susu , tepung lada sulah , chiken stok. 
  • kena selalu kacau dgn api yg kecil supaya tepung tak bergentel...buat sos putih ni kena sabar... kacau hingga kuah agak likat dan angkat.

Lapisan:

Lapiskan dulu kulit mozarela disebelah bawah, masukkan sos merah , sos putih dan taburkan cheese...ulang sehingga 3 atau 4 lapisan terpulanglah.. lepas tu bakar dlm 30 mins..angkat dah sedia utk dimakan.

No comments:

Post a Comment

..:: Tinggalkan Jejak Anda ::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...