Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers

Monday, August 29, 2011

Persiapan Raya

Untuk persiapan Hari Raya tahun ni aku rasa semuanya ala kadar jer.. rasanya mood nak raya tu tak berapa sgt ..tatau lah kenapa . Rasa biasa2 jer.. xdelah xcited sgt mcm dulu2 .

Aku punye baju kurung tahun ni beli hanya sepasang sbb aku rasa ade lg beberapa baju kurung yg lepas2 masih baru dan boleh dipakai . Selebihnya aku beli baju biasa jerk. Untuk hubby aku pun, beli baju melayu sepasang dan 2 helai t-shirt . Maklumlah cuti pun tak lama .. Tahun ni pun just beli kerepek2 jerk.. kuih raya langsung tak beli. balik kpg nanti harapkan mintak kueh ngan mak aku jer lah ... :)  . Takpelah... maybe tahun ni buat ala kadar jerk.. tahun depan dapat ahli baru dlm famili mungkin meriah sket..

Jalan-jalan di PKNS Shah Alam

Pada puasa yang ke-27 Ramadhan(hari Sabtu) . Aku saja ajak hubby aku berjalan2 ke PKNS Shah Alam sbb sengaja nk melawat/melihat2 adik ku yg berniaga di PKNS tu sambil 2 berbuka di sana lah konon2nya. Tapi memandangkan manusia terlalu pack , kami bataklan niat utk berbuka diluar ..memadailah berbuka yg ringkas2 jer . Beli lemang ,ketupat palas + serunding daging , murtabak dan air . Dah lama cari air jagung akhirnya jumpa jugak org jual air jagung kat situ..sib bik sedap .

Sesiapa yg dok berdekatan di shah alam , bolehlah mencuci mata di kedai adik ku ini iaitu FZ Hijrah di tkt 1 PKNS.. Keutamaannya ialah baju kurung dan tudung bawal. Bagi sesiapa yg peminat tegar tudung bawal..bolehlah dtg membeli belah di sini... FZ HIJRAH.

Ok, nak disambungkan cerita.. dalam kul 10 gitu.. adik aku beriya2 mengajak kitaorg mkn diluar sbb katanye masa berbuka tadi mkn ringkas sgt ..walaupun aku tak berasa lapar waktu tu tp tanak menolak diikutkan jugalah.. so, kami makan di Uncle K kopitiam dekat sebelah PKNS jer .. adik aku kata ramai juga artis yg lepak situ..mknan pun boleh tahan. Kitaorg order mee jer sepinggan itupun share berdua ..not bad lah walaupun pedas sket .

Dlm pada lepak2 tu tgk2 ramai plak geng2 'arab' yg minum kat situ ..dlm pada tu aku ternampak lah penyanyi lama Syazliana yg dah lama menyepikan diri .. Aku perati jerk hubby aku dok tenung mcm nk terkeluar bijik mata .. aku malas nk tegur kalo tegur kang nk marah plak .. so malas nk tegur..tgkkan jelah.. Ntah ape hangin asik nak melenting jer ..cari sampin tak jumpa pun nk mengamuk kat haku ..   Terpaksalah aku nih bersabar jugak.. kalau ikutkan rasa nak nangis jugak memikirkan nasib kenapa org takleh nk jaga hati kita .. aku ni bawak anak org lain ke..? |Setahu aku bukan ibu shj yg kena jaga tingkah laku, adab, cara percapakan .. bapa pun patut ada peranan yg sama . Hmmm....sejak2 pembawakan ni hati aku mmg sensitip sket asik nak terasa jek.. tapi takde org nk memahami... SABAR ajelah ... "sesungguhnya aku sedang berpuasa" ..




Hagak2 kalo waktu tu ada Aaron Aziz ke.. Fahrin Ahmad kat situ ..kalo aku tengok mcm tu..ade kena cucuk tak mata haku nih... ?? hahahaha ... biasalah manusia hanya nampak pd kesilapan org lain .

Okeylah... jgn lupa melawat FZ Hijrah ye... tak lama lagi adik aku  pun nak berpindah rumah dr Putrajaya ke Subang lepas raya nih .. dapat offer kerja di UM LAND .. Alhamdulillah rezeki dia .. Aku..?? bila plak nak dpt dok umah sendiri isk..isk... teringin gak nak cat2 umah , renovate rumah mcm org lain.. Nampak gaya lepas pencen dok balik kpg agaknye baru dpt dok umah sendiri...





Sunday, August 28, 2011

Menu berbuka puasa hari ke- 25

Disebabkan hari ni terasa nak pergi TESCO dekat2 umah lepas balik kerja, so aku decide just nak berbuka di sana je.. Mula2 terasa nk mkn NANDO's tp kat Kajang ni mana ada NANDO'S, so pilih PIZZA jer..
Hari tu mkn set pizza SUPER SUPREME je utk 2 org dan tambahan ape ek nama dia lupalah..dlm tu 1 set ada udang, sotong dan potato .







Wednesday, August 24, 2011

TIPS UNTUK IBU MENGANDUNG / TIPS FOR PREGNENT

DOA UNTUK MENGANDUNG DAN MENJAGA KANDUNGAN


Kalau kita teliti tentang doa khusus supaya mudah melahirkan ngga ada nabi kita Muhammad SAW memberikan kepada kita,tapi ada doa khusus untuk memudahkan segala sesuatu yg menurut kita susah atau sulit insya`allah dengan membaca doa ini kita akan dimudahkan,dan para ulama ada juga yg memberikan amalan apa yang harus dibaca oleh seseorang untuk memudahkan mereka yg melahirkan,bagi mereka yg ingin mengamalkan doanya adalah:

1.perbanyak membaca doa kurb yaitu: BISMILLAHILLADZI LAA ILAAHA ILLA HU,ALHALIIM,ALKARIIM,RABBIL `ARSYIL ADZIIM,LAA ILAAHA ILLALLAHU RABBUSSAMAAWAATI WA RABBUL `ARDI WA ROBBUL `ARSYIL `ADZIIM)

2.MEMBACA SURAT AL-AHQAF AYAT:35

3.MEMBACA SURAT AN-NAAZIA`AT AYAT:46

4.MEMBACA SURAT YUSUF AYAT:111

5.MEMBACA SURAT AL-INSYIQAQ AYAT:1-4
KALAU SUSAH MENGAHAPALNYA PERBANYAK AJA MEMBACA DOA KURB YANG NOMOR 1

hamil

DAN UNTUK MENJAGA KANDUNGAN DARI KEMUNGKINAN ORANG-ORANG YANG INGIN BERBUAT JAHAT PERBANYAK MEMBACA  (AYATUL KURSYI DAN SURAT AL-FALAQ DAN AN-NAAS SERTA SURAT AL-`ARAF AYAT:44-45)
SEMOGA DIMUDAHKAN YAHHHH……..



AMALAN-AMALAN YANG DAPAT DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG

Memperbanyakkan mengingati Allah s.w.t dengan memohon ampun dan taubat. Ibu yang hamil digalakkan banyak mengingati Allah supaya hatinya tenang dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Dengan ini diharapkan agar anak yang lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat melahirkan dengan tenang dan baik. Bapa juga digalakkan melakukan perkara yang sama ketika isterinya mengandung.Perempuan yang hamil juga digalakkan supaya banyak bermunajat ke hadrat Allah s.w.t dan memohon doa kepada-Nya semoga anak dalam kandungan sentiasa sihat dan agar dipermudahkan Tuhan bagi ibu tersebut.


Doanya :
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w”.

Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangannya.
Perempuan yang sedang hamil digalakkan memperbanyak mendirikan solat malam, solat sunnat, sentiasa menutup aurat.Manakala suami juga dituntut memperbanyakkan ibadat, berpuasa sunat terutamanya pada hari hari yang disunnatkan iaitu Isnin dan Khamis. Ibu yang hamil juga adalah digalakkan untuk sentiasa membaca makthurat terutamanya setiap kali selepas solat.
Memperbanyakkan membaca Al-Quran,
ibu-ibu yang mengandung perlu memperbanyakkan membaca Al-Quran dan cuba memahami makna bacaanya. Antara ayat-ayat Al-Quran yang elok dibaca ialah : surah Al-Fatihah, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-nahl ayat ke 78 dan surah al-A’raf ayat 189. Selain ibadah ia juga dapat memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang patuh dan taat pada Allah dan Rasul-nya.
Sentiasa berakhlak yang baik.
Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentias menjaga akhlaknya dan bersikap baik kepad jiran tetangga, tidak suka berborak- borak kosong dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempergaruhi anak yang akan dilahirkan kelak. Perbanyakkan membaca Al-Quran daripada berborak-borak kosong. Demekianlah amalan yang dituntut bagi ibu yang hamil untuk mengamalkannya semoga Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya dan diharapkan anak yang akan lahir nanti anak yang betul-betul taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapanya.

APA YANG IBU PERLU BUAT SEMASA MENGANDUNG



#1; Aktiviti rutin bg tiap kali lawatan: Menimbang berat badan bagi mengetahui perkembangan berat badan ibu & bayi.Tapi hati2…kalau naik melebih2 tiap bulan maka kena minum air gula…eee…x sedap! Nak muntah!


#2: Biasanya kalau klinik kerajaan kerja ni nurse yang buat..mengukur saiz perut dengan pita pengukur bagi mengetahui usia kandungan yang ke berapa mingu….Kadang2 sakit gak bila ditekan.Kalau dapat nurse yang ganazzz ler…


#3: Biasanya checkup yang ni akan dibuat semasa kandungan berusia 7 bulan bg mengetahui jantina.Tapi kalau check kt swasta awk semua boleh check sekerap mungkin bg mengetahui keadaan ank awk kt dalam tu…mcm sy…servis ni biasanya RM30 tiap kali scan.X merbahayapun jika dilakukan kerap.Mengikut kat DR laarrrr….
.: Persediaan Semasa Mengandung :.
* Pentingnya Pemeriksaan Darah Semasa Hamil
(Dapat memberikan gambaran sebenar tentang status kesihatan ibu)

Terdapat 5 perkara utama mengapa penting ibu hamil perlu membuat pemeriksaan darah.
#1: Mengesan penyakit tersembunyi
#2: Mengesan carrier-status (pembawa penyakit)
#3: Mengetahui jenis darah (blood group)
#4: Mengesan masalah melibatkan sel darah contoh thalasemia dan leukemia
#5: Mengesan antigen dan antibodi ibu

Mengesan Penyakit Tersembuyi:-

1. Hepatitis B

Hepatitis adalah penyakit keradangan hati. Penyakit ini menyebabkan kerosakan hati atau kanser hati. Ia boleh dijangkiti secara tiba-tiba atau secara perlahan-lahan.
Tanda-tanda jangkitan Hepatitis B yang berlaku secara tiba-tiba anda akan terus:
1.Deman selsema
2.Keletihan,
3.Lemah anggota badan,
4. Sakit sendi atau otot serta sakit kepala
5. Sakit pada bahagian atas abdomen kanan
6. Mual, muntah-muntah dan cirit birit
7. Kekuningan pada kulit atau mata
8. Bengkak pada bahagian abdomen
9. Warna najis yang pucat dan warna air kencing yang gelap
10. Namun bagi yang terkena jangkitan secara perlahan-lahan, ia jarang menunjukkan sebarang simpton.

Cara ia merebak:

1.Perkongsian jarum suntikan dengan mereka yang dijangkiti virus
2.Hubungan seks dengan orang yang dijangkiti
3.Menggunakan perkakas makanan atau barang peribadi daripada orang yang dijangkiti virus ini Hanya terdapat vaksin untuk mencegah.

2. AIDS (HIV)
AIDS merupakan masalah disebabkan oleh Virus HIV 1 dan 2. Ia merebak melalui darah dan cecair badan (bukan air liur). AIDS ini berjangkit melalui melalui:
#1: Hubungan seksual
#2: Hubungan homoseksual
#3: Berkongsi jarum suntikan
#4: Pemindahan darah atau plasma
Gejala AIDS:
1. Berat badan menurun
2. Kelenjar-kelenjar pada badan membengkak
3. Mudah batuk, selsema dan jangkitan paru-paru
Rawatan:
Oleh kerana AIDS ini menyerang sistem imuniti tubuh, tiada antibodi boleh melawan virus ini. Setakat ini tiada vaksin atau pelalian ditemui untuk merawat AIDS.
3. SIFLIS
Penyakit yang mudah berjangkit tetapi boleh dirawat. Ujian mengesan siflis ini dipanggil ujian VDRL.
Cara ia merebak:
1. Melalui cecair badan termasuklah darah, air mani dan air liur
2. Melakukan hubungan dengan orang yang dijangkiti virus ini
3. Berkongsi perkakas makanan atau barang peribadi
4. Tanda-tanda anda dijangkiti adalah seperti demam, badan letih dan lesu.
5. Terdapat kudis pada kemaluan, berair dan pedih dan ada kalanya terasa sangat gatal.
Rawatan:
Ia perlu dirawat dengan segera dengan menggunakan ubat jenis penisilin. Sekiranya seorang ibu hamil tidak menerima rawatan yang sepatutnya boleh menyebabkan bayi dalam kandungan menjadi cacat pada otak dan saraf.

4. Mengesan Carrier-Status (Pembawa Penyakit)
1. Terdapat beberapa kes di mana seorang ibu yang membawa virus tetapi pertahanan badannya berjaya menyekat virus daripada menyerangnya.
2. Keadaan ibu yang mempunyai virus tersebut adalah sihat tetapi ia berupaya menyebarkan virus itu kepada orang lain.
3. Jadi ibu tersebut perlu dipantau dan diberikan vaksinansi dan beliau akan diajar cara untuk menghalang penyakit ini daripada berjangkit.

5. Mengetahui Jenis Darah (Blood Group)
1. Terdapat 5 jenis darah iaitu A,B, O dan Reshus positif dan negatif.
2. Darah positif dan negatif saling bertindak balas dan boleh memusnahkan kandungan.
3. Sekiranya didapati darah ibu dan janin berlainan jenis, jenis darah ibu akan dikenalpasti awal untuk memudahkan pihak hospital menguruskannya sekira perlu dilakukan pemindahan darah.

6. Mengesan Masalah Yang Melibatkan Sel Darah (Kesan Penyakit Dalam Darah Ibu)
1. Ini lebih dikenali sebagai mengesan penyakit keturunan.
2. Iaitu ia bergantung kepada genetik sesebuah keluarga.
3. Sebagai contoh Thalasemia atau Sickel-Sel Anemia merupakan penyakit keturunan.

Tanda-tanda:
1. Ibu menjadi pucat dan kurang darah biarpun beliau menjaga pemakanannya dengan sempurna
2. Sakit pada bahagian kanan atas perut akibat pembocoran limpa
3. Sering pitam
4. Pendarahan gusi dan lain-lain
5. Ibu sering demam dan tidak sihat

Rawatan:
1. Pemberian ubat-ubatan yang bersesuaian.
2. Jika perlu terpaksa melakukan pemindahan darah dan harus membuat pemantauan keadaan bayi dalam kandungan dari masa ke semasa.
3. Mengesan Antigen Dan Antibodi Dalam Darah
4. Antigen dan Antibodi adalah 2 perkaitan yang bermaksud protein dalam darah yang memberikan perlindungan kepada tubuh.


.: Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung :.

Lawatan Pertama
Memastikan serta mengesahkan kehamilan. Biasanya doktor akan terus memberikan due date atau tarikh anda akan dijangka bersalin. Biasanya kalau anda tidak dapat memastikan bila tarikh akhir haid, ujian ultrasound akan dilakukan untuk memberikan jangkaan bersalin yang lebih tepat.

Lawatan Kedua
Biasanya selapas minggu ke 12 kehamilan, doktor akan meraba uterus @ bayi dalam kandungan anda yang sedang membesar bagi menentukan samada bayi anda membesar secara normal atau tidak. Masalah utama kebanyakan ibu pada masa ini ialah loya, muntah-muntah serta sering pitam.

Lawatan Ketiga

Biasanya usia kehamilan masuk minggu ke 20, Selain pemeriksaan asas, anda akan menjalani ujian PIH (Pregnancy Induced Hypertension) iaitu pemeriksaan terperinci untuk melihat kesihatan ibu.
Ujian-ujian tersebut termasuklah:
1. Air kencing
2. Tekanan darah
3. Berat badan
4. Ujian darah ( diambil dari vena pada lengan ibu)
5. Ultrasound (mengesan masalah kecacatan bayi dalam kandungan)

Lawatan Keempat
Usia kehamilan masuk minggu ke 24.
Ibu akan menjalani ujian asas berikut:
1.Air kencing
2.Tekanan darah
3. Berat badan

Lawatan Kelima
Usia kehamilan masuk minggu ke 28. Selain pemeriksaan asas, ibu akan diberikan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Pertama
Ini adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.

Lawatan Keenam
Usia kehamilan masuk minggu ke 32. Pada masa ini ujian asas dan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Kedua akan dilakukan ke atas anda.

Lawatan Ketujuh
Usia kehamilan masuk minggu ke 34.
Ujian ultrasound akan dilakukan bagi memastikan kedudukan kepala bayi, uri, berat serta saiz bayi.
Lawatan Kelapan Dan Seterusnya Lawatan Seminggu Sekali
Dan seterusnya anda perlu lakukan lawatan seminggu sekali sehingga hari bersalin tiba.


Akhlak Suami kepada Isteri yang hamil

Sebagai suami pula, kita mestilah mempunyai akhlak yang baik dan memperlakukan isteri dengan baik tambahan pula di sedang hamil. Suami tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Di antara perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh suami ialah:
- sentiasa bersikap kasih sayang terhadap isteri.
- sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.
- jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam
- keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba
- mengingati keadaan manis dan jasa isteri.
- Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya.
- jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.
- hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.
- bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.
- cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.
- berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat. Tenagkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.
- bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan Ibadah.

Akhlak Isteri terhadap suami ketika hamil

- menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji.

- Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hokum Allah.
- jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.
- hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.
- apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.
- berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.
- jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.
- jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.
- jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan Janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.
- jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri.

PANTANG LARANG SEMASA MENGANDUNG


  • Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak
  • Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.
  • Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.
  • Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.
  • Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.
  • Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.
  • Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.
  • Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.
  • Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan.
  • Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.
Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:
  • Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.
  • Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.
  • Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.


PANTANG LARANG ORANG MELAYU KETIKA MENGANDUNG

Pantang Larang Orang Melayu Tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Apa yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik  pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman.
Pantang Larang Wanita Hamil
1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.
3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.
4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.
5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.
6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.
7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.
8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.
9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.
10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.
11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.
12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.
Pantang Larang Ke Atas Lelaki
1. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
2. Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan.
3. Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit.
4. Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati.
5. Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu.
6. Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang.
Pantang Larang Bayi
1. Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan ‘semangat’ kerana ditakuti menjadi kurus.
2. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan.
3. Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut.
4. Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan cakap.
5. Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala dan pada pusatnya kerana dikatakan pendek umur.
6. Kain lampin tak boleh direndam, nanti kembung perut.
7. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum, ketawa dan ingin menangis. Jangan kejutkan kerana dikatakan bayi sedang bermain dengan urinya.
8. Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.
Pantang Larang Ketika Berdiri
1. Tak boleh kencing berdiri, nanti punggung dijamah hantu.
2. Tak boleh berdiri tertindih kaki, dikatakan akan jauh rezeki.
Pantang Larang Ketika Makan
1. Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding.
2. Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu.
3. Makan pisang kembar, akan beranak kembar.
4. Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu.
5. Makan sisa anak, anak akan degil.
6.. Tidur selepas makan, nanti perut buncit.
7. Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut.
8. Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang.
9. Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki.
10. Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua.
11. Makan telur tembelang, mendapat penyakit barah.
12. Makan dalam pinggan sumbing, dapat anak bibir sumbing.
13. Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh.
14.Makan berlunjur,akan jadi pemalas.
15.Makan mencangkung, payah dapat rezeki.
Pantang Larang Sewaktu Tidur
1. Tidur di muka pintu, alamat dilangkah hantu.
2. Tidur di atas pokok, nanti dimakan langsuir.
3. Tidur di atas sejadah,nanti dihinggap kurap.
4. Tidur selepas makan, nanti ditindih hantu.
5. Tidur melekat nasi di kaki, nanti mimpi hantu.
Pantang Larang Ke Atas Perempuan
1. Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.
2. Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang.
3. Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin.
4. Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.
5. Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh.
6. Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua.
7. Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial.
8. Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama.
9. Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap.
10. Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja.
11. Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.
12. Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki.
13. Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial.
14. Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai.
15. Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang.
Pantang Larang Kanak-Kanak
1. Dilarang duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul.
2. Tak boleh memotong kuku waktu malam, nanti pendek umur.
3. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
4. Tak boleh jelir lidah, nanti lidah terpotong.
5. Makan kepala ikan, nanti menjadi bodoh.
6. Dilarang mengangkat kaki ketika meniarap, nanti emak mati.
7. Tak boleh menunjuk pelangi, nanti jari kudung.
8. Tak boleh makan dalam gelap, dikatakan makan dengan iblis.
9. Dilarang bermain atau keluar rumah waktu senja, nanti disorok hantu.
10. Tak boleh gigit kain, nanti gigi berulat.
11. Hempedal ayam tak boleh dimakan, nanti susah bersunat.
12. Dilarang bercakap dalam tandas, nanti mata ketumbit.
Pantang Larang Di dalam Hutan
1. Jika sesat di hutan, jangan tidur di tepi sungai, nanti dimakan hantu.
2. Dilarang pegang pokok merah, nanti badan menjadi gatal.
3. Jangan tidur di atas pokok jika sesat, nanti dilapah hantu.
4. Dilarang bercakap besar ketika di hutan, nanti mendapat bencana.
5. Pantang bersiul di hutan, nanti disambar langsuir.
6. Jangan melaung di tengah hutan, nanti disahut hantu.
7. Jika terdengar sahutan, jangan dijawab, dikhuatiri suara hantu.
8. Jangan mengambil batu atau benda ganjil di hutan, takut berpenunggu.
9. Dilarang menegur sesuatu yang aneh atau ganjil dihutan, nanti dirasuk atau dapat malang.
Pantang Larang Di Sungai
1. Jika nampak air berpusar, jangan hampiri, alamat buaya bergerak atau mengiring.
2. Jika ikan toman membawa anak, jangan melintas di hadapannya, nanti dilompati ke perut.
3. Jika terdengar suara semacam kerbau di tebing sungai, alamat ada buaya mengawan.
4. Dilarang bawa limau purut, nanti dibaham buaya.
5. Jika suara perempuan terdengar waktu Maghrib, alamat hantu pari sedang berpesta.
6. Jika kail disambar gondang (siput besar) , alamat rezeki mendatang.
Pantang Larang Ketika Duduk
1. Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul.
2. Tak boleh duduk atas tangga ketika Maghrib, nanti dirasuk hantu.
3. Tak boleh menggoyang kaki, nanti tak lepas hutang.
4. Tak boleh duduk di beranda tangga, nanti payah rezeki.
5. Tak boleh duduk atas lesung, nanti berkudis dubur.
Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung

Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
  • Berat bayi : 2.5 – 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.
Makanan semasa mengandung
Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.
Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.
Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
  • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  • Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
  • Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.
Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)
Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.
Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan
Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:
  • HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
  • Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi
Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.
Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung
Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 – 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.

SENARAI SEMAK KEPERLUAN SEBELUM BERSALIN DI HOSPITAL

Senarai keperluan bayi di hospital
* 2 helai tuala mandi
* 2 helai selimut
* 20 helai kain lampin / pampers
* 2 pin besar
* 4 helai seluar kalis air
* 4 helai baju / baju sejuk
* 4 pasang seluar panjang
* 4 pasang sarung kaki dan sarung tangan
Senarai keperluan ibu di hospital
* 1 helai tuala mandi
* 1 helai tuala muka
* 20 keping tuala wanita bersalin (dengan gelung) dan tali
* 3 helai baju tidur (boleh dibuka di bahagian hadapan, memudahkan untuk menyusu bayi)
* 1 helai pakaian biasa
* 2 pasang stokin
* 1 pasang selipar
* 3 helai coli khas untuk menyusu
* 2 pasang pelapik coli
* 5 helai seluar dalam pakai buang
* sikat
* berus gigi dan ubat gigi
* barang-barang mandian / kosmetik (bedak,sabun dll)
* pakaian untuk pulang ke rumah
* bahan bacaan
* susu sesuai untuk ibu menyusu seperti ANMUM 2
Senarai yang perlu dibawa oleh bapa
* surat rujukan doktor
* kad pengenalan anda
* kad pengenalan suami anda
* surat nikah
* wang

SENAMAN IBU MENGANDUNG

Senaman antenatal
* membantu anda bertenang sewaktu dalam kesakitan melahirkan anak
* membantu anda mudah bersalin
* mengekalkan kesihatan yang baik
* mengurangkan sembelit, sakit belakang dan keletihan
Mencegah sakit belakang
* letakkan sebelah tangan anda di bawah perut anda dan
* letakkan tangan sebelah lagi di bahagian bawah belakang
* tarik nafas dan angkat ke atas kandungan anda secara perlahan
* pada masa yang sama, tekan punggung anda menghala ke lantai dan
* kembali ke kedudukan asal
* tulang punggung anda sepatutnya bergerak ke hadapan dan ke belakang
Mengendurkan otot-otot pinggang
* duduk dengan menyilangkan kaki (seperti bersila) sambil membongkok sedikit
* tekan lutut anda ke lantai dengan menggunakan tangan dan renggangkan paha
* setelah berehat seketika ulangi semula langkah tadi
Menguatkan tulang punggung dan otot-otot faraj
* baring menelentang
* kempiskan perut anda ke dalam dan
* tekan bahagian belakang anda dan berehat
* rapatkan otot-otot anda seolah-olah anda menahan kencing dan rehat
* lakukan senaman ini perlahan-lahan
* boleh dilakukan sambil berdiri atau duduk
Mencegah kekejangan kaki
* baring menelentang
* angkat sebelah kaki anda dan gerakkannya ke atas dan ke bawah
* kemudian pusing mengikut pusingan jam dan sebaliknya
* ulang pada kaki sebelah lagi
Menguatkan otot-otot perut
* baring menelentang sambil mengangkat kepala dan kedua-dua kaki ke atas
* kemudian berehat

PEKARA WAJIB BAKAL IBU PERLU TAHU SELEPAS MENGANDUNG

* Beri kasih sayang sepenuhnya pada baby
* Bila menaiki kenderaan, letak baby pada tempat khas untuk baby duduk secara betul dan selamat..
* Selalu ke klinik untuk dapatkan suntikan vaksin bagi baby mengikut jadual yang ditetapkan
* Jauhi persekitaran yang berhabuk atau asap rokok daripada baby
* Jauhi baby daripada sinaran cahaya matahari yang terik

PAKAIAN SESUAI UNTUK IBU MENGANDUNG


Pakaian


  • Longgar dan selesa dan tidak mencengkam dibahagian pinggang.
  • Pakaian yang longgar dibahagian depan (potongan baju mengandung).
  • Gaun wanita mengandung adalah lebih selesa bilamana kandungan membesar.


Memilih pakaian dalam


  • Pakai pakaian dalam yang bersaiz besar dan bercangkuk lebar dibahagian belakang dan bertali lebar dibuat dari kain kapas yang nipis semasa mengandung.
  • Bagi penyusuan susu ibu pakai pakaian dalam yang boleh dibuka dibahagian depan.
  • Pakai seluar dalam yang dikhaskan bagi wanita mengandung.


Kasut yang sesuai


  • Pakai kasut bertumit rendah kerana ia sesuai untuk postur dan belakang anda dari memakai kasut bertumit tinggi atau kasut leper.
  • Pilih kasut kulit atau kanvas agar kaki anda dapat edaran udara.
  • Kasut sukan yang mempunyai sokongan lengkok tapak kaki dan tumit yang baik adalah sesuai dipakai dirumah atau bersiar-siar.


CARA MENYUSUKAN BAYI


  • Mulakan penyusuan dengan mengendung bayi tanpa membebankan:
    • bahu
    • tangan dan pergelangan tangan
  • Gunakan bantal untuk meletakkan bayi dekat dengan payu dara anda supaya tangan anda tidak sakit
  • Berikan susu badan pada setengah jam pertama selepas kelahiran untuk merangsang pengeluaran susu yang seterusnya
  • Pastikan anda selesa dan betul-betul tenang
  • Letakkan puting susu ke arah bibir bayi sehingga mulutnya terbuka luas
  • Masukkan puting dan kesemua bahagian areola ke dalam mulut bayi
  • Pastikan mulut bayi anda menutupi bahagian aerola
  • Anda akan rasa bayi menghisap bahagian puting dan aerola
  • Berikan kedua-dua belah payu dara
  • Bayi yang baru lahir selalunya mahu menyusu dua atau tiga jam pagi dan malam
  • Berikan susu jika bayi anda lapar
  • Bertenang semasa menyusui bayi
  • Cuba selimuti bayi dan kendungnya untuk menyusuinya kerana bayi perlukan pelukan ibu supaya rasa selesa dan selamat
TANDA BAYI TIDAK CUKUP SUSU
  • Peningkatan berat badan bayi kurang daripada 500g sebulan atau
  • Kurang daripada berat badan ketika lahir semasa bayi berumur 2 minggu
  • Pembuangan air kecil yang:
    • sedikit dan pekat
    • kurang daripada enam kali sehari
    • kuning dan berbau kuat
  • Bayi tidak puas selepas menyusu
  • Bayi selalu menangis
  • Bayi menyusu terlalu kerap
  • Bayi menyusu terlalu lama
  • Bayi tidak mahu menyusu
  • Najis bayi keras, kering atau berwarna hijau
  • Bayi kurang membuang air besar
  • Ibu tidak berupaya mengeluarkan susu setiap kali cuba memerah (terutamanya pada minggu kedua selepas bayi lahir)
  • Susu matang tidak dihasilkan selepas melahirkan bayi
CARA MEMBERI BAYI MAKAN
  • Dudukkan bayi di:
o pangkuan anda atau
o dikerusi makan yang sesuai dengan umurnya
  • Ikatkan bib pada lehernya supaya bib menutupi dadanya
  • Galakkan bayi membuka mulutnya sendiri dengan meletakkan:
o jari anda atau
o sudu yang berisi sedikit makanan di tepi bibirnya
  • Selepas bayi membuka mulut, suapkan makanan dengan meletakkannya di lidahnya
  • Berikan masa pada bayi untuk menyesuaikan dirinya dengan rasa makanan itu
  • Biar bayi telan makanan tersebut sebelum meneruskan suapan seterusnya
  • Jangan memaksa jika bayi tidak mahu membuka mulut dan tidak berminat untuk makan
  • Cuba lagi lain kali dan teruskan penyusuan eksklusif seperti biasa
  • Lihat pada tanda-tanda penolakan untuk berhenti memberi bayi makan. Itu tandanya bayi anda sudah kenyang


ANAK LAMBAT BERCAKAP

Sebenarnya ada ramai kanak-kanak yang boleh dikategorikan sebagai lewat bercakap. Dianggarkan lima hingga 10 peratus kanak-kanak mengalami gangguan perkembangan yang menyebabkan proses penguasaan bahasa dan percakapan menjadi lambat.
Ibu bapa perlu tahu, perkembangan bahasa tidak hanya merujuk kepada percakapan tetapi juga bentuk komunikasi lain seperti bahasa isyarat, tulisan dan kemahiran visual.
Lewat bercakap boleh disebabkan beberapa masalah dengan:
# Kebolehan bercakap (ada masalah pada korda suara dan lidah)
# Kemasukan percakapan (masalah pendengaran)
# Pemprosesan percakapan (masalah pada otak atau gangguan perkembangan pertuturan)
Dua jenis masalah lambat bercakap ialah kelewatan ekspresif (kesusahan menggunakan percakapan untuk meminta atau berinteraksi) atau kelewatan reseptif (sukar menafsir atau memahami percakapan orang). Ada juga kanak-kanak yang mengalami gabungan kedua-dua keadaan di atas.
Kebanyakan kanak-kanak yang lewat bercakap juga mengalami gangguan perkembangan bahasa (DLD) dengan kelewatan ekspresif tetapi perkembangan kemahiran bahasa visual (mengenali ibu bapa dan objek, bertindak balas terhadap ekspresi muka, mematuhi arahan yang disertakan gerak badan atau tangan yang memberitahu anda mahukan sesuatu atau menuding jari ke arah objek diinginkan) yang normal seperti kanak-kanak lain.
Kanak-kanak ini juga menunjukkan kefahaman normal terhadap percakapan orang lain, kemahiran mendengar (mengenal dan menoleh ke arah bunyi), mematuhi arahan mudah tanpa perlukan ditunjuk dengan perbuatan oleh orang yang memberi arahan, boleh tunjuk anggota badan atau objek yang disebut walaupun sesetengahnya turut mengalami sedikit kelewatan reseptif.
Namun jika diberikan rawatan awal (terapi pertuturan), kebanyakan kanak-kanak boleh bertutur dengan baik apabila masuk sekolah.
Sesetengah kanak-kanak yang menunjukkan tanda kelewatan ekspresif hanya lambat bercakap dan kelewatan tersusun iaitu perkembangan pertuturan berlaku secara berperingkat.
Perkembangan pertuturan dan penguasaan bahasa kanak-kanak ini akan menjadi normal dengan peningkatan umur tanpa sebarang rawatan.
Malangnya sehingga kini tiada kaedah membezakan atau menentukan sama ada seseorang kanak-kanak mengalami kelewatan tersusun yang boleh bertutur dengan peningkatan umur dengan kanak-kanak yang memerlukan terapi.
Masalah pendengaran juga boleh menyebabkan kanak-kanak lewat bercakap. Justeru, kanak-kanak yang disyaki mengalami masalah ini perlu dibawa menjalani ujian pendengaran.
Jangan anggap mereka boleh mendengar hanya kerana kanak-kanak ini menunjukkan tindak balas kepada bunyi tepukan yang kuat, loceng atau datang apabila dipanggil dari bilik sebelah.
Punca lain kelewatan bercakap termasuk masalah membabitkan otak seperti terencat akal dan autisme. Selain kelewatan ekspresif dan reseptif, perkembangan kemahiran bahasa visual (mengenali objek, bertindak balas terhadap mimik muka, mematuhi arahan dengan ditunjukkan pergerakan tangan) juga lambat.
Bagaimanapun, keadaan ‘berat mulut’, malas bercakap atau mempunyai ramai adik beradik yang lebih banyak bercakap atau dibesarkan dalam keluarga bertutur dua bahasa tidak menyebabkan masalah kelewatan bercakap.
Senarai di bawah adalah sebagai panduan terhadap perkembangan percakapan kanak-kanak. Kanak-kanak yang menunjukkan pencapaian 75 peratus, perkembangan pertuturan mereka boleh berlaku secara normal. Namun ini hanya panduan, dapatkan nasihat pakar kanak-kanak jika anak anda tidak menunjukkan perkembangan seperti disenaraikan. Kelewatan bercakap jika disebabkan kurang pendengaran perlu dikenal pasti seawal mungkin.
Perkembangan percakapan
# Bayi baru lahir — Boleh mendengar dan membezakan sama ada bunyi datang dari kiri atau kanan. Mereka akan menggerakkan kepala ke arah sumber bunyi. Bayi anda juga sepatutnya boleh memberi tindak balas kepada bunyi perlahan. Bayi mula senyum dan menunjukkan gerak balas kepada seseorang pada umur sebulan dan mengenali suara ibu bapa pada umur satu hingga 2½ bulan
# Tiga hingga enam bulan — Bayi boleh meniru bunyi percakapan
# Empat hingga lapan bulan — Bayi menyebut satu suku kata (contoh ba, da, ga, gu)
# Lima hingga sembilan bulan — Bayi menyebut beberapa suku kata berulang-ulang (contoh bababa, lalala)
# Enam hingga 10 bulan — Bayi mula menyebut perkataan mudah yang kerap didengar (emak, ayah, tak)
# Lima hingga 10 bulan — Kebanyakan bayi boleh menyebut mama, dada — yang tidak hanya merujuk kepada ibu dan ayahnya
# Enam hingga sembilan bulan — Kebanyakan bayi boleh mengikut atau mematuhi arahan pendek yang disertakan dengan pergerakan badan atau tangan. Contohnya meminta dia memegang objek atau tangan anda. Dalam lingkungan umur tujuh hingga 11 bulan, bayi sepatutnya boleh mematuhi arahan ringkas tanpa perlu ditunjuk dengan tangan
# Tujuh hingga 12 bulan — Sudah pandai menggunakan perkataan mama, emak atau ayah dengan betul
# Sembilan hingga 14 bulan — Biasanya sudah boleh menyebut satu patah perkataan (selain emak, ayah)
# 10 hingga 15 bulan — Sepatutnya bayi boleh menunjuk ke arah objek yang dikehendakinya
# 11 hingga 20 bulan — Anak anda seharusnya boleh menyebut empat hingga enam perkataan (selain emak, ayah atau nama adik beradik)
# 14 hingga 21 bulan — Si kecil boleh mematuhi arahan dua langkah tanpa bantuan pergerakan tangan (contoh ‘Duduk di sini dan makan’). Pada umur 14 hingga 18 bulan, dia seharusnya boleh menunjukkan dua atau lebih anggota badan dan meningkat kepada enam anggota badan pada umur 22 bulan
# 16 hingga 20 bulan — Kanak-kanak boleh menyuarakan kehendaknya dalam satu perkataan (jus, susu, lagi, banyak)
# 18 hingga 22 bulan — Si kecil sudah boleh menggabungkan dua perkataan atau ayat mudah seperti ‘hendak susu’ atau ‘mahu lagi’
# 16 hingga 24 bulan — Kanak-kanak seharusnya sudah boleh menguasai lebih 50 patah perkataan
# 19 hingga 26 bulan — Menggunakan perkataan saya, awak walaupun kadangkala terbalik. Kebanyakan kanak-kanak boleh menyebut perkataan dengan baik apabila berumur 30 bulan
# 24 bulan — Percakapannya boleh difahami separuh oleh orang lain atau individu yang jarang berjumpa kanak-kanak berkenaan
# 24 hingga 32 bulan — Boleh menamakan empat gambar
# 26 hingga 32 bulan — Boleh bercakap dalam dua hingga tiga ayat mudah
# 27 hingga 34 bulan — Boleh memahami dua arahan dalam satu ayat contohnya ‘Letak cawan di atas meja atau sebelah buku’
# 29 hingga 34 bulan — Boleh menamakan dan kegunaan sekurang-kurangnya dua objek. Kanak-kanak seharusnya boleh mengenali satu warna pada umur 2½ hingga 3¼ tahun dan empat warna pada umur tiga hingga 4½ tahun
# Tiga tahun — Hampir 75 peratus pertuturannya boleh difahami orang yang jarang bertemu kanak-kanak ini. Pada umur ini mereka boleh menguasai lebih 250 perkataan. Pada umur empat tahun, percakapannya seharusnya boleh difahami sepenuhnya dan mampu menguasai 600 perkataan
Saringan pendengaran boleh dilakukan pakar kanak-kanak melalui satu ujian mudah (audimetri) apabila mereka boleh memberi kerjasama (biasanya selepas umur empat tahun). Kanak-kanak (dari dilahirkan hingga empat tahun) perlu berjumpa pakar pendengaran untuk ujian selanjutnya.
Jika anda fikir anak anda lewat bercakap, bawa si kecil untuk jalani ujian pendengaran. Pada masa sama kanak-kanak yang ada masalah lewat bercakap juga perlu dirujuk kepada pakar terapi pertuturan atau pakar psikologi jika perlu secepat mungkin.
Pada masa sama ibu bapa juga boleh membantu meningkatkan percakapan anak dengan:
# Membaca buku kepada anak, terutama buku bergambar di mana anda boleh mengajaknya untuk menunjuk atau menamakan objek
# Gunakan bahasa mudah apabila bercakap dengan anak, dibantu dengan gerak badan atau tangan. Tanya banyak soalan kepada anak. Pastikan anda ‘bercakap’ dengan si kecil dan bukan memberi arahan
# Beri tindak balas segera apabila anak bercakap untuk memberi dorongan kepadanya
# Ulang perkataan atau ayat anak anda dengan menambah beberapa perkataan lagi bagi memanjangkan ayat berkenaan
# Sabar melayan anak dan jangan marah jika dia melakukan kesilapan. Beri masa untuk anak menghabiskan ayatnya
# Jangan paksa anak bercakap.

PAKAIAN YANG HARUS DI ELAK SEMASA MENGANDUNG

Adalah menjadi satu kesukaran berpakaian bagi ibu hamil yang baru pertama kali melangkah ke alam kehamilan.
Ramai yang mengeluh kerana ada yang kurang arif dalam memilih pakaian yan sesuai. Biasanya masalah ini lebih kerap dialami oleh ibu-ibu hamil yang bekerjaya.
Pakaian kerja semasa hamil yang sesuai lebih diperlukan berbanding pakaian kerja biasa yang biasanya mempamerkan susuk tubuh mereka dengan pakaian yang sedikit ketat  agar lebih ramping di mata umum.
Berikut adalah beberapa pakaian yang harus dielakkan semasa hamil iaitu;
  • Elakkan memakai pakaian ketat terutama fabrik dari jenis jeans.
  • Elakkan memakai  seluar dalam yang terlalu ketat.
  • Elakkan memakai baju yang terlalu ketat kerana ia akan menekan perut dan tekanan tersebut akan membuatkan anda tidak selesa.
  • Elakkan memakai kasut tumit tinggi. Kasut ini amat membahayakan pemakainya kerana kestabilannya kurang.
Apa yang penting sekali adalah mengamalkan memakai pakaian yang longgar dan bersesuaian dengan bentuk badan anda. Utamakan keselesaan anda dan kandungan anda.


TIPS MENGELAKKAN BAYI DALAM KANDUNGAN CACAT

Cacat atau tidak janin yang anda kandung sememangnya ketentuan Tuhan, namun begitu anda sebenarnya masih boleh berusaha untuk mengelakkannya.
Sekiranya anda inginkan kehamilan yang sihat dan janin yang dikandung sempurna bila dilahirkan kelak, ada beberapa perkara yang perlu diusahakan. Sebaiknya lakukan hal di bawah ini sebelum anda merancang kehamilan sehinggalah anda benar-benar hamil.
Berhenti Merokok
Ramai wanita sekarang yang merokok. Sekiranya anda berhasrat untuk mendapat bayi yang sihat dan sempurna sebaiknya hentikan amalan ini. Merokok ketika hamil akan mengakibatkan bayi yang anda kandung lahir dengan berat badan yang kurang.
Makan Makanan Sihat
Makanlah menu makanan yang mengandungi lima jenis makanan utama yang paling diperlukan oleh tubuh. Setiap hari anda perlu mengambil makanan berupa gandum, sayuran, susu, produk yang mengandungi susu, daging dan protein.
Elakkan Alkohol
Alkohol dan kafein adalah dua perkara yang perlu dijaga oleh wanita yang hamil. Tidak ada kadar alkohol atau kafein yang selamat untuk diambil oleh wanita ketika hamil. Kafein yang terdapat dalam minuman seperti teh, kopi, soda dan coklat juga harus dikurangkan.
Nasihat Doktor
Jangan mengambit ubat-ubatan tanpa cadangan doktor. Mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor dengan dos yang tidak tepat akan membahayakan bayi dalam kandungan.
Ambil Asid Folik
Ia penting diambil oleh wanita yang baru hamil. Kajian yang dilakukan menunjukkan pengambilan asid folik sebelum kehamilan mampu menurunkan risiko melahirkan bayi dengan kecacatan otak dan sum-sum tulang belakang hingga 80 peratus.

GAMBAR RAJAH SENAMAN IBU MENGANDUNG


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhKAGMZEztpJiYyVdipZ2e4D7GCbMCyV9EpLxNJe2_Zg-p9gYhSsIfYfETMgW4W4zYCOdCxr4mTqsftf8C400_nHE4Vioq0MOxLGNrmlC0Qu3nf3N8Kj5PC2LOD_UpjSWcX0Dhg0fCTU8wm/s1600/Prenatal-exercise.jpg
Senaman Pranatal
Senaman pranatal adalah senaman semasa mengandung. Ia disyorkan bersenam semasa tempoh mengandung tetapi kurangkan bilangan senaman bilamana kandungan anda membesar.
i) Berdiri dan bersenang diri dengan postur tegak.
Meluruskan tulang belakang dan mengecutkan bahagian perut dan punggung dan relaks bahu anda.
ii) Duduk tegak dengan tulang belakang yang disandarkan.Gunakan bantal kecil untuk mengampu belakang anda. Duduk diatas kerusi penyandar yang tinggi bagi menyokong belakang andaKedua dua peha hendaklah diatas kerusi, dan kedua dua kaki anda direhatkan diatas lantai yang rata, jika kamu duduk dalam keadaan yang lama, pusingkan bahu dalam satu arah kemudian berlawanan arah untuk melegakan tegangan
iii) Berbaring sendalkan bantal dibawah kedua peha anda bagi mendapatkan lebih keselesaan.


iv) Mengiring dengan dua bantal dibawah kepala dan satu bantal dibawah dikepit antara lutut dan peha bagi mengelakkan kejangan sacroiliac joint ( sendi peha ) postur begini sesuai bagi anda diperingkat akhir mengandung.
v) Mengangkat bebanandengan keadaan yang selamat iaitu membengkokan lutut anda untuk mengangkat, bagi mengekalkan graviti (pusat daya tarikan bumi)
Garis panduan program senaman untuk mempastikan keselamatan dan kesihatan semasa mengandung.
Yang perlu dibuat
Jika anda telah mengikuti program senaman yang tetap sebelum anda mengandung, kekalkan program tersebut kesatu tahap semasa tempoh mengandung.
* Senaman tidak akan menyebabkan risiko keguguran.
* Jika anda baru memulakan senaman, mulakan dengan perlahan-lahan dan berhati hati agar tidak membebankan diri anda.
* Fahami kemampuan diri anda, elakkan unsur persaingan.
* Melakukan senaman dengan tetap sekurang kurang nya 3 kali seminggu adalah selamat daripada melakukan aktiviti senaman sekali sekala yang mendadak.
* Berhati-hati ‘warm up’ perlu mendahului latihan-latihan bertenaga yang mesti diikuti – ‘Cooling down’ atau penurunan yang beransur-ansur.
* Berhati hati untuk memanaskan badan kemudian diikuti dengan senaman yang bertenaga dan diikuti pula dengan menurunkan aktiviti -aktiviti secara perlahan lahan.
* Minum banyak air dan kerap berehat
* Mengawal berat badan patut ditekankan bagi merperbaiki otot otot bahagian atas badan dan bahagian perut.dan regangan sebelum dan selepas setiap senaman.
* Makan makanan berkhasiat termasuk makan banyak buah buahan, sayuran dan karbohidrat kompleks.
Pekara yang dilarang
* Elakkan aktiviti yang menyentap, melambung-lambung dan gerakan-gerakan tangkas.
* Jangan sekali kali melakukan senaman yang mengakibatkan kepenatan yang melampau atau sesak nafas.Ini menandakan anda dan janin anda tidak mendapat bekalan oksigen yang diperlukan.
* Elakkan melakukan senaman dalam cuaca yang sangat panas.
* Bilangan denyutan jantung ibu tidak melebihi 140/ seminit dan senaman yang bertenaga tidak melebihi 15minit.
* Elakkan tanah yang tidak rata dan berbukit bukit semasa aktiviti berlari atau berbasikal.
* Elakkan sukan lasak.
* Elakkan mengangkat bebanan di atas kepala dan bebanan yang menyebabkan tegangan otot dibahagian bawah belakang.
* Jangan membengkokan sendi-sendi secara berlebihan.
* Hentikan senaman dengan segera jika anda mengalami tanda tanda berikut:
  1. Sakit dada,
  2. Perdarahan dari faraj atau kontraksi atau jika anda mengalami pecah mentuban,
  3. Kabur penglihatan, pening, dan pitam,
  4. Denyutan jantung tidak tetap,
  5. Bertambah bengkak dikaki, tangan dan buku lali
  6. Perubahan suhu badan yang mendadak.
* Semasa trimester kedua dan ketiga elakkan senaman berbaring rata dilantai yang boleh mengakibatkan kurang bekalan darah ke rahim anda.
Senaman untuk melegakan sakit belakang semasa mengandung.
Dibawah ini adalah senaman mudah untuk melegakan sakit belakang semasa mengandung:
Melutut seperti kedudukan merangkak dengan meluruskan bahagian belakang.
  1. Bayangkan anda sedang mengimbangi sebuah dulang dibelakang anda.
  2. Jungkitkan dulang dengan menguncupkan otot dibahagian abdomen (perut), dan tolakkan sedikit bahagian belakang keatas.
  3. Rata semula bahagian belakang, dan ulangi sehingga 6 hingga 8 kali.
  4. Kekalkan kedudukan untuk 5 saat
Pusingkan setiap bahu kehadapan 5 kali dan kebelakang 5 kali.
* Pakai coli yang mempunyai sokongan yang baik.
Pusingkan bahu ke belakang & kedepan.

Baring melentang dengan membengkokan kedua dua lutut dan kedua dua tapak kaki diatas lantai, tarik lutut kanan anda perlahan lahan ke dada, ulangi gerakan yang sama untuk lutut kiri anda.

 Baring melentang dengan membengkokan kedua dua lutut dan kedua dua tapak kaki diatas lantai, dengan mengetatkan bahagian perut serta menolakkan kebawah sehingga bahagian belakang anda rapat ke lantai..




PETUA MENDAPAT ANAK PEREMPUAN ATAU LELAKI

Petua untuk dapat anak perempuan atau anak lelaki
Posted By PakarHowTo On April 27, 2010 (12:27 pm) In “How To”
Nampaknya artikel mengenai panduan untuk mudah hamil dan petua untuk mendapat anak di blog PakarHowTo mendapat sambutan yang sangat baik.


Untuk dapat anak perempuan
Suami hendaklah baca ayat berikut (*baca di dalam hati) ketika kemuncak syahwat, iaitu ketika air mani terpancut keluar.
doa-anak-perempuan
Maksudnya : 
“ Dia (ALLAH) mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa saja yang dikehendaki-NYA.


Untuk dapat anak lelaki
Suami hendaklah baca ayat berikut (*baca di dalam hati) ketika kemuncak syahwat, iaitu ketika air mani terpancut keluar.
doa-anak-lelaki
Maksudnya :
” Dia (ALLAH) mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa saja yang dikehendaki-NYA.”
Bagi pihak isteri pula, sentiasalah berdoa di dalam hati, agar ALLAH mengurniakan anak perempuan atau lelaki. Doa juga supaya ALLAH mengurniakan anak yang soleh dan solehah yang akan membahagiakan anda dunia dan akhirat.
Petua Kempiskan Perut Selepas Bersalin
Selepas melahirkan anak, kaum ibu pasti mahu kembali langsing seperti sebelumnya. Bahagian tubuh yang sering bermasalah tentunya perut, kan? Jika tak dijaga dengan baik perut si ibu akan mengendur, berlipat ataupun buncit.
Rahsia Diet Wanita
Jadi, untuk kempiskan perut ataupun mengelakkan perut buncit selepas bersalin, anda boleh mengikuti petua di bawah;
1. Memula, anda sediakan bahan-bahan yang diperlukan iaitu kapur sirih (kapur makan), sedikit minyak kayu putih dan sedikit perahan limau nipis.
2. Kemudian, gaulkan ketiga-tiga bahan tersebut hingga rata.
3. Seterusnya, sapukan bahan tadi ke seluruh kawasan perut dan pinggang si ibu juga sampai rata.
4. Setelah ia kering, ikat bahagian perut dan pinggang dengan rapi menggunakan kain lampin bayi.
Anda digalakkan mengulangi proses ini pada setiap pagi dan petang selama 40 hari berturut-turut selepas melahirkan anak. InsyaAllah anda akan merasa kesannya kelak.

Panduan menjaga anak kembar /Tip menjaga anak kembar

Masa menyusu
Sebenarnya tidak sukar menyusukan si kembar serentak tetapi lebih baik jika setiap orang mempunyai waktu menyusu yang khusus supaya setiap kembar mendapat perhatian sama.
Cara pertama: Peruntukkan 10 minit bagi setiap seorang iaitu selepas menyusukan kembar pertama selama 10 minit, susukan pula kembar kedua selama 10 minit dan ulangi cara ini selama sejam atau sehingga si kembar kenyang.
Namun, jangka masa penyusuan bergantung kepada keperluan bayi anda. Jika kembar yang kuat menyusu mungkin waktu yang diperuntukkan perlu ditambah hingga 15 minit atau setengah jam setiap seorang.
Bagaimanapun, jangan sesekali mengamalkan tabiat menyusukan si kembar hanya apabila mereka menangis kerana ini akan menyukarkan anda untuk melayan kerenah kedua-duanya secara serentak.
Cara kedua: Menyusukan kembar pada waktu berasingan. Kaedah ini boleh diamalkan kerana ada pasangan kembar yang mempunyai keperluan susu dan waktu tidur yang berbeza.
Misalnya, kembar pertama mungkin kurang menyusu tetapi kuat tidur manakala kembar kedua, kuat menyusu tetapi kurang tidur.
Di sekitar tempat tidur pula, letakkan semua peralatan seperti lampin, susu, sarung tangan, seluar, sarung kaki, kelambu dan peralatan membancuh susu berdekatan.
Mandi
Jangan mandikan si kembar serentak jika anda bersendirian. Anda boleh mandikan kembar pertama ketika kembar kedua sedang tidur.
Jika bayi kembar anda sudah boleh duduk, mungkin boleh mandikan mereka bersama tetapi jangan sesekali meninggalkan kembar berseorangan dalam besen mandi ketika anda mengelap kembar pertama.
Pakaian
Elakkan daripada terlalu kerap menukar pakaian bayi. Satu lagi, jangan biasakan diri terlalu memikirkan pakaian apa yang perlu dipakai – bereben, berenda, seluar panjang atau pakai baju yang serupa corak dan warnanya. Asalkan ia bersih dan selesa, jangan bimbang.

CARA MENGIRA BERAT BADAN IBU MENGANDUNG

Rumus Menghitung BERAT BADAN IDEAL IBU HAMIL Sbb:
BBIH = BBI + (UH x 0.35)
dimana,
BBIH = Berat Badan Ibu Hamil
UH = Umur Kehamilan dalam Minggu
0.35 =tambahan berat badan kg per minggunya
Penjelasannya sbb:
BBI = (TB-110) jika Tinggi Badan diatas 160 cm
BBI = (TB-105) jika Tinggi Badan dibawah 160 cm
BBI = (TB-100) jika Tinggi Badan dibawah 150 cm
Rumus BBI ini pengembangan dari Broca untuk orang eropah dan disesuaikan oleh Katsura untuk orang Indonesia (kalau tidak percaya cuba bandingkan dengan rumus BMI atau IMT)
UH = adalah umur kehamilan dalam minggu
(kenapa diambil per minggu agar dapat kontrol faktor risiko penambahan berat badan dapat diketahui.
0.35 = adalah tambahan berat badan kg per minggunya. Rata-rata penambahan berat badan khan sekitar 350 – 400 gr atau sekitar 0.35 – 0.4 kg. Kenapa diambil nilai yang terendah karana pertambahan berat badan ditekankan pada kualiti (mutu) bukan pada kuantiti (banyaknya).
Terus sekarang berapa berat Badan Ideal Ibu Hamil Tadi jawabnya adalah:
BBI ibu tadi adalah : 162-110 = 52 Kg. (TB berkurangan 110 karana tinggi badan lebih 160 cm)
Jadi BBI hamil nya adalah
= 52 kg + (30 x 0.35)
= 52 + 10.5
= 62.5 kg (inilah berat badan idealnya)
Jadi berat badan Idealnya 62.5 kg atau ada penambahan berat badan sebesar 9.5 kg dari sebelum hamil.

..:: Tinggalkan Jejak Anda ::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...